Pengenalan
Kanjirottu Yakshi atau Chiru Thewi ini merupakan jenis pontianak yang terdapat cetera rakyat di Tamil Nadu, India Selatan. Menurut cetera, Chiru Thewi ini dilahirkan dalam keluarga kaya, Padamangalathu Nair Tharawad dikenali dengan nama keluarga Mangalathu di Kanjitakota di Selatan Travancore dalam Tamil Nadu kini. Beliau ini seorang gadis kaya yang sangat cun dan cantik tetapi menjadi pelacur kelas atasan yang berhubungan pula dengan Kunju Thambi, saingan kepada Marthanda Warma.
Cetera
Chiru Thewi ini merupakan seorang pelacur atasan yang sering berhubungan dengan lelaki kaya dan berkuasa. Namun, sebenarnya dia itu sangat cintakan salah seorang daripada pekerja yang lebih rendah kedudukan daripadanya, Si Kunjuraman. Si Kunjuraman ini, merupakan seorang Pondan Nair atau Pengangkut Pelangking, tubuhnya kekar, kulit cerah, tinggi dan segak lah.
Chiru Thewi dan saudaranya, Si Gowindan sering diangkut di belakang Si Kunjuraman balik ke tempat berdekatan. Chiru Thewi itu sukalah mendera si Kunjuraman secara kasar menyakiti juga perasaannya. Seronok sungguh Chiru Thewi menyeksa si Kunjuraman, memalukannya, memukul-mukulnya, menyebabkan si Kunjuraman terpaksa mengangkut benda berat, membakar kakinya dengan besi panas dan mencekiknya semasa diangkut. Diperbuat pelbagai cara biar si Kunjuraman itu berpisah dengan isterinya. Masa demi masa, si Gowindan yang belum kahwin lagi dan si Kunjuraman menjadi rakan rapat. Mereka selalu berkongsi bilik yang sama. Chiru Thewi tak suka dengan keadaan ini apabila saudaranya itu pun menjadi rapat dengan kekasih hatinya itu. Tapi dia tidak bertindak dan tak berbuat apa-apa.
Chiru Thewi merancang rencana jahat dan membunuh isteri si Kunjuraman. Ketika itu si Kunjuraman sedang berada di luar kawasan membawa Gowindan berurusan. Kemudian si Gowindan mendedahkan saudarinya itu jahat dan membunuh orang. Beberapa hari kemudian, si Kunjuraman mencekik Chiru Thewi mati apabila mereka hampir berasmara. Si Gowindan cuma menutup mata dan buat bodoh sahaja kerana melindungi rakan tercinta nya itu.
Chiru Thewi menjelma kembali sebagai seekor Yakshi yang jahat di Kanjirukota. Dia segera memperolehi kesaktian mendapatkan rupa cantik sekejap mata sahaja selepas menjelma semula. Walaupun dia menggoda dan menghisap darah ramai lelaki, namun dalam hatinya itu cuma ada satu tujuan sahaja mahu mendapatkan si Kunjuraman yang tampan itu!
Dia menyatakan kepada si Kunjuraman bahawa dia sedia mengampunkannya kalau dia berwiwaha dengannya. Si Kunjuraman tak mau dan terus menolak. Chiru Thewi yang merupakan yakshi itu terus menumpukan saktinya itu menyeksa si Kunjuraman yang malang. Terdesak sangat, si Kunjuraman pergi mendapatkan Gowindan Mangalathu, yang merupakan seorang upasaka setia Begawan Sri Narasimha meminta bantuan. Gowindan setuju membantu. Gowindan berkata kepada yakshi itu bahawa dia boleh bersama Kunjuraman selama setahon tapi dengan tiga syarat. Satunya, dia mesti setuju dirumahkan dalam sebuah pura selepas tempoh setahun. Kedua, selepas beberapa tahun tertentu nanti, pura itu akan dihapuskan dan dia mesti mencari perlindungan saranagati dengan Begawan Narasimha bagi mencapai moksa. Ketiga, dia mesti membuat puja pula supaya hubungan Gowindan dan Kunjuraman bukan sahaja dalam kelahiran ini tapi dalam kelahiran depan. Kedua-dua pihak pun bersetuju.
Pura Kanjirakota Waliawidu
Setahun kemudian, yakshi itu dikurung dalam pura ini yang selepas itu dipunyai oleh Kanjirakota Waliawidu. Keluarga Waliawidu mula memuja yakshi ini bersama dengan kula dewata mereka, Sri Ramanuja Perumal iaitu rupa Begawan Kresna ditemani oleh Sri Rukmini dan Bala Rama. Pemuja selalunya akan menyemahkan pongala atau nasi meruap susu kepada yakshi ambha di pura ini semasa chelongan puram dalam bulan Minom (Phalguna). Pura ini sudah tak wujud lagi sebab sudah hancur.
Yakshi dengan Pura Sri Padmanabhaswami
Selepas meminta perlindungan Begawan Narasimha di Thekkedom, yakshi ini kini dipercayai berada di Mahabharata Konathu Kallara di Pura Sri Padmanabhaswami. Rupa menawan tapi menakutkan yakshi ini ada dilukiskan di bahagian barat daya pura itu.
Seorang pemuja setia kepada yakshi ini, adalah seorang penari dan juga isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Swathi Thirunal Rama Warma iaitu Sundara Laksmi Dewi.
Rujukan
1. Kaimal, Kesawa. 2002. Thekkan Thiruwithamkurile Yakshikal. Srinidhi Publications.
2. Nair, Balasankaran. 2001. Kanjirottu Yakshi. Sastha Books.
3. Nair Balasankaran. 1999. Waliawidu Charitrathil. Sastha Books.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan