Serangan Hantu

Marilah kita memahami punca-punca yang menyebabkan seekor hantu itu menyasarkan seseorang sama ada untuk mengganggunya atau pun merasuki badannya.

Sebelum itu, haruslah tuan-tuan memahami bahawa perkataan hantu ini umumnya merujuk kepada pelbagai jenis hantu atau makhluk halus yang terdiri daripada setan, iblis, tenaga negatif, makhluk ghaib yang jahat serta lain-lain. Penting juga untuk difahami bahawa terdapat perbezaan kuasa antara hantu dari tahap tinggi sehingga ke tahap rendah. Keadaan ini samalah seperti kita membandingkan kekuatan ketenteraan di Amerika Syarikat dengan kekuatan ketenteraan di negara-negara kecil di kepulauan Pasifik. Walaupun negara-negara ini diiktiraf sebagai bangsa berdaulat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun kekuatan ketenteraan yang menentukan mereka menjadi kuasa veto atau tidak itu adalah berbeza.  

Punca Diserang Hantu

Jika wujud konsep beri dan ambil, maka hantu dan manusia itu tinggal berjiran alamnya. Jika hantu itu tidak gembira dengan seseorang itu oleh sebab sesuatu perkara maka ia pasti akan membalas dendam.

Hantu akan merasuki seseorang untuk memenuhi hajatnya. Tubuh orang itu akan digunakan olehnya bagi melampiaskan keinginannya. Biasanya hantu akan merasuk mereka yang mempunyai keinginan yang bertepatan dengan keinginan mereka kerana hal begini lebih memudahkan mereka.  

Hantu akan membalas perbuatan seseorang itu jika ia berasa terhina atau marah dengan perbuatannya. Boleh jadi seseorang itu kencing di pohon tempat kediaman hantu itu secara sengaja atau tak sengaja. Ia pun akan membalas dendam. 

Selain itu, hantu boleh juga merasuki atau mengganggu seseorang yang terlibat dalam kegiatan rohaniah. Seseorang yang berbuat amalan kerohanian persendirian umumnya cuma mencapai kesucian rohaniah dalaman sendiri sahaja. Sebaliknya, orang yang menjalani amalan rohaniah untuk kebajikan masyarakat keseluruhannya akan mencapai kesucian rohani dalaman sendiri selain membawa bersamanya komponen halus Sattva ke persekitaran yang dilaluinya. 

Orang-orang alim ini akan menyebabkan hantu-hantu berasa rimas kerana ciri dalaman jiwa mereka bersifat Raja-Tama. Oleh itu, mereka akan menyerang pencari rohaniah yang menjalani amalan rohaniah demi kebajikan masyarakat. Sejak dari awal mereka berniat untuk masuk ke jalan kebaktian lagi, hantu-hantu atau setan akan terus menyerangnya. Namun, orang begini turut dilindungi oleh Tuhan dan juga berkat dari para wali keramat. Orang yang menjalani amalan kerohanian dan kebaktian demi masyarakat akan memperolehi faedah tambahan pula. 

Di samping itu, mereka yang melawati kawasan-kawasan keras atau berhantu pun akan menerima gangguan dari hantu atau tenaga gelap di kawasan itu. 

Statistik Penyebab Manusia Diserang Hantu

Perjanjian dengan hantu                              30%
Yang berusaha memenuhi kehendak hantu 30%
Kerana menyebabkan hantu marah             10% 
Untuk menghentikan amalan rohani             5%
Melawat kawasan berhantu                           4%
Lain-lain                                                       21%
Jumlah                                                        100%

Dalam 90% kes hantu mengganggu atau merasuk seseorang itu, ia adalah kerana ia diarahkan oleh hantu yang lebih tinggi kedudukannya. Hanya 10% sahaja kes hantu itu mengganggu atau menyerang seseorang disebabkan oleh dirinya sendiri.  

Jenis Manusia yang Diserang Hantu

Hantu umumnya akan berasa mudah untuk menyerang mereka yang tersenarai seperti di bawah. Untuk lebih memahami hal ini, kita harus memahami dahulu unsur Sattva, Raja dan Tama

Hantu yang kedudukannya di hierarki rendah atau tahap rohaniahnya dalam 50% seperti hantu biasa mempunyai unsur Raja-Tama yang tinggi. Hantu yang kedudukannya tinggi melebihi 50% tahap rohaniahnya seperti mantrika dari alam neraka ke-6 dan ke-7 umumnya mempunyai unsur Tama-Raja tinggi.

Orang Sakit
  • Orang sakit umumnya mempunyai tahap Tama asas yang meningkat diikuti dengan penurunan unsur Sattva dalam tubuhnya. Tama akan meningkat selari dengan lamanya penyakit dan tahap serius penyakitnya. 
  • Unsur Sattva tinggi memastikan seseorang itu bebas dari hantu, manakala tahap Sattva yang menurun memudahkan seseorang itu diserang hantu dan menerima Tama. Disebabkan hantu kebanyakannya bercirikan Raja dan Tama pada tubuh halusnya, maka ia akan menyasarkan kawasan yang cedera atau lemah di bahagian tubuh orang yang sakit.  
Lemah Akalnya
  • Orang akalnya lemah mudah diganggu hantu.
  • Kecacatan rohani seperti panas baran, tamak, emosi melampau, bernafsu, ego dan lain-lain merupakan kecedaraan pada jiwa.  
  • Apabila dirasuk, kecacatan rohani ini akan digunakan oleh hantu sebagai alat kawalan pada tubuh orang itu. 
  • Hantu akan memperkuat lagi amplitud kecacatan rohani ini, contohnya dengan membuat seseorang yang emosi itu lebih beremosi.
  • Hal ini akan semakin melemahkan akal seseorang yang dirasuki. 
Prinsipnya begini. Sesiapa sahaja yang tahap rohaninya lebih tinggi daripada yang lain maka dia akan menang. Jika orang yang diganggu itu kuat rohaninya, maka hantu akan kalah dan sebaliknya. Pembenteng kepada serangan hantu adalah kekuatan rohani seseorang itu sendiri dan perlindungan yang diterimanya dari Tuhan sendiri.