Sabtu, 14 September 2013

Betara Indera: Hubungan dengan Dewata Lain

Dalam cetera kehinduan, baginda betara Indera berwiwaha dengan dewi Sachi atau dewi Indrani atau dewi Pulomaja. Puloman, ayahanda kepada dewi Pulomaja ini dibunuh betara Indera dan merupakan ayahanda jua kepada Sang Arjuna berlainan ibu kerana ibu Sang Arjuna itu adalah Kunti. Saudara-saudari lainnya adalah Jayanta, Midhusa, Nilambara, Khamla, Arbhus, dan Arsabha.

Betara Indera merupakan saudara kepada dewa Surya. Baginda pernah bertempur dengan para Marut dan Wasu anakanda kepada Diti yang merupakan ibunda para asura. Betara Indera menyembelih anakanda Diti yang jahat sebelum itu. Jadi, Diti berharap bahawa anakandanya yang akan dijelmakan nanti lebih berkuasa daripada betara Indera. Beliau mengandung selama satu satawarsa, mengamalkan santet bagi membantu anakanda dikandungnya itu. Wela diketahui oleh betara Indera perkara ini, direjamnya petir kepada Diti dan menggoncangkan janin Diti itu sampai terpecah sama ada kepada tujuh atau 49 bahagian. Setiap satu bahagian janin terpecah itu menjadi rupa sempurna tersendiri dan sebahagian lagi menjadi para Marut, iaitu sekelompok dewa Guruh yang kurang berkuasa daripada betara Indera.

Betara Indera dan Sang Writra

Dalam cetera selepas samaya wedika, sang Writra, seorang asura mencuri segala air dalam lokamaya ini dan betara Indera meminum Soma tak terhingga nya bagi bersedia untuk pertarungan dengan ular besar itu. Baginda memecahkan 99 kubu sang Writra, menyembelihnya dan mengembalikan semula air ke bumi. 

Ceritera lain pula menyebut bahawa sang Writra mencetuskan Twastri bagi membalas dendam pembunuhan anaknya, si Trisiras. Si Trisiras ini walaupun seorang asura tetapi merupakan seorang Brahmana yang beragama. Peningkatan kesaktiannya itu menyebabkan betara Indera gusar. Sang Writa sudah pun memenangi pertarungan dan menelan betara Indera tapi selepasnya dewata lain memaksanya memuntahkan semula betara Indera. Pertarungan berterusan sehingga baginda betara Indera melepaskan diri. 

Betara Wisnu dan para resi kemudian menjadi orang tengah pula bagi perjanjian supaya keduanya berperang menurut prasyarat. Betara Indera bersumpah tidak akan menyerang si Writa dengan benda diperbuat dari besi, kayu atau batu atau dari barang kering atau basah atau semasa siang atau malam. Betara Indera memperguna buih dari ombak laut bagi membunuh si Writa pada senjakala.

Cetera ketiga dalam sebutan Mahabharata, si Writra seorang Brahmana mendapat kesaktian dan mula menggila membahayakan para dewata. Betara Indera terpaksa masuk campur lalu memenggalnya selepas pertarungan yang gegak gempita. Seorang dewi nigelar Brahmahatya yang merupakan rupa kepada dosa membunuh brahmana menjelma dari tubuh si Writra dan mencari betara Indera menuntut bela. Betara Indera lalu bersembunyi dalam bunga teratai. Betara Indera kemudian bertemu dewa Brahma dan memohon ampun atas dosa membunuh Brahmana. Wajrayudha yang dimiliki oleh betara Indera dipercayai diperbuat dari tulang belakang resi Dadhichi dipergunakan oleh baginda bagi membunuh asura sekelian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan