Banyak juga sudah dibicarakan mengenai orang Hindu di Timur ini kerana ini rantau berpijaknya kita. Yang di Jambudwipam itu kurang pula. Maka, mahu lah kita memberi keseimbangan supaya semua anak Hindu sekelian mengetahui juga mengenai nenek moyang kita dan rantau-rantau nenek moyang kita di Barat sana.
Kerajaan Kalinga ini mulanya adalah merupakan sebuah republik purwa yang dibangunkan di tengah India Timur sekitar 1200 SM. Ia mengandungi negeri moden hari ini iaitu negeri Odisa serta merangkumi rantai Andhra yang bersempadan dengan negeri moden Andhra Pradesh. Kaya lah tanah ini subur kerana saliran sungai Ganga-Damodara sampai ke Godawari melalui situ dan dari Teluk Bengal ke banjaran Amarkantaka di Barat. Rantau ini pernahlah terlibat dalam pertumpahan darah Perang Kalinga yang disertai maharaja empayar Maurya, Cri Maharaja Asoka yang Agung dari kerajaan Magadha sekitar 265 SM.
Kebangkitan Kesatria Kharawela
Kharawela ini merupakan mahakesatria Kalinga. Baginda bertanggungjawab dalam menyebarkan ajaran Jina dalam rantau benua India tetapi kepentingan beliau ini selalu didiamkan sahaja dalam sejarah India moden. Menurut Prasasti Hatigumpha dekat Sri Bhubaneswar, negeri Odisa, baginda menyerang Rajagriham di Magadha. Keadaan ini memaksa raja Demetrius yang berbangsa Indo-Yunani lari ke Mathura.
Namun prasasti tersebut tidak membawa erti bahawa baginda menggabungkan Magadha ke dalam Kalinga. Ia cuma menunjukkan perkaitan kuat antara pemerintah Sunga, Sri Pushyamitra dan Agnimitra yang baru saja memulakan pemerintahan selepas menghalau keluar tentera empayar Maurya.
Empayar penganut Jina pimpinan Kharawela ini mempunyai empayar kelautan yang kuat dengan jalan perdagangan lautnya itu menghubungkannya dengan Sri Lanka, Burma, Thailand, Vietnam, Kemboja, Borneo, Bali, Sumatera dan Jawa. Penjajah dari Kalinga pun berdiam di Sri Lanka, Burma, dan begitu juga di Maldives dan pulau-pulau di Kepulauan Selatan di Asia Tenggara.
Catitan Itihasa Kalinga
Kalinga disebut dalam Adiparwam, Bhismaparwam, Sabhaparwam, Banaparwam dari Mahabharata. Raja Kalinga, sri Srutayu disebut menyertai peperangan Mahabharata dalam pihak Kaurawa. Kalinga juga disebut sebagai Calingae oleh Megasthenes dalam buku nya, "Indica and Megasthenes". Lalu disebut bahawa kedua-dua kerajaan Magadha dan Kalinga itu kedua-duanya merupakan kerajaan yang mengutamakan ajaran Jina:
Saliran Prina dan Kaina cawangan Ganga itu kedua-duanya boleh dilayari. Puak yang berdiam di tebing Ganga itu adalah puak Calingae (Kalinga), dekat sekali dengan laut, dan atas bukit Mandei, juga puak Malli, yang berdiam di Gunung Mallu, sempadan semua rantau Ganga - Megasthenes carikan 20. B. dalam Sejarah Pliny. Nat. Bil.1.21.9-22.1.Kota diraja Calingae itu digelar Parthalis. Bersama raja itu 60,000 tentera darat, 1,000 tentera berkuda, 700 tentera bergajah yang memerhatikan dan menjaga lingkungan perang. - Megasthenes
Kejatuhan Kalinga
Kerajaan ini jatuh apabila maharaja Asoka, pemimpin empayar Maurya mengepalai peperangan menghentam kerajaan ini. Ia membawa kepada peperangan berdarah, Perang Kalinga. Diperkatakan bahawa perang ini menyebabkan sungai berubah warna menjadi warna darah. Keadaan ini seterusnya menyebabkan maharaja Asoka insaf dan menganut ajaran Buddha pula selepas itu. Setengah pendukung teori Mahabharata mendakwa bahawa peperangan tersebut memaksa penduduk Kalinga lari ke Asia Tenggara di Kepulauan Selatan dan Suwarnabhumi lalu membangun kerajaan-kerajaan Hindu di situ namun tiada pula bukti kukuh bagi perpindahan secara besar-besaran.
Sabdawali Keling
Kejatuhan besar-besaran negara Kalinga ini pada 1842 M, menyebabkan rujukan ini dipakai pula oleh orang-orang di Tanah Melayu, Kemboja dan beberapa bahagian di Indonesia sebagai nama umum buat merujuk orang India walaupun orang India seperti orang Tamil itu bukannya berasal dari rantau Kalinga sebaliknya dari kerajaan India Selatan yang lain. Sejak tahun 1960-an, sabdawali ini dianggap sebagai sesuatu yang menghina dan menyakiti perasaan orang lain.
Sabdawali ini sebenarnya lebih tepat merujuk kepada kelompok Sadhawa yang merupakan kelompok pengembara lautan dari empayar Kalinga yang kini bertempat dalam negeri moden di India, negeri Orissa. Mereka menaiki kapal yang digelar Boita lalu belayar ke timur jauh seperti ke Bali, ke Sumatera, ke Jawa, ke Borneo, ke Tanah Melayu, ke Persia, ke China, Yunani dan Afrika sekaligus membawa perluasa perdagangan dan juga kebudayaan negara Kalinga ke luar.
Kartika Purnima, sebelum wulan penoh sekitar wulan Oktober atau November, dianggap sebagai peristiwa bertuah bagi kelompok Sadhawa ini memulakan pelayaran jauh mereka. Mereka berdagang kelapa, peralatan tanah liat seperti kendi, kayu cendana, bunga cengkih, kain, sari sutera, rempah ratus, limau, garam, daun sireh, gajah dan batu-batu berharga. Kadang kala wanita pun menyertai kelompok Sadhawa.
Pelayar dari Kalinga ini penting sekali dalam penyebaran adat-adat Hindu dan ajaran Buddha di sebelah Timur dan Tenggara Asia. Mereka membawa bersama pengetahuan senibina Hindu, pustaka suci Ramayana dan Mahabharata, tulisan Hindu Brahmi, dan perkataan pinjaman dari bahasa Sanskerta ke Indochina dan Indonesia. Jaringan perdagangan kelautan mereka mula menurun semasa kurun ke-16 M, dengan kejatuhan Gajapatiwamsa dari Kalinga. Sampai hari ini pun, keturunan Sadhawa ini memakai nama keluarga Sahu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan