Khamis, 17 Oktober 2013

Orang Cerdik dan Pemujaan

Om Swastiastu!


Sesiapa yang ingin menakluki orang lain maka dia akan memuja Betara Brahma, kepala Jagat Raya (Srimad Bhagawatam 2.3.2-7)..... Yang ini turut merujuklah kepada penganut agama yang satu lagi itu, yang di papan-papan sepanduk mereka bila membuat tunjuk perasaan itu menyatakan "Kita akan menakluki dunia!". Rupanya segala pujaan mereka kepada sembahan mereka itu cumalah untuk mengejar lokamaya sahaja tapi ditopengkan jua dengan nama agama. Maka di sini kita paparkan dari sastera suci Hindu mengenai hal yang sebegitu jua buat teladan agar jangan kita ini jadi pandir.

Srimad Bhagawatam

Barangsiapa yang ingin terserap ke dalam Bramha Jiyoti kecerahan yang tiada ciri makhluk itu haruslah memuja Mpu segala Weda (Betara Brahma atau Brahaspatti, pedanda terpelajar), yang inginkan kekuatan dalam hubungan jenis maka pujalah Betara Indera, yang inginkan keturunan bagus-bagus maka pujalah nenek moyang agung, para Prajapatti. Yang inginkan tuah laba maka pujalah Durga Dewi, penguatkuasa loka kebendaan. Yang mau kesaktian kuat pujalah Agni, dan yang hanya mahukan wang sahaja pujalah para Wasu.

Seorang itu haruslah memuja jelmaan Betara Siwa, Sang Rudra jika mau menjadi adiwira. Jika mau bijirin yang berkati-kati simpanannya maka pujalah Aditi. Yang mau mencapai kedudukan di planet kahiyangan itu pujalah anakanda-anakanda Aditi. Yang mau kerajaan lokamaya itu pujalah Wiswadewa, dan yang ingin jadi terkenal dalam kalangan penduduk maka pujalah Sādhiya separa dewa.

Yang mau panjang usia pujalah separa dewa, para Kumara Aswini, dan yang mau tubuh kekar kuat itu pujalah Bumi. Yang mau keteguhan tanpa goyah dalam kedudukannya pujalah ufuk dan bumi sekaligus. Yang mau cantik ayu pujalah penduduk cantik di planet Gandharwa, dan yang mau bini yang baik maka pujalah para Apsara dan Urwasi, kelompok gadis bidadari kerajaan kahiyangan.

Yang mau menakluki orang lain, pujalah Betara Bramha, ketua Jagat Raya. Yang maukan nama yang nampak itu pujalah Ciri-Ciri Sang Hiyang, dan yang maukan simpanan baik maka pujalah separa dewa, Waruna. Kalau mau menjadi orang terpelajar agung, pujalah Betara Siwa dan jika mau perkahwinan berkekalan baik maka pujalah dewi yang setia dewi Uma, isteri Betara Siwa.

Penerangan

Terdapat banyak bentuk yang berbeda bagi orang-orang yang berbeda menginginkan kejayaan menurut kepada bidang yang diceburi atau yang dimahukannya. Jiwa bersyarat yang hidup dalam lingkup loka kebendaan ini tak bolehlah menjadi pakar dalam tiap-tiap harta yang boleh dinikmati, tetapi seseorang itu boleh mempunyai pengaruh yang sama banyaknya juga atas sesuatu perkara lain dengan memuja separa dewata tertentu seperti yang disebutkan itu.

Phra Rawana dijadikanlah seorang yang berkuasa melalui pemujaan baginda kepada Betara Siwa, dan baginda pernah menyemahkan kepala baginda kepada Betara Siwa sebagai korban. Baginda menjadi amatlah berkuasa menerusi karunia Betara Siwa sampai segala separa dewa pun takut akan baginda, dan akhirnya baginda dicabar pula oleh Ciri Sang Hiyang iaitu Sri Rama Candra maka musnahlah dirinya.

Dalam kata lainnya wahai tuan-tuan dan puan-puan budiman sekelian, orang yang begini yang ingin mendapatkan kesenangan dan bahan keduniaan yang tak seberapa itu atau orang yang bersikap kebendaan, pada keseluruhannya itu adalah seorang yang pandir lah juga. Yang ini dijelaskan sebenarnya dalam Bhagawadgitam (7.20).

Diperkatakan bahawa mereka yang kekurangan segala deria yang baik, atau yang kebijaksanaannya itu dicopot oleh sakti (tenaga) māyā, maka cita-citanya untuk mencapai segala macam kesenangan kehidupan itu dijalankan menerusi usaha menyenangkan pelbagai separa dewata, atau dengan memajukan tamadun kebendaan itu menurut perjalanan saintifik yang terkini. Masalah sebenar bagi hidup dalam loka kebendaan ini adalah untuk menyelesaikan persoalan kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Tiada sesiapa pun mahu mengubah hak kelahirannya, tiada siapa pun mau bertemu kematian, tiada siapa pun mau jadi tua atau lupus, dan tiada siapa pun mau penyakit.

Namun segala permasalahan ini sebenarnya tidak juga selesai walaupun dengan karunia dewa-dewa dan bukannya juga diselesaikan menerusi kemajuan teknologi kebendaan. Dalam Bhagawadgitam dan jua Srimad Bhagawatam, orang-orang pandir ini dijelaskan sebagai langsung tak ada deria yang baik.

Sukadewa Goswami menyatakan bahawa daripada 8,400,000 jenis hidupan itu, bentuk manusia ini sangatlah jarang sebenarnya makanya ia berharga. Dan daripada manusia-manusia yang jarang-jarang ini, yang sedar mengenai masalah kebendaan ini pun sebenarnya sedikit amat. Dan yang lebih sedikit itu adalah mereka yang menyedari nilai Srimad Bhagawatam, yang mengandungi pesanan-pesanan Sang Hiyang dan anak bakti Nya yang murni jiwa mereka.

Kematian itu tak akan dapat dielakkan sesiapa pun baik yang cerdik mau pun yang bodoh. Namun Pariksit Maharaja disebutlah oleh Goswami sebagai manīṣī, atau manusia yang sangat-sangat maju mindanya, kerana pada masa kematian itu dia meninggalkan segala kesukaan kebendaan dan menyerahkan dirinya sepenuhnya ke duli paduka teratai Sang Hiyang sebaik mendengar pesanan-Nya dari orang yang benar.

Namun, cita-cita bagi "kesukaan kebendaan" oleh orang yang bekerja keras itu dikutuk keji lah. Cita-cita begini sebenarnya sesuatu yang memabukkan dari masyarakat manusia yang jatuh nilai-nilainya. Orang yang cerdik itu sepatutnya cuba mengelakkan semua cita-cita yang ini sebaliknya mencari kehidupan abadi yang tetap, dengan memilih untuk kembali kepada-Nya! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan