Jumaat, 13 September 2013

Betara Indera:Ciri-Ciri


Betara Indera diterangkan dalam Rigweda sebagai dewata surya. Kadangkala tubuh baginda digambarkan berwarna kuning keemasan dengan rahang emas, kuku, rambut dan janggut emas. Dipanggil lah baginda sebagai Phra Goda.

Atharwaweda menyebut, "Dalam Indera itu tertancap segala rupa warna keemasan". Dalam Rigweda 1.65 disebut, "Sang Sakra, yang menyucikan pemujanya, serta berkemahiran tinggi dalam menunggang kuda, yang hebat dan bertubuh keemasan". Rigweda jua menyebut yang baginda itu merupakan "dewata tarian, berpakaian dalam pakaian yang harum, berpipi keemasan menunggang pedati emas". Satu lagi ayat menyebut baginda sebagai berkulit perang dan kuning. "Mereka menebarkan gebar kulit kambing menyucikan baginda, perang, berwarna emas, dicintai semua, yang dengan cairan menyenangkan hati pergi menuju kepada dewata segala". Rigweda juga menjelaskan bahawa Betara Indera itu berambut kuning seperti orang Eropah. Salah satu bahagian Rigweda menyebut, "Dengan sedutan pantas baginda yang meminum Soma dipenuhi kekuatan, bagaikan Besi dengan janggut dan rambut kekuningan" - Rigweda Mandala kedasa (10) Mantra kesastanawati (96)  

Lain-Lain

Bagaikan tempiasan angin ganas cairan yang ku minum mengangkat aku maka tidakkah aku ini mabuk cecair Soma? - Rigweda 10.119.2

Cerah pipinya Indera, Maghawan, Yang Jaya, senopati agung, Yang Merejam Petir, kuat sungguh pada tindakan baginda. Apakah yang pernah dikau perbuat dengan segala kekuatan tatkala yang akan mati itu mengganggu mu, yang mana kini, wahai Lembu, adiwira yang kau perguna? - Rigweda, 3.30

Moga kahiyangan perkasa menjadikan kau perisai yang lebih kebal: Kuat, kerana engkau itu tercetus menerusi dua jenis warna kuda. Cerah pada pipi, dengan pedati kuat, agung, menanggung kita, berkehendak kuat, bersenjata petir, dalam peperangan! Rigweda 5.36

Senjata Betara Indera yang diperguna pada membunuh Sang Writra itu adalah Wajra, walaupun baginda ada jua memperguna anak panah, jaring dan juga cangkuk. Pada samaya selepas turunnya weda, baginda menunggang seekor gajar putih bergading empat digelar Sang Airawata. Bila baginda digambarkan bertangan empat, baginda mempunyai lembing pada tangan yang menyerupai penghalau gajah. Gambaran baginda bertangan dua pula menunjukkan baginda memegang Wajra dan anak panah. Baginda berdiam di sorga dalam awan-awan sekitar Gunung Meru. Adiwira yang meninggal semua pergi ke balai rong seri baginda selepas mati, mereka berada di situ tanpa kesedihan, sakit maupun takut. Mereka menonton tarian para bidadari Apsara dan mainan bunyian oleh para Ghandarwa serta bermain berpencak bagai. Balai rong seri istana baginda itu turut dihadiri oleh dewata ciri, resi kayangan, raja-raja agung dan pahlawan agung.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan