Jumaat, 18 Oktober 2013

Adhyayana Weda

Om Swastiastu!


Keadaan mata benda dalam negara India sejak 100 tahun lampau atau yang begitu juga dengan weda-weda suci kita itu dibawalah ke pengetahuan umum dalam negara kita sendiri, Tanah Weda Suci, menerusi karya yang diterbitkan oleh Orientalis Barat. Sedangkan kita ini patut memberi penghargaan bagi sumbangan tak terhingga menerusi kajian sarjana dari Barat dalam mengenalpasti, mencetak weda dan memeliharanya, namun yang diketahui kita di India ini adalah untuk menghapalnya ke ingatan dan membacanya dengan betul serba tekanan bunyinya yang kita sebut sebagai Adhyayana, maka ia tidaklah termasuk dalam hal penerbitan.

Weda-weda yang dicetak dan dipelihara dalam perpustakaan tanpa dibaca dan mengaji itu pada akhirnya sama sahajalah seperti bahan pameran di muzium dan turunan masa akan datang yang membaca karya tercetak itu mungkin rasa kagum sahaja tanpa pengetahuan pun dengan benda-benda yang terkandung dalamnya.

Weda-weda ini sebenarnya bertujuan lain. Ia sebenarnya untuk dipelajari seikhlasnya, dipahami dengan cara betul dan disebut mantranya sebetul-betulnya menerusi dengar dan ikut sebutan guru. Mantra Weda dipelajari moga ia menjadi panduan dalam hidup harian kita, dalam Karmānustāna kita, Tapa, Iswara Ārdhana dan lain-lain. Jika, di India, weda-weda suci mengekalkan kesuburan asalnya sampai ke hari ini pun, ia terjadi kerana seloka-selokanya itu dibaca berulang-ulang oleh pelajar dan guru-guru Weda. Dan kemurnian bunyi serta tekanan suara pada kata-kata dikekalkan dalam perjalanan itu. Dengan mengamalkan suruhan Wedika maka kita beroleh karunia Iswara, kedua-duanya buat kebajikan kita sendiri dan kebajikan loka seluruhnya. Makanya, pemeliharaan Weda dalam bentuk cetakan sahaja tidak tentu lah akan menyelamatkan kebajikan kita berbanding dengan kita membaca-baca dan mengulangnya sendiri.

Pada hakikatnya juga, Weda-Weda ini tak pernah pun disuruh catit dan dibaca dari catitan. Weda Adhyayana menekankan pendengaran dari mulut guru dan mengikutnya kerana ini lah caranya maharesi-maharesi menerima Weda dan mengajarkannya pula kepada yang lain. Karena itu juga, dalam sastera Klasik Tamil, Weda sekelian dirujuk sebagai Yezhutākkilawi atau Kekawin Tanpa Tulisan. Weda Pātakās iaitu barangsiapa yang belajar dari ikat-ikat bertulis itu termasuklah dalam kalangan enam golongan sarjana rendahan. Lagi lima golongan sarjana rendahan adalah mereka yang membaca Weda dengan nada suara berlagu, yang membacanya laju-laju, yang membacanya sambil menggeleng-geleng kepala, yang membaca tapi tak tahu erti mantra dan juga yang buruk suaranya.

Semua ini dijelaskan dalam kenyataan, "Gītī sīghrī sirahkampī tatha likhita pātaka anarthajña alpakanthascha shadete pātakadhamā". 

Pengajian Weda Suci ini kini diajarkan oleh beberapa purohitam yang sebenarnya tak berkedudukan betul pun dalam masyarakat. Ramai daripada mereka belajar secara luaran sahaja tanpa mengambil berat pengertian mantra Weda. Pada tahap ini, muncul kebahayaan bahawa Weda Adhyayana akan pupus tak lama lagi di masa depan. Bagi mengatasi masalah ini, satu amanah peribadi dibentuk dengan dana tanah oleh penderma bakti yang menggalakkan pengajian Weda dalam cara yang tradisional. Beberapa belas tahun lalu, perangkaan dapat disediakan bagi menunjukkan berapa ramai yang menamatkan Adhyayana Weda Suci, dari tiap-tiap Sākha, dan saguhati pun diberikan kepda mereka. Begitu juga biawa diberi kepada pelajar yang layak dari tiap-tiap Sākha yang berminat untuk mengaji bahasa Weda bawah pantauan guru yang pakar. Peperiksaan tiap tengah tahun akan diadakan bagi pengajian Weda dan bahasa Sanskerta Wedika. Calon yang berjaya peperiksaan akan diberi Sambhāwanā.

Ramai anak-anak muda sebenarnya rasa menyesal kerana muda-muda lagi mereka perlu menjalani pelbagai upacara yang tersebut dalam sastra tanpa mengetahui erti Mantra yang dipakai. Tengok sahaja dalam upacara pawiwahan. Sikap acuh tak acuh ditunjukkan oleh pemuda-pemudi kita berkaitan dengan pawiwahan ini disebabkan oleh kejahilan mereka berkenaan mantra yang disuruh mereka mengulang bacanya. Jika erti mantra dijelaskan sebelum itu oleh orang yang berpengalaman, maka mudahlah upacara dijalankan kerana dipahami dan juga dipenuhi rasa bakti pemuda-pemudi. Keadaan yang sama juga boleh dipakai dalam upacara Upanayana dan Samskāra.

Tanpa pengertian Weda, atau Adhyayana ini maka pemeliharaan Weda itu menjadilah seperti memelihara tubuh namun tiada jiwa. Weda Mantra dibaca dengan pengetahuan dan pengertian itu membawa kepada Pāpa Parihara atau penghapusan dosa serta Arishtasānti yang mencairkan segala kejahatan. Seterusnya tersedialah tapak untuk Bramha Sākshath Kāra kesedaran mengenai Sang Hiya Widdhi. 

Weda ini akar agama kita. Segala perkakasan seperti perayaan dan celungan semua itu bagaikan dedaunan dan buah-buahan pada pokok. Semuanya bergantung kepada bahan-bahan yang diserap menerusi akar Weda. Walaupun terbenam dalam lumpur, dalaman akar itu segar senantiasa dan baunya tetap wangi bagaikan buah dan bunga di atasnya jua. Tak ada gunanya rasa terhutang budi jika Weda itu ditaipkan, dicetak dan diterbitkan oleh sarjana Barat.

Bagi kita, Weda Adhyayana dan pemakaiannya dalam perlakuan puja harian itu sangatlah penting. Bagi tujuan yang itu, wajiblah dipelajari dengan sepenuh hati, dipahami kandungannya dan dibacakan menurut cara yang diajarkan orang tua-tua.


Mpu Candrasekarendra Saraswati
1 Februari 1958.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan