Rabu, 3 Julai 2013

Nirwacana Sraddha

Oleh Srila Bhakti Raksaka Sridhara
Terjemahan ke Bahasa Melayu oleh NG



Pengenalan

Sebelum itu, apa ke bendanya nirwacana sraddha ini? Nirwacana sraddha ini ertinya pentakrifan kepercayaan atau dalam bahasa Arab yang digunakan orang-orang Hindu (Nagawangsa) tak sedar diri beragama Arab itu disebutkan sebagai iman. Sraddha ini juga merupakan salah satu daripada 108 nama Dewi Laksmi. Tak kisah lah bhawana nirwacanam mereka itu bagaimana tetapi perkataan tersebut secara kasarnya merujuk ke benda yang sama. Bhawana sahaja yang berbeda kerana bhawana itu merupakan cara penerangan tentang pandangan jagat sesuatu bangsa yang mendiami sesuatu rantau. Kata orang puteh, epistemologi begitu.

Gaura Gopala Dasa dari Asrama Seri Chaitanya Narasimha menimbulkan beberapa persoalan mengenai sraddha dalam rangka menerangkan mengenainya. Antaranya:

1. Bagaimana dinirwacanakan sraddha itu?
2. Apa sraddha itu satu perasaan atau satu karya bagi otak?
3. Atau adakah ia itu kepercayaan tak berasas? 

Kata bahasa Inggeris "Faith" dikaitkanlah dengan banyak jenis perkara. Perkataan ini digunakan bagi penirwacanaan satu kepercayaan atau sangkutan seseorang kepada seseorang atau sesuatu, namun biasa juga digunakan dalam perkaitan dengan agama atau Tuhan.

Nirwacana tentang kata "faith" dalam Sabdakosa Oxford Sempurna adalah:

1. Kepercayaan terus atau keyakinan.
2. Kepercayaan kuat dalam sesuatu agama.
3. Rupakara kepercayaan beragama.

Kata bahasa Inggeris ini terbit dari perkataan bahasa Latin, Fideis yang terjelma dari kata bahasa Yunani purwa, Pistis. Dalam tamnan orang Yunani, Pistis ini merupakan semangat kepercayaan, kejujuran dan kepercayaan yang baik. Dia merupakan semangat yang lemah lembut yang terlepas dari kotak Pandora yang kemudiannya terbang semula ke kahiyangan dan meninggalkan manusia. Padanan Romawinya adalah dewi Fides yang mewakili kepercayaan. Dewi Fideis ini tak ada kaitan langsung dengan bhawana kepercayaan seperti yang kita ketahui pada hari ini. Fides bererti satu rasa kepercayaan atau kebolehpercayaan. Ia adalah sejenis kebajikan yang dijangka terdapat dalam diri setiap manusia yang baik.

Hanya kemudiannya, semasa satawarsa awal orang Kristian maka kata fides ini kemudian diperguna untuk merujuk kepada kepercayaan orang Kristian. Tetapi ia cuma pada dasar perkataan sahaja dan bukan lagi pada dasar semangat perkataan tersebut. Kini, kepercayaan ini cuma merujuk kepada kepercayaan terhadap sesuatu tanpa sebarang bukti pendukung atau bukti empirik. Apabila sesuatu itu tak boleh dilihat dengan mata kasar atau dipahami oleh pancaindera kita, maka ia diperkira tidak wujud atau tak patut diambil sebagai kepercayaan.

Hakikat loka ini adalah, banyak sekali yang berada dalamnya itu berdasarkan kepada kepercayaan. Ada banyak sekali benda yang seseorang itu langsung tiada pengalamn terus, namun masih dianggap olehnya sebagai sesuatu yang benar pada dasar kepercayaan. Buah pikiran yang ini boleh lah digambarkan dengan anak-anak kecil yang memperoleh pengetahuan tentang sesuatu dengan mendengar cetera ibu bapanya. Anak itu akan terus sahaja berpegang bahawa sumber cetera dari ibu bapanya itu adalah sesuatu yang boleh dipercayai walaupun tanpa sebarang pengkajian yang cukup bagi membuktikan kesahihannya.

Kepercayaan anak-anak itu dalam ajaran yang diajarkan oleh ibu bapanya itu adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa ajaran itu meyakinkan. Bagi seseorang untuk menerima sesuatu ajaran itu, maka perlulah dia mempunyai keyakinan atau kepercayaan terhadap gurunya. Yang ini pun turut terpakai dalam penyampaian pengajaran saintifik. Seseorang itu mesti mempercayai pengkaji atau pun saintis yang terlibat dalam mendapatkan kesimpulan empirik, bahawa kesimpulan empirik saintis itu adalah kompeten dan boleh benar-benar sahih. Maka dalam setiap detik kehidupan ini pun, kepercayaan itu diperlukan bagi mencapai sebarang jenis pengetahuan.

Kepercayaan lwn. Pemikiran Rasional

Tatkala orang ramai meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada kesimpulan saintifik dan juga teori-teori yang berkembang, mereka gagal lah mengambil pertimbangan kepada banyak perkara. Jika seseorang itu memerhatikan cara tentang bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan, umumnya ia bermula dengan pelbagai teori, sebelum kemungkinan atau hipotesis, dan hampir segalanya dalam kajian itu boleh dirubah atau pun dibuang terus dalam tong sampah kajian. Banyaklah teori saintifik yang disemak, dipikirkan semula dan dibuktikan salah menerusi perjalanan sejarah. Untuk meletakkan kepercayaan seseorang itu dalam permainan teka-meneka ini cumalah satu ketidakpastian yang mendatangkan kekecewaan sahaja.

Kita ini sebagai manusia, ceteklah dalam pancaindera yang terlekat pada tubuh kita ini. Orang ramai terikatlah bersangatan dengan tubuh mereka serta pancaindera sehinggalah mustahil untuk berpikir di luar ruang lingkup pengalaman yang kita dapat lalui itu. Pancaindera itu hanya mampu untuk memerhati perkara yang terletak dalam alam bahan yang legap sahaja. Ini adalah satu cara biasa bagi mendekati cara mendapatkan pengetahuan, maka orang itu akan meninggalkan segala yang halus dan unsur yang tak kelihatan.

Dalam alam bahan legap sekali pun, banyak lah benda yang tak mampu diperhatikan oleh pancaindera kita yang terhad ini. Kita tak mampu melihat benda yang terlalu halus dengan mata kasar kita contohnya seperti atom, perkara yang terlindung seperti bintang-bintang pada siang hari, atau pun ciri-ciri potensi berubah sesuatu bahan contohnya seperti susu yang akan menjadi susu masam.

Pandangan Weda

Menurut kepada cara pemikiran bangsa pengamal Sastera Weda, ada empat kecacatan yang terselindung di balik semua manusia:

1. Bhrama

Kita ini taklukan kepada khayalan atau maya. Ertinya itu, benda yang kita lihat itu mungkin disangkakan sebagai benda yang lain. Contoh klasik bagi perkara ini adalah mengenai seseorang itu melihat seutas tali yang berada di lantai tapi disangkakannya sebagai ular. Maya yang ini pun mempengarugi diri seseorang. Kita ini berada dalam maya mengenai jati diri kita siapa. Kita lupa kedudukan manomaya dan mula mengenalpasti diri kita ini dengan tubuh sementara.

2. Pramada

Kita ini mempunyai kecenderungan membuat kesalahan. Setiap orang itu melakukan kesilapan yang terbit dari kecuaian atau tak sengaja. Tatkala kita hilang tumpuan pada suatu tugasan maka kita akan melakukan kesilapan.

3. Wipralipsa

Kita mempunyai keinginan untuk mengenakan tipu daya. Keinginan yang ini terbit apabila seseorang itu merasai bahawa ada faedahnya pada memperguna orang lain atau menahan kebenaran dari mencecah orang lain.

4. Karanapatwa

Kita mempunyai pancaindera yang tak sempurna. Setiap satu daripada pancaindera kita ini terhad gunaannya. Setiap satu deria pada anggota tubuh ini terhad kepada satu fungsi sahaja. Mata kita hanya melihat. Telinga kita hanya mendengar. Walaupun mempunyai kekurangan namum segala anggota ini adalah untuk menjalankan pekerjaan, dan tak semua pekerjaan yang dilakukannya. Kemampuan deria kita ini ada sahaja batasan menurut keadaan contohnya kalau tak cukup cahaya maka penglihatan tak cukup terang atau jarak yang jauh menyebabkan penglihatan terselindung. Walaupun dalam keadaan yang terbaik sekalipun, tetaplah ada samacara yang tak lengkap diperolehi menerusi pancaindera segala ini.

Dalam bahasa Sanskerta, kata Sraddha ini terbit dari dua kata akar Srat + Dadhati. Ertinya perkara yang membawa kepada kebenaran dan hakikat. Ada dua jenis kepercayaan yang diperoleh orang perseorangan. Satunya, Paramarthika Sraddha atau Kepercayaan Mencakupi Segala. Keduanya, Laukika Sraddha atau Kepercayaan Biasa. Jika seseorang itu meletakkan kepercayaannya pada pengetahuan yang biasa, maka ia akan dicemarilah oleh kecacatan ciri manusia sebagai yang tercatat pada pandangan Sastera Weda.

Kepercayaan Mencakup Segala ini berdiri pada tapak yang lebih kukuh kerana kesimpulan-kesimpulan yang diperbuat itu didapati datang dari sumber yang lebih tinggi bebas daripada kecacatan kebendaan. Setengah orang mungkin akan menghujahkan bahawa ini bukan satu cara bagi berpikir dengan mempercayai Pencipta atau berkepercayaan pada teori yang pintar rekayasanya. Tapi, tampak bahawa kesimpulan yang lebih rasional mengenai jagat yang pelbagai sudut pandangan (dimensi) itu boleh diperoleh melalui kepintaran yang melebihi kepintaran "kita". Apa rasional kah untuk meletakkan kepercayaan dalam banyak teori yang tak berkesimpulan, mempercayai bahawa jagat ini dijana dari atom-atom entah dari mana yang bertembung sesama sendiri dan berkembang sedikit sedikit dalam satawarsa yang kemudiannya?

Kebanyakan teori perkembangan jagat dan loka ini sudah tak masuk akal lagi, tak berkesimpulan dan ada sahaja dibuktikan salah. Bertahun-tahun orang ramai mengambil teori tersebut sebagai fakta yang dibuktikan dalam pengajian saintifik, tapi kemudian ia dibuktikan tak benar maka mereka pun menggantikannya dengan buah pikiran baru atau teori lain pula. Dengan yang ini kah kita mahu letakkan kepercayaan kita? Orang yang ikhlas hatinya mau mencari kebenaran tak patutlah hanya berpuas hati dengan buah pikiran ini semua sebaliknya meneruskan pencarian menerusi warnamala yang luas dan minda terbuka.

Proses Pembelajaran

Dalam usaha untuk menyebatikan kepercayaan seseorang, perlulah ada dasar bagi pengetahuan. Kalau tidak pastilah kita akan menghadapi risiko percaya sahaja pada sesuatu secara membabi buta. Sastera suci Weda memberikan tiga cara bagi mencapai pengetahuan atau gnana.

1. Pratyaksa

Ertinya pemahaman terus. Banyak pembelajaran asas kita ini datangnya dari pengalaman terus yang ada dalam alam sekeliling kita. Ada dua jenis pratyaksa iaitu pratyaksa luaran atau pengetahuan yang diperolehi menerusi deria-deria luaran seperti sentuhan serta penglihatan dan pratyaksa dalaman atau pengetahuan dengan deria dalaman seperti perasaan dalam diri kita contohnya sakit, cinta, suka dan benci. Semua orang menerima pratyaksa ini sebagai wahana yang sahih yang dengannya itu, kita mendapat pengetahuan namun ia tak semestinya selalu boleh dipertanggungjawabkan bagi kebenarannya atas beberapa sebab. Ia terhad kepada kala kini. Kita tak boleh mengalami pengalaman kala lampau atau kala depan. Pratyaksa cuma terhad pada bahan-bahan legap dan kebendaan sahaja. Manomaya tak boleh dicapai menerusinya. Ia juga dikekang oleh deria-deria terbatas.

2. Anumana

Ini dalam bahasa Inggerisnya dipanggil inferens. Ertinya mencapai kesimpulan berdasarkan bukti-bukti, sebab musabab dan juga pengalaman sebelumnya. Ada satu contoh dalam weda-weda mengenai "api di gunung". Seseorang nampak bahawa di situ ada asap menjulang tinggi dari sisi gunung lalu berpikir, "Ada api di gunung!" Padahal dia baru nampak asap sahaja.

Ada lima langkah untuk tiba ke kesimpulan begini:

I) Pratijna iaitu cadangan bahawa ada api di gunung.
II) Hetu iaitu sebab musabab kerana gunungan berasap.
III) Udaharana atau prinsip umum dan contoh, di mana ada asap mesti ada api.
IV) Upanaya atau pemakaian, ada asap seluruh gunungan.
VI) Nigamana atau kesimpulan, oleh itu ada api di atas gunung.

Menerusi bukti di tangan, sebab-sebab dan juga pengalaman sebelum maka seseorang itu akan tiba kepada kesimpulan bahawa ada api di gunung walaupun tidak melihat api dengan mata kepalanya sendiri. Proses ini pun sebenarnya tidak bebas daripada kesilapan. Ia masih lagi melibatkan deria-deria yang tak lengkap. Seseorang itu masih lagi boleh tersalah duga bahawa mungkin awan atau jerebu dari kawasan yang lain yang disangkakan asap. Kalau sebab logiknya salah maka kesimpulannya pun akan salah juga.

3. Sabda

Sabda ini yang digunakan oleh orang beragama Arab untuk menterjemah ke bahasa Melayu semasa membaca tradisi nabi orang Arab itu bererti mendengar dari seorang yang dipercayai pada pewartaan satu perkara. Sabda ini juga merujuk kepada cap sah pada sebarang perkara contohnya, guru sejarah mempunyai kelayakan pada sahihnya pengetahuannya dalam sejarah. Erti mendalam bagi sabda ini pula merujuk kepada pengetahuan hakikat yang datang dari sumber yang dipertanggungjawabkan bebas dari empat kecacatan ciri atau sifat manusia. Yang ini dikenali sebagai apauruseya sabda atau bukan terbitan manusia dan tidak dicemari kecacatan kebendaan. Apauruseya juga membawa erti sesuatu yang memang wujud abadi tanpa awalan. Sastera Weda merupakan sastera apauruseya sejak ketika ia diperturun menerusi parampara yang rantainya tak pernah putus dari sumber tak tercemar, Betara Kresna. Ini adalah rantaian kukuh bagi pengetahuan murni kita.  

Kesimpulan

Paramarthika Sraddha atau Kepercayaan Mencakupi ini patutlah menjadi satu-satunya perkara yang diberatkan kita. Karenanya itu kita boleh memajukan pemahaman dan juga kemampuan manomaya kosa (kerohanian tinggi) kita. Walau bagaimanapun, Sraddha ini cumalah satu langkah masuk ke kemajuan kerohanian.

Seri Rupa Goswami yang merupakan salah seorang guru terutama dalam parampara siksaka aliran Gaudiya Waisnawa menggambarkan tahap-tahap kemajuan yang diperlukan bagi mencapai kesedaran diri menerusi kata-kata ini:

Adaya sraddha tatha sadhu sanga bhajana kriya. Tato'nartha niwerttih syat tato nistha rucistatah. Athasaktistato bhawastatah premabhyudancati. Sadhakanam ayam premnah pradurbhawe bhawet kramah.

Pada permulaannya, seseorang itu mestilah berkepercayaan dan mengingini kesedaran diri. Ia akan membawa diri seseorang itu masuk ke tahap cuba untuk berkaitan dengan orang-orang yang meningkat kerohaniannya. Pada tahap seterusnya pula, ia akan dinaikkan oleh guru dari parampara tertentu, dan menerusi arahannya itu maka tunas bakti itu akan memulakan proses kebaktian sewah. Menerusi amalan kebaktian dan sewah yang dipandu oleh sang guru, maka seseorang itu sebenarnya menjalani latihan meninggalkan keterikatan kebendaan, mencapai keteguhan dan juga kesedaran diri. Dia akan kemudian merasai pendengaran dalaman mengenai Tokoh Nirapeksa dari Yang Agung, Seri Kresna.

Rasa ini nanti akan membawa seseorang kepada keterikatan untuk kesedaran Kresna, yang dimatangkan dalam bhawa atau tahap mulaan bagi cinta keseluruhan diserahkan kepada-Nya. Cinta benar begini disebut sebagai Prema. Ia merupakan tahap tertinggi yang sempurna dalam kehidupan sesuatu jiwa (Bhakti Rasamĕrta Sindhu 1.4.15-16).

Kepercayaan merupakan asas dalam semua perkata dan tatkala kita mencapai kemajuan manomaya itu maka kepercayaan kita itu akan bercambah, bertunas dan mengembang. Dalam dreśti Weda, kepercayaan itu bukan sesuatu bhawana tak berkendiri atau abstrak. Ia bukan juga tahap pemikiran tetapi ia merupakan suatu tenaga yang menjana hati dan mengesahkan jalan kerohanian anak bakti. 

Kepercayaan dalam bentuk murni itu merupakan prabhamandala yang melingkari Radha, dan cahaya itu kita boleh lah pahami sebagai Sri Kresna. Sraddha atau kepercayaan ini merupakan benda yang halus. Ia juga merupakan sesuatu yang ketara dan bukan maya. Kita mestilah sedar bahawa ia adalah hakikat, suatu yang konkrit dan bukan semata-mata perasaan yang abstrak atau kesedaran perseorangan sahaja. Kepercayaan ini adalah sesuatu yang sejagat. Ia merupakan ciri dasar yang boleh menghubungkan kita dengan tujuan yang terbaik dan tertinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan