Brahmana Kashmir ini merupakan kelompok bangsa pendita di rantau lembah Kashmir yang merupakan rantau bergunung-ganang di Asia Selatan.
Itihasa
Rupakara warnasrama Hindu di rantau Kashmir banyak terpengaruh dengan kemasukan ajaran Buddha dari samaya maharaja Asoka, sekitar kurun ke-3 SM. Kesannya, garisan tradisional antara warna menjadi kabur, dengan pengecualian kepada bangsa Brahmana sahaja yang tetap tak terkesan dengan perubahan. Antara ciri ketara pada masyarakat Kashmir awal ini adalah kedudukan tinggi para wanita jika dibandingkan dalam masyarakat rantau lain ketika itu.
Rantau India Utara, menjadilah mangsa serangan bangsa Turki dan orang Arab yang masuk dari kurun ke-8 M sampai ke seterusnya, namun mereka jaranglah hendak mengganggu kawasan pergunungan Lembah Kashmir kerana sukar hendak masuk ke situ. Namun, pada kurun ke-14 M, seorang pemerintah beragama Islam telah berjaya menubuhkan kerajaan di situ disebabkan oleh pemerintahan orang-orang Hindu wangsa Lohar yang rosak budinya. Kerosakan budi dan mengabaikan dharma menyebabkan jatuhnya kerajaan kita semua. Mohibb al-Hasan menjelaskan kejatuhan ini sebagai:
"Para Damara atau ketua-ketua bangsawan menjadi berkuasa, bangkit melawan pihak kerabat diraja sekelian, dan disebabkan oleh pemberontaan berterusan maka negara pun menjadi keliru. Hidup dan harta menjadi tak selamat, pertanian menurun, dan ketika itu lah perniagaan sahaja yang bertahan. Aryadharma dan susila di istaana serta negara pun jatuh merudum sampai ke kehinaan!"
Bangsa Brahmana sekelian sangatlah tak suka dengan sesuatu perkara semasa pemerintahan raja terakhir bagi wangsa Lohara itu iaitu raja Sūhadewa. Kerana baginda memasukkan bangsa Brahmana ke dalam rupakara pembayaran cukai sedangkan raja-raja lalu mengecualikan bangsa Brahmana daripada cukai.
Samaya Pertengahan
Panglima Zulju yang kemungkinannya seorang Mongol dari rantau Turkistan masuk ke Kashmir dan mengarahkan tenteranya itu menakluki banyak rantau dalam Lembah Kashmir sekitar 1320. Namun, Zulju kemungkinannya bukan seorang Muslim.
Yang paling diingati adalah tindakan Sultan Sikander Butchikan (1389-1413), pemerintah Muslim ketujoh di rantau Kashmir dari wangsa Shah Mir. Baginda dirujuk sebagai pemecah wigraham kerana kemusnahan lambang penganut agama Hindu dan ajaran Buddha di Kashmir serta cara kejam baginda memaksa penduduk Kashmir masuk ke agama nya atau dihalau. Banyak penganut agama tempatan enggan menganut agamanya itu lari ke rantau lain di India. Antaranya itu adalah kelompok Brahmana Kashmir. Walaupun kemungkinan juga setengah masyarakat Brahmana ini ditempatkan semula disebabkan oleh punca ekonomi, tapi ramai juga yang melarikan diri disebabkan mengelakkan dipaksa menukar agama.
Semasa itu juga pemerintahan raja-raja Hindu di rantau lain, bangsa Brahmana selalunya diberikan surat milikan tanah dan disebabkan mereka ini sangat berkemahiran tinggi dalam pendidikan umum dalam masyarakat, maka mereka pun mendapat penghormatan masyarakat Hindu rantau lain. Bila mereka berpindah disebabkan oleh ancaman menganut agama lain secara paksa, mereka masuk ke rantau lain di India dan kemudiannya memaksa pula orang tempatan di negeri baru mereka itu masuk agama mereka. Kesan daripada pengunduran besar-besaran bangsa Brahmana dari Kashmir ini, lembangan Kashmir menjadi rantau yang hampir sepenuh penduduknya beragama Islam.
Waris Sultan Sikander bernama Sultan Zain al-'Abiddin (1423-1474) juga seorang yang kuat pegangan agama nenek moyangnya. Tapi ironinya, baginda ini lebih bertoleransi dengan orang Hindu berbanding ayahanda baginda yang kejam sampai membenarkan orang Hindu yang dipaksa menganut Islam supaya kembali ke agama Hindu semula. Baginda juga terlibat dalam usah membaik pulih pura-pura Hindu yang dirosakkan sebelum ini. Baginda sangat menghormati pendita Brahmana dan memberikan karunia tanah kepada mereka selain menggalakkan Brahmana Kashmir supaya kembali semula ke negeri mereka. Baginda membuka jawatan istimewa di istana baginda dengan kedua-dua Brahmana Hindu dan penganut ajaran Buddha menjadi penasihat terdekat baginda.
Samaya Kemudian
Sultan Akbar dari empayar Moghul kemudian melanda Kashmir pada 1587 M. Semasa pemerintahan orang Mongol India ini, penduduk Hindu menikmati keselamatan nyawa dan harta benda serta dinaikkan ke pangkat-pangkat kerajaan yang tinggi.
Sultan Akbar sangat suka dengan kebijakan orang Brahmana lantas memberi gelaran diraja kepada mereka, Pendita. Pemerintahan Mughal ini diikuti pula dengan pemerintahan orang Afghan atau suku kaum Pashtun. Masa berlalu, ramai pula bangsa Brahmana Kashmir menganut agama Islam. Hanya tinggal sedikit sahaja yang kekal mengamalkan ajaran Saiwa. Tak banyak usaha dijalankan demi mengembalikan orang Brahmana ini ke agama Hindu. Tapi di rantau Jammu dan Kashmir itu walaupun ramainya beragama Islam, bangsa mereka itu adalah bangsa jati Brahmana belaka.
Samaya Kini
Brahmana Pendita dari Kashmir membuat tapaklah di India Utara. Mulanya dalam kerajaan bangsa Kesatria iaitu kelompok Rajaputra. Kemudian dalam istana Moghul. Seterusnya juga dalam pemerintahan wangsa Dogra di Kashmir. Masyarakat yang merupakan kelompok elit dan juga celik sastera ini juga merupakan antara yang terawal membincangkan dan melaksanakan pembaharuan sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan