Swasti Srih!
Cendekiawan ajaran Buddha menghasilkan banyak juga teori-teori intelektual, falsafah dan konsep pandangan dunia. Misalnya seperti Abhidharmma yang mengajarkan falsafah Hakikat dalam Ajaran Buddha. Setengah aliran ajaran Buddha tidak menggalakkan pengajian doktrin dan setengahnya pula menganngap bahawa ia perlu sekurang-kurangnya untuk sesetengah orang yang berada dalam sesetengah tahap amalan dalam ajaran Buddha.

Dalam ajaran Buddha awal, yang dikongsi juga oleh beberapa aliran yang ada sekarang ini, konsep kebebasan atau Nibbhana yang menjadi matlamat dalam jalan Buddha berkait rapat dengan pemahaman yang betul tentang bagaimana minda kita menghasilkan tekanan kepada diri kita sendiri. Dalam kebangkitan sifat sebenar bergantungan, seseorang itu mengembangkan sikap tidak bergantung kepada benda yang diingini. Jadi dia akan terbebas dari derita atau dukkha dan bebas dari putaran sengsara atau kelahiran semula. Sehinggi ini, baginda Buddha mencadangkan setiap orang melihat perkara sekeliling dengan tiga tanda-tanda kewujudan.
Tiga Tanda-Tanda Kewujudan
Trilakṣana atau tiga tanda kewujudan adalah tak kekal, sengsara dan bukan diri. Tak kekal atau anicca dalam bahasa Bali merujuk kepada fenomena berunsur atau bersyarat (semua perkara dan pengalaman) adalah tak malar, tak tetap dan tak kekal. Segalanya yang kita alami melalui deria kita tercipta dari bahagian-bahagian dan kewujudannya bergantung kepada keadaan luaran. Segalanya berada dalam keadaan yang senantiasa berubah-ubah dan tak kekal. Maka syarat bagi benda dan benda itu sendiri pun berubah-ubah. Benda-benda ini terus menjadi makhluk hidup dan juga berhenti menjadi makhluk hidup. Kerana tiada satu apa pun yang kekal, maka tak ada satu apa pun ciri kekal atau tetap bagi sebarang bahan atau pengalaman hidup dalam loka ini.
Menurut kepada doktrin tak kekal, kehidupan ini merupakan perkara yang tidak kekal senantiasa berubah dalam perjalanan meningkat usia, putaran kelahiran iaitu saṃsāra, dan dalam sebarang pengalaman kehilangan. Doktrin menyebut bahawa sebab perkara semua tidak kekal, keterikatan kepadanya pun sia-sia sahaja dan membawa kepada dukkha cuma.
Dukkha ini merupakan konsep yang utama dalam ajaran Buddha. Kata-kata ini secara kasarnya berselari dengan istilah bahasa Melayu seperti derita, kesakitan, tak puas hati, kesedihan, sakit jiwa, runsing, gundah gulana, risau memanjang, tidak selesa, tertekan, sengsara, dan sebagainya. Walaupun istilah ini selalu diterjemah menjadi "penderitaan" namun maksud falsafahnya itu lebih terbanding dengan "rasa tak senang atau runsing" seperti dalam syarat sesuatu yang berperasaan itu mempunyai rasa terganggu.
Makanya, penderitaan itu nampaknya seperti terjemahan yang dangkal dengan konotasi "emosi yang negatif" yang memberikan gambaran bahawa penganut ajaran Buddha ini berpandangan hidup yang gelap sahaja semua benda pun mempunyai buruknya. Ajaran Buddha sebenarnya bukan bersikap pesimistik mahupun optimistik. Tapi ia lebih kepada mengajarkan sikap realistik menghadapi hidup. Selalunya, kata dukkha ini dalam bahasa Melayu sekali pun kita tak pernah terjemahkannya dan digunakannya sampai terserap menjadi kosa kata bahasa Melayu sendiri.
Anatman ini merupakan tanda kewujudan makhluk ketiga. Dengan pemeriksaan yang teliti, seseorang itu mendapati bahawa tiada langsung fenomena yang benar-benar "aku" atau "aku punya". Konsep ini pada hakikatnya dibentuk dalam pemikiran kita sahaja. Dalam Nigaya, anatman ini bukan diertikan dengan pengertian yang ghaib, tapi ia lebih kepada pendekatan untuk mencapai kelepasan daripada duka. Baginda Buddha menolak kedua-dua penekanan kepada pengertian ghaib bagi "aku ada Jiwa" dan "aku tak ada Jiwa" sebagai satu pandangan bagi ciri kewujudan yang mengikat seseorang itu kepada duka.
Bila ditanya jika "jiwa" itu sama dengan tubuh, baginda Buddha menolak untuk menjawab. Baginda tak mau menjawab! Menerusi penelitian pada perubahan di tubuh makhluk dan juga bahagian-bahagian minda iaitu skandha dalam manusia atau bahan, pengamal ajaran Buddha akan sampai ke rumusan bahawa bahagian-bahagian tubuh atau pun manusia itu seluruhnya sebenarnya tak mempunyai jiwa.
Sebenarnya senang sahaja hendak memahami benda ini. Semasa nyawa itu dikandung tubuh, kita pikir bahawa tubuh itu "kita" yang punya. Sedangkan "tubuh" itu cuma sementara sedang jiwa yang dikandung tubuh itu nanti akan pergi entah ke mana-mana apabila tiba kala kematian bagi tubuh. Jadi tubuh itu tak kekal. Tubuh itu tak punya jiwa... Tiga punca kewujudan itu anicca, dukkha dan anatman. Ini adalah relaiti atau hakikat kehidupan... Tak siapa pun mengelakkannya tapi mesti dihadapi....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan