Persembahkan lagu berbahasa Hindi... Yang ini memang aku boleh berbahasa dengan lancar kerana ia adalah bahasa ibunda aku, hahaha....
Wayang gambar ini berjudul Kahaani. Pelontar suaranya, En. Sukhwinder Singh dan lokasi lakonannya adalah di Bengal Barat, India. Sempadan Bengal Barat adalah Bengal Timur yang dipisahkan semasa pembentukan negara Pakistan. Kemudian Bengal Timur berpecah lagi dengan Pakistan kerana masalah bahasa kebangsaan lalu menjadi negara Bangladesh. Pelakon wanita itu nama Widya Balan dari negara Kerala sebelah India Selatan. Sengaja ku perbuat begini supaya penganut Hindu Asia Tenggara boleh berhubung semula dengan penganut Hindu di rantau India dengan perlahan-lahannya bertukar kebudayaan sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan