Sabtu, 26 Oktober 2013

Dewi Periyachi Amman

Om Swastiastu!


 

Dewi Periyachi Ambha ini merupakan ciri yang menggerunkan bagi Ibu Pertiwi. Ia dikenali lah jua sebagai Periyachi Kali Amman dan dikaitkan dengan dewi Kali yang ganas. Dewi Periyachi menjadi pelindung bagi anak-anak dan dikaitkan dengan kelahiran kanak-kanak dan kebuntingan. Dewi ini biasa dikaitkan dengan agama Hindu di Tanah Melayu dan di Singapura.

Kimwadanti

Suatu ketika, seorang maharaja Pandiyawamsa bernama Wallala Rajan Rajah sangat jahat dan kejam menyeksa hamba pekulun. Diperkata jua jika anakanda baginda menjejak tanah maka tindakan ini akan membawa kepada hancurnya bumi. Apabila permaisura hampir melahirkan anak, raja tak dapat mencari bidan lagi. Lantas, baginda memilih seorang wanita bernama Periyachi. Wanita ini berjaya membantu kelahiran bayi dengan menghalang bayi daripada menyentuh tanah. Periyachi meminta bayaran, namun raja melayannya buruk dan tak mau membayar.

Raja itu tak tahu bahawa Periyachi itu sebenarnya merupakan jelmaan dewi Parwati. Periyachi kemudian berubah menjadi dewi Parwati menyebabkan raja terkejut. Dengan tangannya yang banyak itu ditolak raja dan dipijaknya raja. Dibunuh sang raja dengan pedang baginda. Pada etika itu juga, anakanda jahat raja itu dipegang di tangannya kerana tak boleh dibiarkan terkena tanah jadi bumi pun terselamat daripada kehancuran. 

Perlambangan

Dewi Periyachi dikenali dengan delapan tangan semuanya dan rupa menggerunkan. Baginda biasanya memegang senjata dan memegang bayi. Mungkin juga memegang trisulo, damaru dengan ular, pedang, tali jerat dan juga bekas buat isi darah jahat.

Baginda selalu digambarkan berdiri atau duduk dengan kakinya itu memijak seorang raja. Dalam gambaran juga digambarkan baginda mengoyak perut permaisuri, yang berbaring atas pangkuannya, dan mengunyah tali perut permaisuri di samping darah menetes dari mulut baginda. Dua lagi tangan baginda memegang tali perut dan anakanda jahat raja itu. Rupa ganas baginda itu menyebabkan kejahatan lari tericirit-cirit.

Peranan

Dewi Periyachi bertindak menjadi dewata pengawal atau kawal deiwam. Yang lain-lain kawal deiwam itu adalah Muniswaran dan Mathurai Wiran yang dianggap sebagai pengawal baginda. Dewi Periyachi bersama dengan Jada Muniswaran, iaitu salah satu ciri Muniswaran, diperkatakan turun ke bumi sebagai satu jodi atau pasangan menghalau semangat jahat dan menjaga bumi. Dewi Periyachi juga menghukum wanita yang berbuat jahat dan onar kepada orang lain, menghukum lelaki yang memperguna wanita, dan memijak mereka dengan kakinya. Baginda juga melindungi kanak-kanak daripada berbuat jahat.

Pemujaan

Semasa bulan ketiga bunting itu, masyarakat Tamil yang di luar negara akan menjalankan upacara Punsawana atau Perlindungan Janin bersama dengan semahiyang Periyachi bagi melindungi ibu dan bayi daripada "mata jahat".

Bulan ketujuh, akan ada upacara Simantonnyana atau memakai gelang kaki dijalankan bersama semahiyang ditujukan untuk dewi bagi meringankan kesakitan semasa sarat nanti dan memudahkan lahir anak itu. Pada hari ke-30 selepas kelahiran bayi, upacara dijalankan di rumah, semahan seperti sari hitam, makanan berdaging dan barangan bertuah lain disemahkan kepada dewi.

Wanita sekelian menjalani puja bagi mengelakkan malang menimpa bayi yang baru lahir. Si ibu pun mesti menjalani puja supaya selamat dan sehat anak itu. Dalam lawatan pertama ke pura lepas kelahiran bayi, anak itu akan disemahkan kepada dewi diletakkan depan murti di tanah pada kaki murti. Kepala anak itu dicukur dan ditutup dengan kain kuning. Semua kecuali adik-beradik bayi itu akan berundur menandakan dewi memberi restu kepada bayi dalam janin dan bagi beberapa bulan kehidupan awalnya. Kemudian pedanda akan memulakan upacara pemujaan Periyachi. Pemujaan dewi bagi 12 kali Adityawara oleh pasangan pula dijalankan bagi meminta keturunan.

Brahaspatti dan Sukrawara pula dianggap sebagai hari bertuah bagi pemujaan dewi Periyachi dan Muniswatan. Perayaan Periyachi Pujai diadakan dalam bulan Adi bagi memberi tabik kepada dewi. Bulan Thai pun baginda dipuja. Sebahagian daripada upacara puja itu, ada semahan padaiyal, mengandungi daging binatang sembelihan dan juga makanan bersayur disemahkan kepada dewi dan diberi juga kepada pemuja sekelian sebagai lungsuran.

Makan lungsuran ini dipercayai membawa nasib baik dan juga kebaikan kesihatan. Semasa perayaan Thimithi, babak-babak dari Mahabharata akan dilakonkan semula oleh pemuja dan juga wayang bangsawan. Seminggu sebelum upacara meranduk api pun, akan dijalankan juga pemujaan dewi Periyachi. Pemujaan ini untuk memohon restu dewi sakti yang dipuja sebagai kula dewata pemuja. Baginda juga merasuk ke tubuh pemuja baginda kerana baginda ini adalah jenis sakti.

Balai pemujaan untuk baginda boleh ditemui di pura Sri Wirakaliamman dan pura Sri Mariamman di Singapura. Pura persendirian untuk baginda pun ada juga seperti Pura Dewi Sri Periyachi Amman di Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan