Memaparkan catatan dengan label hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantu. Papar semua catatan

Isnin, 1 Februari 2016

Jenis-Jenis Makhluk Halus

Om Svasti Astu


Disebabkan makhluk halus, roh atau semangat ini merupakan sesuatu yang abstrak, maka kita jarang-jarang sekali menyedari kehadirannya. Oleh itu, diharapkan masukan yang ini memberi peringatan kepada kita semua agar sentiasa menjaga kesedaran diri dan jangan sampai terpengaruh dengan roh-roh jahat di sekeliling kita.

Jenis-Jenis Hantu

Apabila kita merujuk kepada semua hantu itu sebagai hantu, maka kita tidak menyedari bahawa sebenarnya terdapat banyak jenis tenaga-tenaga gelap atau jahat yang berada dalam alam ghaib. Dalam masukan yang ini, kita akan cuba mengumpulkan jenis-jenis tenaga jahat yang didasarkan kepada kedudukan biasa sampai ke kedudukan yang tinggi. 
Sumber Rujukan: Pertubuhan Kajian Kerohanian India (SSRF)
Gambar: Bukit Dow, Darjeeling, India
Pranala lain: Hantu dan Roh

Ahad, 8 Mac 2015

Hantu dan Makhluk Halus

Selamat Sejahtera



Bhūta
 
Untuk masukan awal ini kita akan merekodkan mengenai pemahaman mengenai hantu dan roh-roh menurut kepada pemahaman kaum Brahmin dan pengikut agama Hindu. Hantu dalam budaya orang Asia Selatan disebut sebagai bhūta. Untuk maklumat berkenaan dengan bhūta ini, sila klik di sini bagi membaca lanjut. Untuk jenis-jenis makhluk halus atau roh jahat berdasarkan kepada kajian rohaniah di India, sila klik di sini. Catitan di sini hanya menyentuh kepercayaan umum sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mereka yang berpengetahuan.

Jenis Hantu

Dalam kalangan masyarakat di Asia Selatan, terdapat kecenderungan untuk mengaitkan segala kesialan dalam hidup ini dengan gangguan dan serangan dari setan serta hantu. Kita di Asia Tenggara sendiri pun mempunyai kepercayaan yang serupa dengan penduduk di Asia Selatan. Asia Selatan di sini merujuk kepada negara-negara moden India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan, Sri Lanka dan lain-lain. Dalam catitan ini, kita akan cuba menyenaraikan pelbagai jenis hantu yang terdapat di benua kecil India bagi menghilangkan kebosanan.
Roh Alam
  • Apsara
  • Yakṣa
Ośanti... śanti.. hi...

Ahad, 13 April 2014

Setan: Krasue


Sudah lama kita tidak bercakap mengenai cerita hantu. Kali ini, kita bercakap tentang jenis setan jadian di rantau kepulauan India Timur, iaitu Penanggalan. Di sebelah Siam, disebut sebagai กระสือ Krasue manakala di Kemboja disebut sebagai Ap. Di Tanah Melayu pula disebut Penanggal sedang di Sabah dipanggil Balan-Balan. Di Filipina, Menananggal dan di Vietnam, Ma'Lai. Di Pulau Bali, Leyak. Ia berbentuk kepala terbang yang tali perutnya dan isi perutnya tergantung di lehernya.

Menurut Phraya Hanuman Rajadhon, Krasue mempunyai kepala yang terapung selepas tertanggal dengan tali perut semua sekali tercabut dari tubuh dan mengeluarkan cahaya. Penjelasan diperbuat mengenai punca sinaran perut itu mungkin disebabkan oleh kewujudan gas metana di kawasan berpaya bakau. Krasue ini jenis perempuan yang mengamalkan santet sedang yang lelaki disebut, Krahang.

Setan ini berterbangan di udara disebabkan tiada tubuh bawah. Tekaknya boleh kelihatan salurnya saja atau lehernya semua. Yang berikutnya itu anggota dalaman tubuh seperti jantung, perut dan tali perut yang menunjukkan kegelojohan setan itu mencari mangsa.

Dalam wayang Siam terbaru, Krasue Valentine, setan ini turut dipaparkan dengan lebih banyak anggota dalaman seperti paru-paru dan hati tapi ukurannya dikecilkan berbanding kepalanya. Tali perutnya kadangkala kelihatan berlumuran dengan darah dan bersinar-sinar. Paparan semasa menggambarkannya dengan gigi Yaksha atau gigi pontianak. Dalam cerita, Ghosts of Guts Eater, setan ini ditonjolkan mempunyai lingkaran cahaya di kepala.

Krasue menjadi bahan cerita dalam wayang-wayang di Siam dan Kemboja. Contohnya, wayang berjudul Kun Aeuy Madai Ahp di Kemboja pertama kali diperbuat di Republik Rakyat Kemboja selepas ketiadaan wayang-wayang keluaran tempatan serta tekanan oleh pemerintah Komunis ketika samaya Khmer Merah.

Kimvadanti

Cetera

Di Siam, cetera ini melibatkan seorang puteri diraja bangsa Kemboja yang bertukar menjadi setan Krasue selepas dihukum supaya dibakar beberapa kurun yang lalu. Negeri puteri ini kalah dalam peperangan dengan kerajaan Siam lalu baginda tuan puteri dipaksa kahwin dengan seorang orang besar bangsa Siam. Tuan puteri tertekan kerana baginda mencintai seorang tentera Siam tetapi tentera itu cuma hamba tentera biasa saja. 

Kemudiannya, tuan puteri ditangkap sedang bercumbuan dengan kekasihnya itu. Orang besar Siam itu mengamuk sakan dan menjatuhkan hukuman mati kepada tuan puteri menerusi upacara bakar. Sebelum hukuman dilaksanakan, tuan puteri pergi berjumpa dengan dukun santet bangsa Kemboja minta supaya tubuhnya itu kebal tidak dimamah api. Mantra yang diberi itu memang sakti tetapi kesannya lambat bertindak. Ia cuma bertindak bila hampir seluruh tubuhnya terbakar tinggal kepala dan anggota dalaman saja. Semenjak itu, bahagian tubuh puteri itu yang tidak rosak berada dalam sumpahan mantra dukun itu dan menjadi Krasue (Penanggalan). Versi cetera penglipurlara ini pernah dipapar dalam wayang seram Thailand (2002) berjudul Demonic Beauty.

Terdapat juga cetera lain yang berkaitan menyebut mengenai seorang bekas wanita kaya yang sering memakai selempang hitam menutupi kepala dan lehernya dari cahaya mentari. Wanita itu katanya kerasukan semangat jahat sampai bertukar menjadi Krasue.

Di samping itu, ada cetera terbitnya setan ini dikaitkan dengan seorang wanita pengamal santet tersilap membaca mantra sampai tertanggal kepalanya dari tubuh. Karma dosa lampau turut menjadi punca seseorang itu menjadi Krasue, contohnya wanita yang pernah menggugurkan kandungan atau membunuh yang lain di kehidupan lampau. Masa kininya, dia terjebak dengan kehidupan Krasue pula sebagai balasan karma lampaunya.

Cerita rakyat berikutnya pula menjelaskan orang yang makan atau minum bahan yang terkena air liur Krasue atau tercemar oleh setan itu pun akan berjangkit menjadi Krasue. Khayalan terkenal juga mendakwa Krasue cuma berlegar dalam kalangan keluarga terdekat pengamal santet tersebut saja. Pengamalnya digelar แม่มด Mae Mod atau ยายมด Nyai Mod. Mereka menurunkan santet kepada anak perempuan atau cucu perempuan mereka. Selalu di kampung-kampung di Kemboja atau di Siam, perempuan yang pelik perangainya selalu dibimbangi mengamalkan santet Krasue ini dan dicurigai penduduk kampung lain.

Gambaran Penglipurlara Siam

Krasue berada bawah pengaruh sumpahan yang menyebabkannya sentiasa lapar dan cergas di malam hari. Dia akan terbang mencari darah, atau memamah daging mentah. Mungkin dia menyerang lembu atau ayam itik dalam kegelapan malam di samping memamah isi perut binatang-binatang tersebut.

Boleh jadi dia makan bangkai seperti bangkai kerbau di malam hari. Jika darah tidak ditemui, Krasue boleh saja makan tahi atau bangkai membusuk. Pakaian penduduk kampung di ampaian kalau tidak dikutip sebelum malam menjelma, alamatnya nanti jadi napkin mengelap mulut setan Krasue di pagi keesokan hari. Kalau baju di ampaian itu ada darah kering atau tahi kering maka itu kerja tidak lain dan tidak bukan, setan Krasue itu lah. Kerana itu, jika kita dapat lihat semasa berkunjung ke kampung-kampung di pedalaman tanah besar ini, penduduk kampung tidak akan menyidai kain mereka di luar rumah pada malam hari.

Krasue juga suka memburu di rumah wanita-wanita bunting atau rumah yang mempunyai bayi. Dia akan bergentayangan di bumbung rumah tersebut sambil berteriak untuk menimbulkan ketakutan. Lidahnya panjang boleh menjulur masuk ke salur peranakan wanita dan mencapai janin atau kantung berisi bayi dalam kandungan. Tabiat setan ini dipercayai menjadi punca bagi penyakit yang menghinggapi wanita mengandung di pedalaman kerana lidah setan itu kotor. Dalam setengah kejadian juga, janin di perut berjaya dicuri setan itu dan dimakan hidup-hidup.

Jadi penduduk kampung turut menanam pokok-pokok berduri sekeliling rumah mereka atau memasang pagar berkawat untuk menghalang setan Krasue datang menghisap darah atau menyakiti wanita mengandung di rumah mereka. Tali pusat selalunya ditanam sebaik saja bayi dilahirkan. Ia ditanam sedalam mungkin supaya Krasue tidak boleh menguisnya dengan mukanya atau lidahnya.

Krasue menyembunyikan tubuhnya yang tidak berkepala itu di tempat-tempat sunyi yang tidak diganggu sesiapa kerana ia akan bercantum semula dengan kepala menjelang siang. Krasue itu hidup seperti biasa di siang hari. Tubuhnya jika dihancurkan semasa tidak berkepala itu, boleh menyeksanya dan membunuhnya. Kepala itu mungkin terpaksa bercantum dengan tubuh yang lain dan terseksa sampai mati.

Jika kepala itu separuh bahagiannya jatuh di tanah sebelum siang pun memberi bahaya kepadanya. Tali perutnya jika dipotong pun boleh membunuhnya. Tubuhnya pun boleh dikenakan orang semasa ketiadaannya mencari makan. Penduduk kampung-kampung percaya setan itu boleh dibunuh dengan membakarnya. Musuh utama Krasue sebenarnya orang kampungnya sendiri yang merusuh membawa jamung dan senjata. Mereka boleh menangkapnya atau membunuhnya dengan pelbagai cara. Krasue ini bukan jenis makhluk ghaib tetapi lebih kepada manusia yang mengamalkan jenis kedukunan hitam atau santet tertentu.

Ahad, 3 November 2013

Wetala di Himalaya

Non-profitable and Educational

Seorang dukun itu dikatakan mampu membangkitkan yang telah mati itu dengan mengikat roh yang terpencar dan memaksanya masuk ke dalam mayat yang sudah tak bernyawa. Roh ini akan menjadi hamba pula kepada dukun santet itu. Yang ini merupakan sejenis wetala yang dicetuskan. Terjemahan bagi wetala jenis ini adalah mayat hidup atau zombi. Cara yang sama mencetuskan mayat hidup ini pun ada dalam budaya ilmu hitam orang Haiti.

Wetala ini besar kepentingannya dalam kalangan Tantri Buddha awal. Sastera Tantrayana mengandungi banyak penerangan mengenai upacara membangkitkan wetala, dan tujuan-tujuan dibangkitkan wetala itu. Hamba ini berguna; terutamanya dari alam ghaib, diperguna buat menyelesaikan tugasan yang melibatkan alam ghaib juga. Di samping itu, wetala ini pun sangat bahaya! Kalau ia terlepas dari kawalan, maka ia mampu membunuh tuan yang mengawalnya atau pun orang lain, sampai seseorang yang lebih pakar mengalahkannya. 

Sebab lain bagi wetala ini sangat penting adalah kerana pengamalan karma mudram atau amalan hubungan jenis yang penting dalam aliran Tantrayana-Wamacara di India. Cara ini dikatakan paling cepat dan pasti dalam memastikan pencapaian. Disebabkan sukar hendak menjumpai orang yang ingin berhubungan dengan seorang tantri itu kerana karma mudram ini dianggap menjijikkan! Maka cara yang biasa bagi seorang tantri itu adalah dengan mengupah pelacur jati rendahaan. Lagi pun tak semua orang boleh berbuat begini disebabkan masalah kewangan dan juga masalah amali lain. Kalau seorang itu adalah pemegang winaya, atau bhikkhu, maka dilarang pula dia berhubungan dengan wanita walaupun dia seorang tantri juga.

Penyelesaiannya, maka tantri itu akan membangkitkan wetali atau wetala betina. Pada tahap tertentu, perundangan resmi diperbuat bagi seorang bhikkhu itu bagi pengamalan karma mudra dengan wetali dianggap sebagai tak melanggar winaya. Maka, perkara ini membuatkan amalan ini sangat-sangat popular dalam kalangan penganut ajaran Buddha di India. 

Amalan hubungan jenis yang sebenar itu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak yang terlibat. Kita tak mungkin mengetahui dari bacaan bahawa setengah sastera yang condong ke lelaki itu menyatakan bahawa sebarang cubaan menggunakan pelacur, hamba, atau mayat bagi karma mudram dengan cara sebelah pihak sahaja sangatlah mementingkan diri. Seorang tantri memahami keadaan ini jadi dia mengamalkannya dengan sebaik mungkin. Wetala atau wetali selalu juga jahat, sama seperti manusia kerana ia merupakan jenis roh. Tapi ia boleh dirubah dengan amalan Tantrayana. Sama seperti manusia pun menerima kesan amalan Tantrayana. Semua makhluk berhati nurani itu mempunyai ciri Buddha atau ciri kecerahan. Yang berbentuk roh pun sama. Mungkin disebabkan oleh amalan karma mudram, nampak seperti terdapat banyak kelompok wetali yang berkesedaran tinggi di India purwa semasa samaya Mahasiddha. Tak diragukan juga, wetali-wetali ini juga terkenal sebagai guru dan juga sebagai peneman kepada yang masih bernyawa. 

Hakikatnya jua, pada tatkala Tantrayana melalui samaya senjanya, sekurang-kurangnya ada seekor wetali yang mencapai pencerahan menerusi cara ini. Dia itu adalah Sri Wajra Wetali. Ratu segala pontianak. Dia mencapai pencerahan sebagai peneman kepada Sri Yamantaka.

Chogyam Trungpa Rimpoche menulis seru menaikkan roma Sri Wajra Wetali itu selalu diamalkan dalam pusat Shambala beliau, "Kau seronok menghisap darah ego... Menjelang malam, kau memutuskan urat jantung si pencabul dharma!" Di rantau Himalaya, rolang atau wetala bentuk mayat berjalan itu selalu sahaja dianggap sebagai hakikat harian. Dianggap sebagai masalah amali dan juga bahaya yang dahsyat.

Ada banyak cara berurusan dengan rolang atau wetala liar. Jelas sekali proses menggerakkan tubuh mayat itu beransur-ansur dan boleh dihentikan jika disedari dari awal. Mayat mula sekali akan cuba hendak bangun, dan kemudian berbunyi-bunyi. Alexandra David-Neel menulis bahawa pada tahap itu, yang harus dibuat adalah dengan cuba menahannya dan menggigit sampai putus lidah mayat itu. Tak dapat dipastikan jika cara itu berkesan atau tidak; tapi itu adalah antara langkah melawan mayat tersebut yang dibaca oleh David-Neel. Lidah mayat itu dikatakan sangat berguna bagi pelbagai tujuan.

Ngak Chang Rinpoche pernah sekali mengambil langkah berlainan. Dalam 1992, beliau berdharmayatram di Kashmir. Beliau menyelinap seminggu lamanya di celah-celah laluan gunung tinggi ke sebuah gompa (biara) betempat di salah satu daripada Lapan Tapak Perlupusan Mayat Besar. Kumpulan beliau bertemu dengan segerombolan orang Kashmir Saiwa yang mengangkut seorang ahli mereka yang mati disebabkan oleh keputusan udara di pergunungan. Sebab kedua-dua kumpulan itu berjalan dalam arah yang sama, jadi mereka selalu berhubungan. 

Pada satu tahap, kelompok orang Hindu Kashmir itu mula gempar. Mereka melaporkan bahawa mayat yang diangkut mereka bergerak-gerak, ia cuba bangun dan berbunyi-bunyi. Mereka belum sempat menjalankan upacara semahiyang dan pemujaan orang mati lagi. Kemungkinan mayat itu diserang oleh wetala atau rolang sangatlah tinggi. Jadi mereka takut dan panik.

Pelajar dalam kumpulan Ngak Chang Rinpoche menjelaskan kepada penganut Saiwa Kashmir tersebut bahawa Ngak Chang Rinpoche itu seorang mantri atau ngakpa. Beliau berkelayakan penuh serta berpengalaman dalam menghadapi masalah begitu. Orang-orang Kashmir tersebut agak ragu-ragu dengan Tantri Kain Putih. Mereka bimbang wetala tersebut akan membunuhnya pula nanti dan menjadikannya wetala lain pula. Lalu nanti kedua-duanya pula akan menyerang mereka. 

Rinpoche dengan tenang cuma duduk dengan mayat tersebut dan menjalankan phowa atau samkranti bagi pihak orang mati itu. Melihat keadaan itu, maka tenanglah kumpulan orang Kashmir itu dan mereka pun berpandangan bahawa wetala itu dihalau oleh guru Atiyoga itu.

Hantu: Wetala

Om Swastiastu!


Perkataan wetala ini dimengertikanlah kadang-kadang sebagai pontianak atau pun bangkai berjalan. Tapi kedua-duanya ini bukanyya terjemahan yang tepatnya. Secara ketatnya, kata ini merujuk kepada semangat yang tak kelihatan yang selalunya menyerap masuk dalam tubuh mati dan menggerakkannya. Biasanya, semangat-semangat ini mendiami tubuh mati dan juga tapak longgokan orang mati sebelum mayat mereput. Tubuh yang dihinggapnya itu boleh menjadi wahana pergerakannya selain ia membantutkan proses pereputan bangkai tersebut. Tapi wetala juga boleh meninggalkan tubuh itu jika ia mahu. 

Gray dalam laporan tak bertanggalnya pada 2009 memberikan dapatan di tapak pembakaran mayat itu ada beberapa ukiran seperti tengkorang seperti yang ada dalam tradisi Tantra Yogini dan membincangkan mengenai wetala ini.

Jenis-Jenis Wetala

Ada jenis wetala yang liar dan ada yang dicetuskan. Wetala dalam bentuk semangat tak bertubuh itu melepak-lepak atas tanah perkuburan, mencari mayat-mayat yang sesuai untuk menjadi rumahnya. Jika mayat itu dilonggokkan tanpa upacara-upacara pemagaran tertentu, maka mayat itu lemah dan menjadi sasaran hinggapan wetala ini. Wetala liar ini menyerang makhluk hidup. Terjemahan pontianak bagi wetala liar ini adalah yang paling tepat setakat ini. Sama seperti pontianak orang Eropah, wetala boleh merupa kelawar besar dan terbang ke sana ke sini. Mereka boleh merupa menjadi manusia budiman juga dan nampak pelik pada pergerakan mereka sebagai manusia.

Wetala boleh jadi memakan bangkai atau meminum darah, merupa kelawar dan sayap seperti sayap kelawar. Dalam cetera Hindu, wetala ini menghantui tanah perkuburan dan merasuk mayat. Mereka menyusahkan dan menakutkan manusia di samping menyebabkan manusia itu tersesat serta menjauhi Sang Hiyam Widdhi. Wetala juga dalam tindakannya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila. Ia menyerang jiwa yang sakit dalam diri seseorang. Membunuh kanak-kanak atau remaja dengan melemahkan jiwanya dan menyebabkannya membunuh diri atau menyebabkan keguguran.

Diperkatakan wetala menjaga kampung-kampung menjadi penunggu nya tetapi sebenarnya tidak. Menurut kepada sastera boran yang didapati daripada keluarga Pedanda Agung, samaya purwa dulu pencuri dan kawar sering mencuri harta berharga dari pura Hindu. Bagi melindungi harta tersebut daripada dicuri, maka dibuat cerita bahawa ada wetala mengawal kampung dan dengan cara ini maka kawar-kawar penyamun menjadi takut sama lah seperti Sang Hiyam yang mengawal kampung. Menurut cetera, bahwa manusia itu ada baik dan jahat. Maka, wetala pun begitu. Kalau jahat, maka jahatlah wetala itu. Kalau baik, maka wetala itu memperhamba dirinya kepada Sang Hiyam Widdhi.

Wetala ini merupakan bentuk semangat ganas yang terperangkap dalam "zon pudar" antara kehidupan dan kehidupan selepas mati yang dalam bahasa Arab disebut sebagai akhirat. Makhluk-makhluk ini boleh dihalau dengan membaca mantra dengan penumpuan minda yang baik. Seseorang boleh membebaskan mereka juga daripada kewujudan mereka itu dengan menjalankan upacara pengebumian yang betul. Wetala selalunya berpura-pura tahu mengenai masa lampau, masa kini dan masa depan yang dengannya itu ia memanipulasi minda manusia menerusi mimpi dan mengawal minda manusia dan melihat jauh ke dalam ciri manusia itu. Mereka juga berhubung menerusi pemikiran dengan menyiarkan rupa-rupa dan mempengaruhi manas atau pemikiran dan hati nurani yang terbukti berkesan. Oleh itu, dukun santet suka menangkap wetala ini dan menjadikannya hamba pula bagi kegunaan peribadi mereka yang mementingkan diri itu.

Cetera Wetala

Suatu ketika dahulu seorang dukun santet pernah meminta raja Wikramaditya buat menangkap wetala yang berdiam di pokok yang tersergam di tengah tapak pembakaran mayat. Satu-satu nya cara bagi berbuat demikian itu adalah dengan berdiam diri. Setiap kali ditangkap setan itu oleh raja Wikramaditya, ia akan menceritakan cetera yang sentiasa berpengujung dengan soalan. Dicuba sehabis kuat pun oleh sang raja namun gagal juga dijawab. Maka, jika tak dapat dijawab soalannya si wetala pun terlepas. Cetera wetala ini dibukukan menjadi buku berjudul Baital Panchisi.

Di rantau Konkani pun ada kultus Wetala yang sangat kuat dikenali dengan nama Wetala atau Betal kerana Sri Betal itu dikatakan saudara kepada Sri Santa Durga. Makanya, di mana sahaja ada pura Santa Durga, di situ pun ada sanggraha ditujukan buat Sri Betal sama ada dalam kompleks pura atau pun di mana-mana semak samun atau hutan berdekatan pura itu.

Nampak bahawa hubungan antara wetala dalam sastera dengan separa dewata ini macam kurang kukuh sahaja. Ada juga pura Sri Betal di Amona, Goa. Pemuja atau sewaka wetala dalam rupa Kala Bhairawa dan juga ketua segala semangat dan setan pemakan mayat serta pontianak serta segala jenis pisacha. Dia mempunyai rupa lain yang lebih ganas, iaitu rupa Agni Wetala yang menjadi sewaka Kalika kosong.

Sang Agni Wetala ini mempunyai rambut berapi dan mengawal api. Dia juga digelar sebagai Agya Wetala. Sang Agni Wetala ini diperguna oleh Tantri bagi menyantet orang. Tapi, yang ini bukan salah Sang Agni Wetala. Cuma nya setengah Tantri itu menyalahgunaan kesaktian diberi kepada mereka dengan mengampu para daitya yang berada di kaki Sang Agni Wetala kerana pengorbanan darah itu diterima oleh para daitya itu.

Maka menurut sastera suci Hindu, seseorang itu boleh menghapuskan roh jahat dengan membaca mantra, "Durgamba durgamba durga durgai durgamba - Om namah Siwaya". Ertinya, "Ibunda dan ayahanda Jagat bantulah patek".

Sabtu, 26 Oktober 2013

Hantu: Kanjirottu Yakshi

Om Swastiastu!


Pengenalan

Kanjirottu Yakshi atau Chiru Thewi ini merupakan jenis pontianak yang terdapat cetera rakyat di Tamil Nadu, India Selatan. Menurut cetera, Chiru Thewi ini dilahirkan dalam keluarga kaya, Padamangalathu Nair Tharawad dikenali dengan nama keluarga Mangalathu di Kanjitakota di Selatan Travancore dalam Tamil Nadu kini. Beliau ini seorang gadis kaya yang sangat cun dan cantik tetapi menjadi pelacur kelas atasan yang berhubungan pula dengan Kunju Thambi, saingan kepada Marthanda Warma

Cetera

Chiru Thewi ini merupakan seorang pelacur atasan yang sering berhubungan dengan lelaki kaya dan berkuasa. Namun, sebenarnya dia itu sangat cintakan salah seorang daripada pekerja yang lebih rendah kedudukan daripadanya, Si Kunjuraman. Si Kunjuraman ini, merupakan seorang Pondan Nair atau Pengangkut Pelangking, tubuhnya kekar, kulit cerah, tinggi dan segak lah.   

Chiru Thewi dan saudaranya, Si Gowindan sering diangkut di belakang Si Kunjuraman balik ke tempat berdekatan. Chiru Thewi itu sukalah mendera si Kunjuraman secara kasar menyakiti juga perasaannya. Seronok sungguh Chiru Thewi menyeksa si Kunjuraman, memalukannya, memukul-mukulnya, menyebabkan si Kunjuraman terpaksa mengangkut benda berat, membakar kakinya dengan besi panas dan mencekiknya semasa diangkut. Diperbuat pelbagai cara biar si Kunjuraman itu berpisah dengan isterinya. Masa demi masa, si Gowindan yang belum kahwin lagi dan si Kunjuraman menjadi rakan rapat. Mereka selalu berkongsi bilik yang sama. Chiru Thewi tak suka dengan keadaan ini apabila saudaranya itu pun menjadi rapat dengan kekasih hatinya itu. Tapi dia tidak bertindak dan tak berbuat apa-apa.

Chiru Thewi merancang rencana jahat dan membunuh isteri si Kunjuraman. Ketika itu si Kunjuraman sedang berada di luar kawasan membawa Gowindan berurusan. Kemudian si Gowindan mendedahkan saudarinya itu jahat dan membunuh orang. Beberapa hari kemudian, si Kunjuraman mencekik Chiru Thewi mati apabila mereka hampir berasmara. Si Gowindan cuma menutup mata dan buat bodoh sahaja kerana melindungi rakan tercinta nya itu.

Chiru Thewi menjelma kembali sebagai seekor Yakshi yang jahat di Kanjirukota. Dia segera memperolehi kesaktian mendapatkan rupa cantik sekejap mata sahaja selepas menjelma semula. Walaupun dia menggoda dan menghisap darah ramai lelaki, namun dalam hatinya itu cuma ada satu tujuan sahaja mahu mendapatkan si Kunjuraman yang tampan itu!

Dia menyatakan kepada si Kunjuraman bahawa dia sedia mengampunkannya kalau dia berwiwaha dengannya. Si Kunjuraman tak mau dan terus menolak. Chiru Thewi yang merupakan yakshi itu terus menumpukan saktinya itu menyeksa si Kunjuraman yang malang. Terdesak sangat, si Kunjuraman pergi mendapatkan Gowindan Mangalathu, yang merupakan seorang upasaka setia Begawan Sri Narasimha meminta bantuan. Gowindan setuju membantu. Gowindan berkata kepada yakshi itu bahawa dia boleh bersama Kunjuraman selama setahon tapi dengan tiga syarat. Satunya, dia mesti setuju dirumahkan dalam sebuah pura selepas tempoh setahun. Kedua, selepas beberapa tahun tertentu nanti, pura itu akan dihapuskan dan dia mesti mencari perlindungan saranagati dengan Begawan Narasimha bagi mencapai moksa. Ketiga, dia mesti membuat puja pula supaya hubungan Gowindan dan Kunjuraman bukan sahaja dalam kelahiran ini tapi dalam kelahiran depan. Kedua-dua pihak pun bersetuju. 

Pura Kanjirakota Waliawidu

Setahun kemudian, yakshi itu dikurung dalam pura ini yang selepas itu dipunyai oleh Kanjirakota Waliawidu. Keluarga Waliawidu mula memuja yakshi ini bersama dengan kula dewata mereka, Sri Ramanuja Perumal iaitu rupa Begawan Kresna ditemani oleh Sri Rukmini dan Bala Rama. Pemuja selalunya akan menyemahkan pongala atau nasi meruap susu kepada yakshi ambha di pura ini semasa chelongan puram dalam bulan Minom (Phalguna). Pura ini sudah tak wujud lagi sebab sudah hancur.

Yakshi dengan Pura Sri Padmanabhaswami

Selepas meminta perlindungan Begawan Narasimha di Thekkedom, yakshi ini kini dipercayai berada di Mahabharata Konathu Kallara di Pura Sri Padmanabhaswami. Rupa menawan tapi menakutkan yakshi ini ada dilukiskan di bahagian barat daya pura itu.

Seorang pemuja setia kepada yakshi ini, adalah seorang penari dan juga isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Swathi Thirunal Rama Warma iaitu Sundara Laksmi Dewi.

Rujukan

1. Kaimal, Kesawa. 2002. Thekkan Thiruwithamkurile Yakshikal. Srinidhi Publications.
2. Nair, Balasankaran. 2001. Kanjirottu Yakshi. Sastha Books.
3. Nair Balasankaran. 1999. Waliawidu Charitrathil. Sastha Books.

Rabu, 9 Oktober 2013

Prettam

Om Swastiastu dan Swasti Srih!


Prettam atau Pettam ini merupakan sejenis makhluk halus yang dijelaskan menerusi sastera agama penganut ajaran Buddha, agama orang Hindu, agama Sikh dan ajaran Jina. Makhluk ini menjalani kesengsaraan yang melebihi kesengsaraan manusia lalui. Utamanya, lapar dan dahaga bersangatan. Selalunya ia diterjemah menjadi hantu lapar sahaja berdasarkan kepada terjemahan bahasa Cina dari sastera ajaran Buddha aliran Mahayana yang berbahasa Sanskerta. Punca awalnya, seperti Petawatthu itu lagi pelbagai. Penerangan ini diberikan dalam konteks yang lebih ringkas.

Prettam ini sebenarnya jiwa manusia yang pada kehidupan lampaunya itu salah laku, rosak susila, suka bermuslihat, dengki dan tamak. Kesan karma hasil kegiatan pikirannya itu, dia pun dikenakan hukuman kelaparan melampau terhadap perkara yang menyebabkannya menjadi keji pada kehidupannya yang lalu. Tradisinya, benda yang diidamkan jiwanya itu merupakan permainan matanya sahaja dari tahi atau bangkai, walaupun dalam cetera yang baru-baru ini, boleh jadi pelbagai jenis benda yang pelik-pelik.

Prettam ini ertinya roh orang yang sudah mati. Terbitan kata dari perkataan praita iaitu yang sudah pergi. Dalam bahasa Sanskerta klasik, sabdawali ini merujuk kepada roh orang yang dah mati sesiapa pun, tapi utamanya kepada mereka yang tubuhnya belum dijalankan lagi upacara pembakaran. Kadangkala prettam ini boleh juga merujuk kepada hantu atau setan. Sabdawali ini dipakai dalam ajaran Buddha bagi menggambarkan salah satu daripada enam tahap mungkin kepada kelahiran semula.

Prettam tidak kelihatan di mata kasar manusia. Tapi setengahnya percaya bahawa ia boleh dikesan deria manusia yang berada pada tahap pemikiran tertentu. Mereka ini digambarkan seperti manusia, tapi kulit cengkung macam mumia, anggota tubuh yang cekung, perut besar dan meleret serta leher kurus. Rupa ini adalah gambaran keadaan tahap mental mereka. Selera besar, digambarkan dengan perut, tapi tak mampu memenuhkan selera itu. Yang itu digambarkan menerusi leher yang kurus. Kesenian Jepun Buddha samaya Heian menggambarkan prettam sebagai berupa manusia kurus cengkung tapi perutnya kembung buncit dengan mulut yang kecil dan tekak pun kecil. Selalu digambarkan prettam ini menjilat air tumpah di biara Buddha diikuti oleh setan yang menggambarkan duka di pemikiran mereka. Kadangkala mereka dipaparkan sebagai bebola api atau asap.

Prettam berdiam di tempat yang jin bertandang dan di padang-padang pasir di bumi, menurut keadaan karma lampau mereka. Setengah mereka boleh makan sedikit tapi susah hendak menemui makanan atau minuman. Yang lain boleh dapat makanan dan minuman tapi nak menelan bahan makanan atau minuman pula sukar. Yang lain mendapati makanan yang hampir disuap ke mulut mereka menjadi berapi. Setenga lagi nampak makanan atau minuman tapi ia kemudian hilang sekelip mata sahaja. Kesannya, mereka selalu lah lapar. Begitu juga kesejukan dan kepanasan melampau. Sinaran bulan pun boleh jadi meneyeksakan bagi mereka ketika musim panas, manakala sinaran mentari membekukan mereka ketika musim sejuk. Penderitaan prettam ini selalunya menyerupai ahli neraka. Dan dua jenis makhluk ini seringlah dikelirukan. Perbedaan ringkas kedua-dua makhluk ini adalah neraka itu dibatasi oleh loka bawah tanah, manakala prettam itu berada di merata-rata sahaja di bumi atau di mana-mana.

Umumnya, prettam ini dipandang sebagai gangguan sedikit kepada manusia, kecuali kalau kehendak mereka itu disalurkan ke arah benda yang penting seperti, darah. Tapi, dalam setengah tradisi, disebut prettam pun cuba mengganggu orang lain memenuhi kehendak mereka menerusi khayalan, sihir, atau penyamaran. Mereka boleh juga menjadi halimunan atau merubah muka demi menakutkan manusia. Bagi penganut ajaran Buddha, prettam dipandang sebagai makhluk yang patut menerima belas kasihan. Di setengah biara Buddha, bhikkhu akan meninggalkan dana makanan, wang atau bungaan bagi mereka sebelum makan sebagai satu perkongsian dengan makhluk kejadian lain.

Tradisi Tempatan

Sejak tahun 657 M, penganut Buddha di Jepun mengamalkan upacara semahan kepada yang sudah pergi seperti penganut Buddha di tempat lain sekitar bulan Aswin dalam penanggalan Saka. Orang Jepun menggelar anak manja yang mengada-ngada pun sebagai prettam.

Bagi orang Hindu, prettam ini memang benar-benar wujud. Bukan semata-mata lambang sahaja. Mereka memang berupa, dengan tubuh mengandungi hanya angin dan angkasa, dua daripada lima unsur yang turut membentuk tubuh iaitu bumi dan lain-lain planet seperti air, angin, bahan gelap dalam angkasa, api dan tanah. Ada rupa lain lagi menurut karma kehidupan lampau apabila jiwa mengambil kelahiran dalam tubuh manusia atau rupa entiti lain yang cerdik dalam suatu planet, tapi dengan perbedaan unik  dengan kehilangan salah satu daripada tiga unsur.

Dalam kepercayaan Hindu, atma atau jiwa itu terbatas dan melalui kelahiran lepas kematian dalam tubuh yang terkandung dalamnya pancha mahabhutam atau lebih. Jiwa dalam keadaan sementaranya itu murni dan kewujudannya itu sama dengan dewa tapi dalam rupa terakhir kelahiran bertubuhnya. Unsur kecuali angkasa dinirwacanakan sebagai isi serata Jagat dan baki empat itu merupakan ciri yang membentuk planet, bintant atau tempat kelahiran tubuh jiwa itu. Maka, sebab ini prettam tak boleh minum atau makan kerana seluruh tiga unsur iaitu api, air dan tanah tak ada dalam diri mereka, jadi mereka tak boleh makan atau minum.

Selasa, 8 Oktober 2013

Mistik: Hantu Aghori

Om Swastiastu!


Kejadian ini diceritakan seorang warga India pada 25 Jan 2010, bernama Sanju Bhat. Kejadian ini berlaku sewaktu beliau dalam kolej kejuruteraan. Ketika itu beliau dalam lawatan ke Puna, tempat yang sangat disukai oleh beliau dan tempat tinggalnya pada cerita disampaikan. Gaya bahasa digunakan adalah dalam ganti nama pertama, pencerita itu sendiri menceritakan.

Ketika itu, waktu cuti semester dan aku bercadang hendak melawat Susila. Dia itu kawan aku dari Mumbai. Dia baru sahaja berpindah ke Puna untuk belajar kejuruteraan dalam salah satu kolej di situ. Dia menyewa rumah banglo di Nigdi bersama beberapa lagi orang rakan kolej. Tempat itu bagus juga tapi agak terasing daripada bandar utama. Lagipun, budak-budak itu memang suka hidup tanpa diganggu dan tempat itu sesuailah dengan muka mereka. 

Susila menjemput aku melawat ke rumahnya untuk jangka masa lama juga. Kawan-kawan serumahnya semua sudah balik ke kampung mereka dan akan kembali hanya selepas sebulan cuti semester itu habis. Dia sajalah yang menjadi penunggu rumah itu. Kami bercadang hendak duduk di situ beberapa hari sebelum balik ke Mumbai bersama-sama. Seorang lagi rakan kami, Wikrant yang belajar di Bangalore pun ikut kami juga.

Seperti yang direncanakan, aku sampai di rumah Susila lewat petang. Masa untuk sampai ke tempat dia itu dari Stesyen Puna pun nak dekat sama dengan masa aku naik kereta api dari Mumbai pergi ke Puna. Susila dengan teliti memberi arah pun kepada aku, tapi malang sekali nasib aku, aku tersalah simpang jadi lewat lah aku sampai. Sebab lain aku lewat tu, sebab tak nampak seorang pun di sekitar situ yang boleh aku tanya arah ke tempat Susila. Susila gelak sakan mendengar cerita aku yang menyakitkan hati itu. Aku duduk berehat seketika sebelum mengikut Susila berjalan melihat-lihat banglo itu.

Cantik juga rumah itu dengan ruangan makan sendiri dengan tiga bilik tidur di tingkat bawah. Ada juga teres yang bagus di lantai pertama rumah dan segar sekali sebab angin beredar bebas di situ. Hakikatnya juga, kalau kami tidur bawah tu pun aku rasa cukup seronok sebab ruangan terbuka dan nampak langit. Satu benda yang aku perasan, di kawasan itu tak ada satu rumah pun yang berdekatan. Mungkin beberapa kilometer nanti baru jumpa rumah lain. Susila ada memberitahu aku bahawa kereta api si Wikrant tu akan sampai sekitar jam satu pagi nanti. Sebab aku penat duduk dalam kereta api lama, maka Susila suruh aku berehat sahaja di rumah sementara dia ke stesyen menjemput si Wikrant dengan motorsikal.

Kami selesai makan malam jam 10:00 p.m. Susila merancang nak keluar pukul 11:45 mengambil si Wikrant tu jadi dia akan sampai tepat-tepat pada jam kawan kami itu sampai. Aku pun mendarat atas sofa rumah itu macam rumah sendiri sekitar jam 11:15 dan tertidur pulak. Susila dah keluar mengambil si Wikrant. Selepas sejam tertidur cendranya, aku tiba-tiba terjaga dan ku lihat jam sudah 12:15 am. Seluruh rumah gelap sahaja. Tiba-tiba aku terasa meremang pula. Aku cuba menenangkan hati sendiri. Mengingatkan diri bahawa aku bukannya duduk di Mumbai tapi dalam bandar yang selalu mengalami pemotongan bekalan api seluruh hari. Aku adalah salah seorang dalam penduduk bandar itu, nanti masa berlalulah. Aku pun bersandar di sofa menunggu budak-budak itu sampai balik.

Tak lama lepas itu aku mendengar suara menggumam datang dari luar tingkap bilik tempat aku "landing" itu. Sedikit rasa ingin tahu timbul maka aku pun bergerak sedikit ke tingkap nak melihat apa punca bagi bunyi itu. Bila ku buka panel tingkap itu sedikit aku nampak apa yang terjadi. Bunyi itu tiba-tiba menjadi begitu deras dan pencawang cerucuk terpelanting di panel tingkap, sedikit lagi nak hentam kepala aku. terkejut beruk juga aku, tapi aku masih mengawal diriku. Aku merangkak ke panel tingkap nak melihat siapalah punya kerja itu.

Mata aku mula terbiasa dengan pandangan dalam gelap jadi aku dapat melihat dengan jelas dalam gelap. Sebaik sahaja aku menjeling ke luar tingkap, nampaklah si celaka yang membuat onar di malam hari depan aku. Kelihatannya seorang lelaki kurus sahaja dengan rambut terikat seperti seorang yogi dan berjanggut. Telanjang dia kecuali dengan cawat menutupi bahagian kemaluan. Tubuhnya putih, berdebu dengan abu suci rasanya.

Sejurus itu, aku mula rasa tenang sedikit sebab aku nampak itu manusia yang berdiri dalam 15 m daripada rumah dekat tingkap. Lelaki itu berdiri tak berbuat apa pun kecuali menghayunkan bahan yang nampak macam bergantung-gantung di tangan kanannya sambil senyum kepada aku. Bahan di tangan dia itu yang membuat bunyi menggumam. Sebelum aku sedar, lelaki itu mengutip batu lain, membetulkan benda di tangannya dan membidik untuk melempar lagi. Kali ini, nasib aku baik sebab balingannya itu terkena tingkap lain. Aku mencubit lengan aku semata-mata nak memastikan aku tidak bermimpi. Mungkin aku dalam mimpi buruk kah, dan ia tak mahu berakhir?? 

Dengan rasa takut nak mampos, aku merangkak ke sudut yang jauh di bilik dan berharap cepat lah budak-budak itu datang supaya aku tak menderita dalam keadaan ini. Tiba-tiba, aku tak dengar sebarang bunyi lagi dalam 10 minit macam tu dan deria aku pun kembali tenang seperti biasa. Aku dengar bunyi tombol digodak-godak. Naluri aku adalah nak meluru sahaja ke pintu membukanya kerana kawan aku mungkin dah sampai. Tapi kemudian aku teringat, si Susila memberitahu yang dia akan kunci pintu dari luar. Jadi, bila dia dan Wikrant balik tidur aku takkan terganggu. Aku terduduk dan kaku kejang tak tahu apakah yang berada di luar cuba nak memecahkan kunci dan masuk. Ada beberapa ketukan pintu juga, tapi kali ini semakin deras daripada sebelumnya diikuti dengan bunyi kayu di tangan orang tadi berputar.

Aku pasti sekejap sahaja dia akan dapat memecahkan pintu dan masuk ke rumah. Kemungkinan yang terbaik buat aku cumalah lari sembunyi atau duduk di teres luas itu. Aku lari ke teres dan mengunci pintu mausk ke teres sambil berdoa kepada Sang Hiyang supaya segeralah sampai balik budak-budak tu!!! Waktu itu aku tak terpikir yang perkara itu adalah perkara ghaib kerana aku pikir itu adalah kejadian orang gila sedang naik minyak, huhu. Bayangkanlah betapa seramnya aku bila aku dengar bunyi itu ada di belakang aku di teres walaupun aku kunci pintu dah!!!!!! Benda itu sedang duduk bersila di hujung dinding teres!!! Tak mungkin dia mampu naik ke teres itu cepat begitu, dan tanpa membuang sebarang bunyi pun. Aku nampak benda itu sedang seronok melihat aku terseksa ketakutan. "Cukuplah!!!" Aku berkata dalam hati. "Aku terpaksa berdepan dengan benda itu, itu sahaja pilihan yang ada pun!" Aku memungut batang besi di sebelah aku, sambil membaca perlahan-lahan, "Om Naamaah Siwaaaya!" lalu meluru kepadanya sekali dengan pecutan adrenalin dalam urat-saraf aku. Tak pernah aku rasa begitu sebelum ini. Aku berhenti 10 kaki dari makhluk itu, dan melontar besi itu kepadanya. Dia mengelak dan dalam cubaan mengelak itu dia terjatuh dari teres. Aku pikir mungkin itu penghabisan bagi kejadian itu. Tapi aku tersedar aku tak dengar pun bunyi benda jatuh ketika makhluk itu terjatuh. Aku mengumpulkan kekuatan lalu bergerak ke bucu teres untuk melihat kalau ada tubuh terbaring di tanah. Bayangkan, terkejutnya aku bahawa aku dapati tak ada sesiapa pun di lantai bawah! Tempat itu kosong tanpa ada sebarang kesan makhluk jatuh pun di bawah. Aku rasa tak mampu mengawal rasa takut sampai terpitam, ketar lutut-lutut ini.

Bila aku terjaga, aku dapati aku sudah ada di ruang tamu dengan Susila dan Wikrant sudah pun sampai duduk di tepi aku. Mereka nampak risau dan memberitahu bahawa terjumpa aku pengsan di teres atas lepas sampai rumah. Aku menceritakan kejadian yang menimpa aku. Susila dengan kesalnya memberitahu bahawa memang salah dia meninggalkan aku seorang di rumah malam itu. Dia berkata bahawa memang dia dan kawana serumah lain ada pernah melihat orang itu, sama seperti aku cerita lebih kurang sebulan lalu. Tapi, sejak itu mereka selalu bersama dan akan keluar dengan kayu besbol untuk mencabar penceroboh itu! Tapi, bila mereka keluar sahaja dilihat langsung tak ada orang. Kemudian, mereka dengar dari orang kampung sekitar bahawa ada seorang lelaki yang disyaki menjalani upacara pengorbanan, memangsakan manusia dan makan mayat telah dilanyak mati dalam satu rusuhan beberapa hari lalu. Disyaki, lelaki itu adalah seorang Aghori. Tak ada sesiapa ditahan pun, dan memang begitulah kejadiannya di kampung-kampung kecil di India. Tapi, susila dan rakan-rakan langsung tak pernah lihat lagi lelaki itu selepas kejadian dia muncul di rumah mereka.

Aku pun membuat sedikit kajian selepas itu mengenai Aghori ini. Yang aku temui, dinyatakan bahawa Aghora ini merupakan kelompok dari aliran agama Hindu yang sesat dan terkeluar dari aturan Brahmana. Aliran agama Hindu lain mengutuk aliran ini sebagai "non-Hindu" sebab amalan melampau yang dijalankan seperti makan orang, hidup di tapak pembakaran mayat, mengambil tuak, dadah dan terlibat dalam upacara hubungan jenis termasuk dengan mayat. Mereka percaya dengan amalan-amalan kiri itu, mereka menjadi dekat dengan Sang Hiyang dan akan mencapai "kesaktian tertinggi".

Mereka selalunya kotor, hampir telanjang dan menyaluti tubuh dengan abu mayat. Pastinya nampak menakutkan! Kehidupan mereka ini diselubungi misteri, jarang kelihatan di umum, dan hidup hanya di tapak pembakaran mayat dan berasingan dari orang lain. Mereka makan mayat, mungkin yang ditarik dari sungai atau dicuri dari tapak pembakaran. Sama ada mayat dimakan menta atau dimasak atas api terbuka, dianggaplah mangsa yang dianggap sebagai "orang mati" itu sebenarnya benda semulajadi yang tak mengandungi nyawa seperti sebelumnya sahaja.

Penjelasan masuk akal bagi kejadian menimpa aku itu mungkin, roh Aghori itu mendapat makanan dari ketakutan yang dibuatnya kepada mangsa dan akan menjadi kuat bila mangsa hilang harapan dan rasa tak mampu melawan ketakutan lagi. Ketika itu juga, aku rasa ada kekuatan dalaman, jadi roh itu hilang genggaman pada semangat aku jadi dia hilang. Lepas kejadian itu, aku segera balik ke rumah dan sampai di Mumbai pagi esoknya. Susila dan kawan-kawan sekolejnya pun pindah terus ke rumah pangsa di tengah bandar Puna selepas kejadian menimpa aku itu. Dari situ baru aku menikmati percutian yang penuh bersejarah dalam hidup aku bersama Susila dan lain-lain rakan pada tahun berikutnya. Inilah pengalaman menakutkan aku di Puna.

Isnin, 22 April 2013

Mistik: Brahma Daitya


Brahma Daitya ini sebenarnya benda yang hampir sama dengan Brahma Raksha di India Selatan. Ia merujuk kepada roh Brahmana yang bujang dan agak memilih dalam pemakanannya. Brahma Daitya ini boleh bergaul baik dengan manusia asalkan mereka jangan melangkah kawasannya tanpa kebenaran. Kini kita sajikan ceritanya untuk tatapan pembaca Hindu sekelian.

Dalam sebuah kampung di negeri Bengal, hiduplah seorang Brahmana miskin dengan isterinya. Hidup mereka bukanlah sebagai yang dibayangkan oleh orang ramai bahawa jati Brahmana itu hidup kaya menindas orang. Hakikatnya, mereka meminta dana di rumah ke rumah. Kais pagi makan pagi, kais petang makanlah petang.

Berhari-hari bertahun-tahun, maka kampung mereka itu bertukar ganti jamindar atau tuan tanah. Brahmana itu terpikir untuk berjumpa dengan jamindar dan meminta sedikit dana. Esoknya, dia berpakaian kain ikat pinggang yang bagus demi berjumpa si tuan tanah. Tapi, tuan tanah bila ditemui nampaknya sibuk sekali dengan hal ehwal kampung.

Setengah pelayan jamindar memaklumkan kepadanya bahawa di bawah pohon ara besar di luar kampung itu ada banyak hantu. Beberapa orang lelaki berani pun ada mendekati pokok itu tapi tak ada seorang pun kembali selamat. Kata pelayan jamindar itu, semua mereka pun ditemui dengan leher tergantung di pokok. Sejak itulah kawasan dekat pokok itu kosong sahaja waktu malam. Waktu siang pun, ada lah beberapa orang penjaga lembu melepaskan lembu mereka meragut. 

Jaminder mendengar hal ini terasa bimbang pula. Jadi, dia mengumumkan bahawa sesiapa yang berani ke pokok ara itu waktu lepas senja dan bawa sebatang dahan dari pokok itu kepadanya akan diberi ganjaran 100 bigha tanah sewa percuma. Brahmana yang duduk dekat situ terpikir bahawa mungkin orang-orang jamindar itu cukup berani hendak menjalankan tugasan itu. Tapi selepas itu, tak ada siapa pun tampil. Jadi, dia pun mencuba nasibnya. Getus hatinya, "hidup ini pun susah saja, kalau cuba dapatkan dahan pokok itu untuk harapan hidup yang lebih baik dan terbunuh oleh setan itu maka hidup terseksa ini pun akan berakhir". Jadi dia pun berkeputusan untuk pergi ke sana dengan sukarela.

Sampai di rumah dia menceritakan hal itu kepada bininya tapi bininya berasa takut dan menangis teresak-esak. Dia meminta si suami janganlah menyia-nyiakan hidupnya begitu. "Janganlah tinggalkan aku, abang! Hidup aku lagi teruk nanti kalau kau tiada!". Brahmana masih tetap dengan keputusannya. Orang kampung pula cuma memperolokkannya dan bercakap seolahnya mereka kasihan dengannya. Kata setengahnya, "Kau ada beberapa hari lagi sebelum menyerahkan leher kau kepada setan penunggu pokok itu. Tukarlah pikiran selagi boleh!". Brahmana tidak mudahlah mengubah keputusannya. Satu jam selepas jatuhnya matahari dia pun pergi ke kawasan pokok ara itu. Hatinya berdegup kencang tatkala kakinya hampir sampai ke kawasan pokok itu. Sambil kakinya menggigil, dia berhenti sebentar di bawah pokok Bakul tak jauh dari pokok ara berpenunggu itu. Pokok Bakul itu pun dihuni oleh roh Brahma Daitya. Roh itu berasa kagum dengan keberanian Brahmana kurus kering itu yang cuba mendekati pokok ara. Tanyanya, "Hai Brahmana, kau takutkah? Kau mau apa? Maukah aku bantu kau?".

Brahmana menelan air liurnya dua kali sebelum berbisik kasar, "Tabik wahai penunggu yang direstui, aku perlu memotong dahan dari pokok ara itu untuk jamindar. Aku ini teramat miskin, tapi jika aku berbuat begitu maka aku akan mendapat 100 bigha percuma sewa tanah. Aku takut sebenarnya mau ke situ. Aku akan menghargai jasamu selamanya jika kau membantu".  

Brahma Daitya setuju, "Mari ikut aku. Aku akan bawa kau ke situ". Brahmana melepaskan nafas tanda lega kerana dia menyedari kesaktian Brahma Daitya itu. Kepalanya didongakkan sedikit, dan dia pun mengikut penunggu pokok Bakul itu ke pokok ara sambil memegang gergajinya. Tak lama kemudian, menjelmalah lebih daripada 100 ekor penunggu entah dari mana menyerbunya. Brahma Daitya masuk campur dan meminta supaya Brahmana itu dibenarkan memotong sebatang dahan dari pokok itu.

Hantu itu semua menghormati Brahma Daitya kerana walaupun dia itu sejenis hantu, tapi pangkatnya lebih tinggi. Jadi sebaik sahaja didengari arahan dari suaranya maka mereka menurut dan membantu Brahmana memotong dahan pokok itu. Sebelum terkelip mata si Brahmana, tiba-tiba sahaja sebatang dahan besar terbaring di depannya tanpa dia potong pun. Dia berterima kasih kepada Brahma Daitya kerana membantunya dan berlari sekuat mungkin ke rumah jamindar.

Jamindar terkejut beruk melihat dahan pokok itu di depannya. Dia pun ingin pergi ke pokok itu sendiri esoknya supaya dapat dipastikan dahan itu dari pokok itu. Keesokan harinya, jamindar ditemani orang suruhannya pergi ke pokok itu. Terkejutlah mereka kerana memang dahan itu dari pokok berpenunggu itu. Janji tetapi janji, maka 100 bigha sewa tanah pun dilepaskan kepada Brahmana tak bertanah miskin melarat itu. Ketika itu pula padang di tanah sewaan Brahmana itu sedang masak padinya. Kerana pengetahuan Brahmana dalam bertani tiada serta tiada siapa menolong maka dia pergi meminta bantuan Brahma Daitya. "Bantulah aku wahai penunggu, aku perlu bantuanmu lagi". "Gimana aku boleh tolong kau?", tanya si penunggu. "Tanah yang aku terima itu sudah masak padinya, dan boleh dituai. Tapi aku tiada alatan untuk menuai. Tolonglah aku, kerana hancurlah segalanya jika tidak dituai padi itu", rayu si Brahmana. Brahma Daitya menenangkannya, "Jangan kau risau, wahai Brahmana. Aku akan pastikan bukan sahaja padimu itu ditebas tapi juga dipukul, dijeramikan dan disimpan dalam jelapang. Kau hanya perlu cari 100 sabit dan letakkanlah di kaki pokok Bakul ini waktu malam. Sediakan juga jelapangnya supaya bahan itu semua disimpian dengan baik".

Brahmana miskin melarat itu langsung tak ada rakan kaya. Dia pun terlopong memikirkan siapalah yang akan meminjam sabit semua. Brahma Daitya berkata, "Kau dah kaya pun kini. Pinjam saja sabit dari orang kampung". Brahmana bergegas balik ke kampung dan berbuat seperti saranan penunggu itu. Suka hatilah dia kerana orang kampung memang menyerahkan sabit kepadanya dengan senyuman. Dia mengambil semua itu dan meletakkannya di pokok bakul menjelang senja.

Kemudian, dia menyediakan tapak dekat sawah untuk jelapang padi. Semua kerja siap maka dia pun berehat di malam hari. Sebaik saja orang kampung semua terlelap chendera, maka Brahma Daitya meminta tolong rakan-rakan penunggu di pokok ara untuk membantu mengerjakan sawah si Brahmana. Mereka semua gembira saja membantu. Sebelum subuh, padi sudah siap dikerat, dipukul dan ditampi. Jerami semua diikat dan disimpan elok dalam jelapang yang dibina Brahmana. Keesokan harinya, Brahmana dan bininya berasa teruja sekali selepas melihat kerja buatan Brahma Daitya dan rakan penunggunya. Orang kampung pun terpegun dan percaya bahawa Brahmana direstui oleh para dewata kahiyangan.

Selepas beberapa hari, Brahmana yang mengenang budi kembali menghadap Brahma Daitya berhati mulia itu, "Wahai penunggu, bolehkah kau tolong aku lagi? Aku ingin berterima kaseh kepada dewata kerana restu mereka kepada aku. Kerananya aku ingin memberi makan kepada 1000 orang Brahmana lain. Aku akan mengenang jasamu sampai bila-bila jika kau bantu aku dengan bahan untuk kenduri besar meraikan mereka". Roh yang menunggu pokok itu menjawab, "Hai Brahmana, akan ku penuhi permintaan mu. Minta tunjukkan saja tempat yang boleh aku letakkan bahan itu semua".

Brahmana menyediakan sebuah bilik untuk penunggu meletakkan bahan kenduri kendara. Sehari sebelum kenduri itu, penuhlah bilik itu dengan 100 bekas minyak sapi murni, selonggok besar tepung, buahan kering dan sayuran, 100 bekas gula, 100 bekas susu, 100 bekas susu ketulan dan lain-lain bahan untuk kenduri besar-besaran. Brahmana kemudian mengupah 100 tukang masak bagi menyediakan makanan untuk para Brahmana pedanda. Keesokan harinya subuh cerah dan jelas. Brahmana dan bininya sibuk mengalu-alukan para Brahmana. Dia sendiri kelaparan kerana mahu menunggu Brahma Daitya yang membantunya dengan barangan kenduri itu menjamah makanan bersama. Keinginan si Brahmana tidaklah kesampaian kerana kawannya si penunggu Brahma Daitya itu sudah cukup tempoh di dunia.

Puspaka yang menjadi wahana dewa kemewahan, Kuberan turun ke bumi melepaskan Brahma Daitya daripada kewujudannya sebagai makhluk halus yang tersangkut di pokok Bakul. Brahma Daitya bahagia kerana dapat meneruskan kenaikan di kahiyangan. Brahmana itu pun hidup bahagia dengan anak cucunya. Umurnya panjang tapi tetap mengingati penunggu yang membantunya.

Mistik: Hantu Setan dan Makhluk Halus


Untuk masukan awal ini aku akan merekodkan mengenai pemahaman mengenai hantu dan roh segala mak neneknya menurut kepada pemahaman kaum Brahmana dan Hindu sebagai di benua Hindu di Barat. Mungkin juga mengenai pemahaman kaum Hindu sebelah Timur misalnya di Siam, Myanmar atau di Nusantara (Indonesia) atau di Kemboja dalam lingkungan kita kerana sebelah Asia Tenggara walaupun kita berbahasa sama seperti mereka di India (bahasa Tamil atau bahasa Hindu lain) tetapi kita sudahlah bertapak di sini beratus ribu tahun juga lamanya.

Jenis Hantu
Perbincangan tentang Hantu

Masukan ini antaranya adalah terjemahan dari ceramah bapa yang penyantun, bapa Bhagyasali atau nama Cinanya bapa Hsingyun dari negara Taiwan. Beliau adalah seorang bhikkhu ajaran Buddha Mahayana cawangan Wimalabhumi-Suddhavasa atau Tanah Murni. Tidak dikisahkanlah dari ajaran mana pun aku menganggap baginda Buddha Gautama pun adalah bahagian dari tradisi kehinduan jadi pengajaran dari cawangan alirannya walaupun di tanah Cina mau pun Jepun tetaplah memberi manfaat.

Pengenalan 
Perbincangan mengenai Hantu 1
Perbincangan mengenai Hantu 2
Jenis Roh dan Rupanya
Tempat Tinggal Roh
Alam Roh dan Alam Manusia 

Santet Kedukunan

Loka Bhuta dan Vamacara
Punca Didampingi atau Diganggu
Tanda Terkena Ilmu Hitam atau Jadi Mangsa Setan
Ajaran Buddha: Pelindungan dari Semangat Jahat dan Ilmu Hitam

Mantra Penunduk Bhuta-Ganah


Mistik : Alam Roh dan Alam Manusia

Oleh Bapa Bhagyasali
Terjemahan oleh NG


Dalam jagat raya ini, ada lah juga loka bagi 10 alam dharmma iaitu alam para Buddha, alam para Bodhisatwa, alam Pratyeka Buddha, alam Srawaka, dan enam alam yang disebut sebelum ini. Ada alam para Buddha misalnya seperti alam Tanah Murni Sinaran Murni di Timur dan Tanah Murni Penuh Suka di Barat. Makhluk di langit atau pun makhluk samawi menurut gaya bahasa penganut agama seperti penganut Islam mempunyai alam yang terbahagi kepada tiga pula dan ada 28 langit.

Manusia seperti kita ini, ada dunia dengan tiga lautan dan lima benua semuanya. Dalam kalangan manusia ada pelbagai bangsa dengan bentuk tubuh dan kulit bermacam warnanya. Setengahnya itu kaya, yang lain pula miskin. Ada yang cerdik dan ada yang lembap akalnya. Binatang pun begitulah juga ada dunia mereka sendiri. Setengahnya terbang di udara, setengah merayap atas tanah dan setengah yang lain berenang di lautan atau lopak berair. Begitu juga halnya dengan makhluk halus, roh-roh tak bertubuh di dalam jagat raya dan hantu dalam neraka pun ada pelbagai cara dan bentuk kehidupan. Hantu tinggal dalam alam seperti manusia juga. Berkeluarga, bekerja untuk diri sendiri dan sebagainya. Ada yang kaya ada yang papa kedana. Dunia mereka pun ada kesedihan ada pertelingkahan. Hantu dan makhluk halus secara keseluruhannya pun ada banyak jenis tabiat pula. Ada yang ganas kejam ada yang baik mulia.

Makhluk halus, roh dan hantu semua sangat rapat sebenarnya dengan satu sama lain. Semua pun berada di bumi yang sama. Lagipun bukan semua hantu itu terjelma dalam neraka. Ada juga yang berada dalam kalangan kita. Di kiri kanan kita ada saja mereka. Mungkin mereka sedang memerhatikan kita sedang membaca tentang mereka. Tak perlu nak mengembara ke neraka semata-mata nak bertemu dengan hantu sebab hantu itu ada di merata tempat dalam dunia kita pun ada. Apakah hantu yang ada dalam dunia kita ini? Tengok saja sekeliling kau orang itu. Tak perlu nak bandingkan orang agama ini baik, agama itu jahat. Agama ini masuk dalam neraka atau agama itu masuk dalam sorga. Tengok dalam lingkungan diri korang sendiri.

Yang menyalahgunakan dadah, minum ayer ketum, membazir masa melibatkan diri dalam perkara sia-sia, berzina, mencederakan orang lain dan mengebom orang, melakukan tindakan ganas, merompak orang, merasuah, menyamun, menjadi penyangak dan pembunuh. Bukankah mereka ini semua lebih teruk daripada hantu dan jahat daripada setan kalau menurut gaya bahasa orang Islam atau orang Kristian dan Yahudi? Bukankah kita pun pada masa-masanya tergoda untuk menjadi seperti hantu dan setan juga? Menahan bantuan yang patut diterima bagi yang layak menerimanya, yang berpaling apabila melihat kejahatan atau kesilapan tanpa membetulkannya, yang syak wasangka memanjang kepada orang, yang bercakap buruk mengenai kawannya, berjiwa kejam walaupun kita tahu bahawa buatan kita itu kejam dan mencederakan jiwa dan perasaan makhluk yang lain? Tak betulkah yang setan berupa manusia ini pun lebih jahat dan teruk daripada setan dari neraka?

Bila kita pikir tentang hantu setan ini, kita selalunya hanya terpikir hendak mencari pedanda atau bhikkhu serta meminta restu mereka bagi rumah atau benda kepunyaan kita. Tapi pernahkah kita selalu terpikir untuk mendapatkan restu bagi "hantu-hantu" dalam dunia kita? Bila hantu dan setan itu direstui dan dibebaskan daripada kesengsaraan, maka amanlah pikiran kita suko niroga nirupadrawa tiada gangguan di kediaman kita. Sama halnya dengan "setan manusia" ini jika dibebaskan daripada kesengsaraan, akhlaknya akan diangkat dan sangkom pun akan mendapat ketenangan. 

Apakah caranya kita boleh membebaskan "setan manusia" itu? Cara penganut ajaran Buddha yang pertamanya adalah meminta perlindungan Trairattana, memegang Panchasila atau Pancha Sikkhapadam, mengamalkan Paramita atau Enam Kesempurnaan, serta menjalankan Dasa Bhumika. Meminta perlindungan Trairattana yang sebenarnya membawa kepada keselamatan penganut ajaran para Arya dan Buddha itu bererti jangan kita jatuh dalam alam neraka; Meminta perlindungan Dharmma itu bererti jangan kita jatuh dalam alam haiwan; Meminta perlindungan Sangkom itu bererti jangan jatuh dalam alam hantu lapar. Jika semua kita menjunjung Panchasila - jangan membunuh nyawa, jangan mencuri menyamun, jangan melibatkan diri dengan hubungan jenis, jangan bercakap kasar mencarut dan jangan melibatkan diri dengan perkara yang memabukkan maka jauhlah kita daripada segala setan dan kejahatan. Kita tidak akan lagi menyemai benih kejahatan yang akan menyebabkan kita terjelma dalam alam neraka atau menjadi hantu atau roh jahat.

Dalam dunia serba moden ini, kejahatan ada sahaja di sekeliling kita. Jika untuk sebarang sebab pun salah seorang daripada kita ini dicemari oleh kejahatan maka segeralah kembali kepada Arya Dharmma supaya dimurnikan semula diri kita. Jika semua kita ini berbakti dan menyebarluaskan nilai-nilai kebajikan dalam masyarakat, menyokong pendidikan, membantu yang lain tanpa mementingkan diri dan menaikkan semula tahap masyarakat ke arah kebaikan, maka semua "setan berupa manusia itu akan terbebas daripada kesengsaraan mereka. 

Saya ucapkan ribuan terima kaseh kepada tuan-tuan budiman yang hadir pada malam ini. Harapan saya supaya usahak kita ini boleh memadamkan "hantu" dalam diri kita dan setiap orang itu akan menjadi manusia yang sebenar-benarnya dan berpekerti mulia. Daripada sentiasa terpikirkan hantu, ada baiknya berpikir mengenai Phra Guru. Berbanding dengan bertindak seperti hantu setan, haruslah kita sedari sifat Buddha dalam diri kita. Jadinya, alam manusia ini akan menjadi Tanah Murni dan tak perlu kita nak risau tentang neraka lagi.

Mistik: Tempat Tinggal Roh

Oleh Bapa Bhagyasali
Terjemahan dan adaptasi oleh NG


Manusia ini tinggal di bumi dalam alam manusia. Tapi di manakah tempat hantu atau roh-roh ini berkeliaran dan meneruskan kehidupan mereka selepas keluar dari tubuh manusia atau sebagainya yang legap? Dalam kehidupan sebagai manusia itu ada kesenangan dan kesakitan. Apakah pula yang menyakitkan hantu atau roh-roh ini?

Abhidharma Mahawibhasa Sastram

Bagi penganut agama "langit", mereka mungkin mengatakan penganut "agama-agama" yang menurut dharmma itu memuja setan.  Agama itu sendiri bagi kita berasal dari kata bahasa Sanskerta atau bahasa Hindu golongan pinandita. Ia terserap ke dalam bahasa Melayu kerana orang Melayu sekitar abad kesatu masehi lagi sudah menganuti bentuk ajaran Brahmana dan ajaran Buddha sebelum kedatangan kelompok pendita dari Timur Tengah yang kemudian menyerap kata "agama" itu untuk diartikan dengan perkataan "religion". Arti agama itu, kitab suci atau kesusasteraan mengenai kerohanian, disiplin untuk pengikut, ulasan kitab suci serta sebagainya yang berkaitan. 

Pada pemahaman kita pula, pengamal dharmma dan jalan para Arya itu sebenarnya memberikan tabik hormat kepada segala makhluk; yang kelihatan atau yang ghaib jika menurut kepada gaya bahasa penganut agama "langit". Sama ada kelihatannya pengamal dharmma itu tertungging di depan "berhala" yang mewakili tokoh-tokoh yang dihormati atau pun tidak itu bukan perkara penting. Boleh sahaja menghormati roh-roh makhluk dalam alam ini atau para guru tanpa sebarang "bahan tumpuan". Tiada dosanya langsung. Bagi pengikut ajaran Brahmana pula, bentuk murti yang dikatakan dipuja itu cuma lambang suci bagi dewata atau lain-lain "diri" dalam jagat raya ini. Segala bentuk amalan itu adalah perlambangan kepada disiplin diri yang sepatutnya dijadikan sebagai tauladan dalam melayani segala makhluk berperasaan. Di India Selatan pun, lambang lingam dan yoni banyak digunakan. Lambang trisulo pun ada digunakan dengan dipacak di tanah bagi mewakili Betara Guru yang menunjukkan jalan tapa kepada pengikut. Kalau tak ada pun bukannya masalah besar terutamanya bagi mereka yang sudah mencapai siddhi tertentu.   

Tempat Berdiam Roh

Dalam sastra ini, diceterakan bahawa roh yang banyak punyamnya itu berdiam di lembah-lembah pergunungan serta di cenuram-cenuram, di pantai-pantai lautan di bumi, di udara, di hutan atau pun di koil-koil tempat mereka menerima tabik hormat atau dipuja. Jenis roh tak bertubuh legap yang ini samalah macam manusia yang tinggal di rumah-rumah apartment tingkat atas sekali atau di resort mewah dalam kelab-kelab desa. Roh yang papa pula tinggal di kawasan terpencil seperti kuburan, di busut-busut, di longgokan tanah atau pun di kayu-kayu, di jamban dan di kawasan yang ditinggalkan orang. Roh papa ini tiada tempat berdiam atau pun rumah. Mereka berkeliaran tanpa tujuan seperti peminta sedekah, terdedah sepenuhnya kepada unsur alam seperti angin dan hujan. Disebabkan hal ini, maka mereka diselaputi oleh rasa benci yang menyebabkan mereka dikenali sebagai hantu.

Setengah roh itu menderita teruk dan setengahnya pula menikmati kehidupan mereka sebagai hantu sedih. Roh yang menderita merasai kelaparan peringkat kebuluran dan dahaga yang tak terhingga. Mereka tak boleh makan atau minum pun walaupun mereka nampak sungai mengalir depan mereka. Kalau dicuba juga minum, maka air akan berubah menjadi api membara dalam tekak mereka. Kalau diletakkan makanan yang enak-enak sebagai semahan pun tiadalah guna kerana kebuluran mereka itu tidak akan berakhir begitu saja. Jika mau membantu mereka, beri saja semahan yang ringkas seperti buah-buahan dan sayuran seperti dalam sutra Ullambana. Melalui pahala dan restu yang dibacakan dari kata-kata Buddha dan mantra Brahmana, maka api dalam tekak hantu itu boleh dihilangkan dan membolehkan mereka makan. Janganlah disemahkan korban mangsa atau daging pula kerana perkara ini akan menambahkan karma buruk serta derita mereka!  

Sutra Ksitigarbha menyebut bahawa pahala dalam pembacaan kata dari sutram serta memberi semahan kepada roh itu, enam daripada tujuh bahagiannya memberikan manfaat kepada manusia sedangkan hanya sepertujuh sahaja yang memanfaatkan si mati. Melalui sebutan ini, bolehlah dilihat kepentingan menggunakan masa kita sebaiknya semasa masih sihat dalam menjalankan kebajikan sebanyak yang mungkin sebagai bekalan pahala selepas roh meninggalkan jasad. Kalau kita tunggu waktu nazak dah nak mati, waktu roh ditarik oleh nariyabalan dari jasad sudah lewat lah. Orang lain pun tak mampu nak menghantar pahala kebajikan sebanyak yang diperbuat diri sendiri kerana mereka pun sibuk dengan hal mereka.  

Roh yang suka itu menikmati semahan makanan yang enak dan menerima persalinan bagus. Ada wahana untuk mereka jadi mereka mendapat kesenangan dalam kehidupan selepas mati untuk sementara itu. Roh yang bahagia itu disebabkan kebajikan mereka terhadap makhluk lain semasa hayat dalam tubuh manusianya. Tapi mereka masih lagi berada dalam alam hantu itu disebabkan mereka selalu berasa menyesal berbuat kebajikan selepasnya atau rasa kedekut ada dalam hati semasa hendak memberi dana derma. Walaupun senang berkeadaan begini di alam hantu atau alam roh, tapi waktu yang baik untuk berbuat kebajikan dan menjana karma baik itu adalah waktu bertubuh manusia. Roh begini sangatlah jinak dan hanya berani berkeliaran di lewat malam. Mereka takutkan cahaya dan tidak pernah muncul di siang hari. Kalau terserempak manusia pun mereka akan lari sembunyi di tempat gelap kerana takut hendak menyentuh manusia. Bila kita sudah pahami bahawa hantu itu takutkan manusia hidup, maka kita pun tidak perlu lagi berasa takut sangat dengan hantu, bukan begitu?

Cerita Hantu Diganggu Orang

Kadangkala, manusia secara tak sengaja mengacau hantu. Di negara Taiwan, ada tradisi kampung yang mengahwinkan anak gadis yang meninggal dengan seseorang yang hidup supaya dia akan mempunyai tempat di meja pemujaan keluarga seseorang. Ceritanya begini, ada sepasang suami isteri yang berusaha keras mencari lelaki untuk dikahwinkan dengan anak gadis mereka yang meninggal dara. Anak gadis itu tidak berkahwin sebab dia tidak mau berkahwin. Perbuatan mereka memaksanya berkahwin walaupun selepas mati telah menyebabkan jiwanya marah lebih lagi maka dia menyebabkan lebih kesengsaraan kepada keluarganya itu! Rohnya itu muncul lalu berkata, "Wahai ibu, wahai bapak, semasa aku ini masih hidup kamu telah memaksa aku berkahwin bagi meneruskan keluarga orang lain. Kini sesudah matiku menjadi roh pun kamu masih memaksa aku berkahwin!!"

Kerana lelaki muda yang mengahwini rohnya itu dipikirkan tiada berguna kerana mengahwini hantu sepertinya, maka roh gadis itu menyusahkan "suaminya" terus-terusan. Pada malam perkahwinan mereka, gadis itu mendatangi "suaminya" itu dan memukulnya di kepala, meninju telinganya dan menghentam mukanya. Dia terus memukul dan menolak lelaki itu sepanjang malam. "Pengantin lelaki" itu tidak nampak langsung "pengantin perempuan" itu tetapi menjelang siang, didapati wajahnya itu bengkak seperti ditumbuk-tumbuk. Keesokan harinya, lelaki itu menghantar semula papan nama pemujaan roh gadis itu kembali kepada ahli keluarganya semula kerana tidak tahan diperlakukan begitu.      

Kenapakah manusia melakukan perkara jahil-jahil begini?? Tidakkah pelik seorang itu dianggap bersama dengan seekor hantu dan meletakkan papan nama pemujaannya di sanggar sembahan keluarganya? Apa kebaikannya berbuat begini? Di Taiwan, setengah orang ada pula mengamalkan adat membakar kertas-kertas yang dibentuk menjadi seperti kereta, rumah, wang Amerika Serikat, set televisyen, peti sejuk dan lain-lain barangan. Katanya perkara ini semua akan dihantar ke alam roh atau alam hantu supaya boleh dinikmati ahli keluarga yang sudah meninggal. Asap dan api itu dianggap menyampaikan perkara itu semua ke alam roh. 

Kebenarannya wahai tuan-tuan budiman sekelian, hantu atau roh itu mempunyai lima jenis kesaktian. Mereka boleh bergerak sesuka hati mereka dengan hanya menggunakan pemikiran. Mereka tidak memerlukan kereta pun. Kalau digunakan kereta, tentu saja lebih lambat daripada menggunakan kesaktian mereka. Jika seseorang itu membakar kereta kertas untuk ahli keluarga yang disaayangi, sudah tentulah neraka nanti dipenuhi oleh kereta. Akan terjadi kemalangan jiwa di sana dan tiada siapa pun yang akan boleh ke mana-mana selepas itu. Dalam alam manusia ini, perkakasan rumah berkuasa sama ada 110 watt atau pun 220 watt. Jika tidak ada sambungan yang betul dalam neraka, tak berguna juga segala perkakasan itu. Matawang dollar diterima hampir di seluruh dunia, tapi kita pasti kah yang ia diterima di neraka? 

Hantu atau roh orang mati ada cara hidup mereka sendiri. Kita tak perlu terlampau sibuk hendak menjaga mereka. Yang kita sayangi yang meninggal dunia itu mungkin dijelmakan di sorga loka atau pun dijelmakan kembali dalam tubuh manusia. Kita tidak pasti yang mereka menjadi hantu dan hidup sedih sahaja memerlukan bahan-bahan keperluan hidup sama seperti manusia hidup. Jika kita hendak menghormati nenek moyang, tak perlulah dibakar wang kertas kerana wang kertas itu cuma menjadi selonggok abu tak berguna. Lebih baik didermakan wang itu kepada manusia lain yang memerlukan dengan meletakkan nama nenek moyang supaya kita boleh menghantar pahalanya itu kepada mereka. Kita boleh bangunkan sekolah, mewujudkan biasiswa, dan berbuat pelbagai lagi kebajikan dengan nama mereka. Dengan cara ini maka nenek moyang pun mendapat pahala yang mengalir di alam manusia serta menjana karma kebajikan mereka di alam yang satu lagi itu.

Cerita Roh Menipu Orang

Dalam kesusasteraan Cina, ada lagi cerita yang menarik dan jelas tentang hantu. Sekali itu, ada roh yang baru saja meninggalkan jasad manusianya. Sebagai roh baru, dia mendapati bahawa dia kurang pengalaman dan tak dapat nak cari makan langsung. Jadi, dia mula terasa lapar dan terjumpa hantu tua. Hantu tua berkata, "Hai orang muda, kenapa kau ni kurus sangat dan muka kau pun pucat lesi??" Roh baru menjawab, "aku baru saja menjadi bentuk roh ini beberapa hari", "aku tak berjaya mencari sesuatu pun untuk dimakan. Sebab itulah rupaku teruk. Kawanku, kau dah lama jadi roh. Cubalah kau ajarkan aku cara cari makan." "Mudah saja kawanku", jawab hantu tua itu. "Aku selalu saja bermain muslihat hantu dan menggunakan kuasa ghaib. Itu saja cara aku mendapat makanan". "Jadi begitu caranya kau lakukannya", kata hantu baru itu. "Pahamlah aku kini". 

Hantu baru suka hatinya dengan pemahaman baru itu segeralah berlari ke timur kota. Dia memasuki rumah seorang miskin dan di situ ada orang mengisar tepung. Sebaik sahaja mendapat peluang, dia melangkah ke roda pengisar lalu menggerakkannya. Bila orang dalam rumah itu nampak roda itu berputar sendiri, maka dia pun terjerit kerana terkejut, "Mak oiiii, roda ini berputar sendiri lah. Tapi tak ada orang pun yang memegangnya!!!! Mesti ada hantu di sini! Mesti baginda Buddha yang Penyayang yang menghantar beliau ke sini membantu kita yang papa kedana dan teruk bekerja!"

Hantu baru terus mengisar tepung sepanjang malam. Penatlah dia dan matanya pun mengantuk. Tapi menjelang subuh pun dia masih belum dapat makanan lagi. Jadi dia kembali ke hantu tua semula. "Woi, si tua! Kau yang suruh aku bermain muslihat hantu supaya dapat hidup yang lebih baik!", jerkah hantu baru kemarahan. "Aku ikut segala saranan kau. Bekerja sepanjang malam, tapi aku tak dapat apa pun untuk dimakan!"

"Tongong sungguh engkau ini", kata hantu tua. "Rumah tempat kau pergi tu rumah penganut ajaran Buddha! Penganut ajaran Buddha manalah takut dengan hantu macam kau tu. Kenapa dia nak berikan semahan untuk kau makan pula?!" "Begitukah? Baru aku tahu. Baiklah, aku cuba tempat lain pula malam ini", kata hantu baru. Malam itu, dia menyelinap di celah bayangan dan pergi ke rumah lain di bahagian timur kota di tempat orang menghentam padi. Dia mengangkat penumbok padi dan mula menghentam padi untuk orang di situ. Bila dilihatnya mereka, maka terkejutlah sambil berkata, "Hebat, tengoklah itu! Semalam baginda Buddha menghantar seekor hantu ke rumah seseorang untuk membantunya mengisar tepung. Malam ini Lao Tzu pula menghantar seekor hantu menghentam padi untuk kita!

Hantu baru bekerja keras sampai ternampak matahari menyingsing di ufuk timur dan kedengaran ayam jantan berkokok. Tangan dan belakangnya terasa sakit, penatlah seluruh tubuh halus itu tapi satu apa pun tak dapat untuk dimakan. Dia pulang bertemu hantu tua dengan rasa lebih marah lagi. "Oi, si tua! Cuba kau jelaskan kenapa aku tidak disemahkan dengan makanan??? Aku tak paham!!!!"

"Kawanku orang muda, penduduk di sebelah situ adalah penganut ajaran Tao. Bukan saja mereka tak takut dengan hantu, sebaliknya kau pun mungkin dicekup oleh mereka!" "Jadi apa patut aku lakukan? Aku kena kelaparan beginikah siang malam? Susahlah aku begini!", kata si hantu muda.

"Macam inilah", jawab si hantu tua. "Kau pergi ke rumah yang tiada rupa Buddha atau pun lambang dewata penganut ajaran Tao. Di situ, segala benda pun ada".  

Hantu baru mencari di segenap pelosok kota dan akhirnya bertemulah dengan sebuah rumah tanpa sebarang lambang dewata atau pun rupa Buddha. Di dalamnya, ada sebuah bilik yang di dalamnya ada orang sedang menikmati hidangan ikan, daging, sayuran dan tuak. Apabila hantu baru nampak makanan yang enak begitu terliur lah dia. Dia mula berpikir bermacam cara supaya mereka itu memberinya makanan. Lalu ternampaklah dia seekor anjing kurus yang tempang sebelah kakinya di bawah meja mengibas ekornya menunggu orang membalingnya tulang. Hantu itu memegang anjing itu dan mengangkatnya supaya nampak ia seolah-olah beterbangan seluruh bilik itu. "Tengok tu!!!!" jerit seorang lelaki. "Pelik, anjing tu boleh terbang macam itu! Ada orang baca jampikah di sini???"

Seluruh bilik pun riuh rendah melihat anjing itu terbang ke sana ke sini. Seseorang menyarankan supaya diseru Yesus Kristos supaya membantu mereka meredakan keadaan. Seorang lagi berkata, "Mengarutlah, Yesus boleh membantu manusia berubah, tapi baginda tak mampu berbuat apa pun bila ia berkaitan dengan hantu!

Seseorang lagi berkata, "Jom kita baca kata-kata hikmat Konfusius kuat-kuat. Mungkin ia membantu menghalau hantu!" Lalu disahut seorang lelaki, "Tak payahlah, kau dah lupa kah yang Konfusius menolak untuk berbicara mengenai hantu? Beliau suruh kita jauhi hantu! Bagaimana beliau akan membantu kita?"

Perkara itu terusan dengan orang ramai bertengkar untuk beberapa lamanya. Akhirnya mereka berkeputusan untuk menyeru hantu itu menerusi pawang hantu itu supaya boleh diredakan keadaan itu. "Hantu ini sudah merasuk anjing ini. Bunuh saja anjing ini dan sediakan meja sajian dengan tiga jenis daging dan tuak. Mungkin ini akan menenangkannya!". Orang ramai pun berbuatlah seperti arahan dan menyediakan banyak sesajian untuk hantu itu, dan hantu pun menikmatinya. "Hebatnya!" kata hantu selepas menikmati sajian. "Makanan semua sedap!" Hantu baru mula terasa berat hati hendak meninggalkan rumah itu. Setiap malam dia mula membuat muslihat baru supaya mendapat lebih banyak makanan. Jadi cubalah lihat, inilah caranya anda menjemput roh kelaparan masuk dalam rumah anda.  

Pengajaran Aryadharma

Dalam hidup ini, kita mestilah berhati-hati dan melayani makhluk semua dengan kebajikan. Kita juga mesti berpada-pada dalam kebajikan. Ada pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Yang dimaksudkan itu berkaitan juga dengan hal ini. Janganlah menjemput hantu atau roh masuk ke rumah anda! Setengah orang itu terkena dengan roh pembunuh atau penyamun. Jika kita meminta walaupun seorang yang sebegitu membantu kita, dunia kita sebenarnya sudahlah jatuh dalam masalah yang diperbuat tangan sendiri. Kita mungkin kehilangan nyawa pula sebagai taruhannya. 

Di Taiwan dan di merata tempat di dunia pun, adat jahiliah ini tetaplah terjadi. Orang memuja kepada hantu, pokok, batu dan hampir segalanya. Memang setiap benda itu mempunyai nyawa dan jiwa tetapi bukan semuanya itu patut disajikan dan disemahkan. Jika adat ini diikuti membuta tuli maka segala mak nenek roh dan hantu atau roh jahat pun dihormati sebagai tetamu pula. Nanti akan membawa padah kalau yang dijemput itu bukannya roh yang baik.

Kita harus berhati-hati dengan memberi tabik hormat hanya kepada mereka yang benar-benar layak sahaja, iaitu mereka yang mulia pada hayatnya seperti para guru. Bagi penganut ajaran Buddha, kita memastikan keselamatan dan kebajikan dengan cuba sebolehnya menjauhi mereka yang mengamalkan pemujaan semangat atau pun yang mengamalkan ilmu kesaktian kerana bimbang dengan unsur-unsur yang tidak ditapis itu.