Ahad, 4 Ogos 2013

Siwa Puja

Om Swastiastu!

 

Siwa Puja ini merupakan satu tindakan dalam agama Hindu yang memuja Betara Siwa, Sri Guru Maheswara menerusi upacara tradisional dan juga purwa dengan mantra, tantra, kriya, mudra dan abisekam. Dalam bahagian kehinduan yang terkenal, Betara Siwa seringkali digambarkan sebagai ciri Brahman Agung yang memusnah dan diberi gelar "Pemusnah. Ini cumalah satu perkaitan Nya, kerana banyak pula kumpulan dan sampradayam yang memandang Betara Siwa atau lain-lain jelmaan Nya sebagai bentuk tersendiri dan dikaitkan pula dengan diwiyam, sebagai Paramatma Jiwa Tertinggi dan diberi pula pagelaran yang berbeda bagi Nya.

Puja yang biasa dijalankan menurut kepada cara orang Hindu bahagian utara, manakala setengah aliran atau jati pula mungkin mempunyai cara mereka sendiri. Pemujaan umum sebenarnya banyak jenisnya dana boleh jadi dalam bentuk pemujaan murti yang dirupakan. Contoh seperti pemujaan murti Nataraja oleh orang negara Tamil yang diambil bentuknya dari samaya pemerintahan kerajaan Chola. Boleh jadi pemujaan dengan penumpuan kepada Siwa Linga, atau mercu tanda yang suci seperti sungai Gangga atau Gunung Kailasa, pemujaan busut jantan, atau langsung tak ada sebarang lambang murti dalam hal Lingayat.

Purana sebagai kumpulan sastera menerangkan tentang pandangan hidup orang Hindu serta tentang pelbagai jelmaan Nya dalam bentuk dewata. Sastera disusun dengan tumpuan diberi kepada dewata utama, dan pembacanya dapat menjelajahi lagenda-lagenda serta peristiwa nya. Antara yang utama itu dikaitkanlah dengan Betara Siwa dengan Siwa Purananya. Ia menerangkan tentang terbitan dan pemujaan serta tentang larangan pantang dalam pemujaan. Contohnya seperti pantang menyemahkan bunga cempaka dan juga bunga Pandan. Bunga Pandan dalam sebutan Mpu Chanakya menyebut bahawa Sang Brahma telah menyumpahnya jadi pantang disemahkan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan