Japa Mala ini merupakan jenis tasbih yang digunapakai oleh penganut agama Hindu dan juga penganut ajaran Buddha. Biasanya, kita memakai Japa Mala yang 108 biji itu, kadang-kadang ada juga Japa Mala yang pelbagai bilangan. Biasa kita guna ini buat membaca atau mengulang membaca mantra atau nama dewata yang kita seru supaya menyerap ke diri kita. Yang ini bahasa Arab disebut sebagai dikir.
Biasa mantra segala kita ulang baca daripada ratusan kali sampai ke ribuan kali pun dalam satu-satu masa. Mala yang dipakai ini membolehkan kita memberi tumpuan kepada pengertian atau bunyi aksara mantra berbanding dengan kita mengiranya sahaja. Satu pengulangan biasanya dibaca dengan sebiji Mala manakala bila kita sudah selesai kita akan putarkan semula lawan arah jam pada ibu jari. Setengah adat pun akan memakai jari juga. Bila tiba di kepala mala, putarkan semula dan ia akan kembali ke arah yang berlawanan. Biasanya ada beberapat ikatan sela antara manik mala itu. Tujuannya supaya mudah hendak memetik biji mala itu dan ia tak akan ketat sangat bila digunakan.
Kalau lebih daripada 108 pengulangan diperbuat, maka kadangkala tradisi orang Tibet memakai bijirin beras yang dikira sebelum bermula pembacaan mantra. Sebiji beras akan dimasukkan dalam mangkuk bagi setiap satu bacaan mantra sampai cukup 108 kiraan. Setiap selesai pengulangan japa mala itu, sebiji beras akan dikeluarkan dari mangkuk. Selalu jua pengamal bacaan mantra menambah ikatan lain pada mala mereka, biasanya tali yang diikat selepas manik ke-10 bagi setiap kiraan itu. Tradisi berbeda maka bilangan sela manik pun beda apabila hendak mengikat tali itu. Ini merupakan cara lain bagi mengira bilangan besar-besar sampai ratus ribu atau juta.
Manik yang ke-109 pada mala itu kita sebutnya sebagai manik Sumeru, Bindu, Cetiya atau pun Guru. Pengiraan selalu bermula dengan manik sebelah manik Sumeru. Dalam tradisi Wedika kita, kalau lebih daripada sekali pengulangan mala, maka kena dirubah arah kiraan nya itu tatkala tiba di Sumeru berbanding dengan terus melanda satu arah saja. Banyak sekali penerangan tentang mengapa japa mala itu sebanyak 108 biji, serta kepentingannya dalam tradisi-tradisi Hindu dan Buddha.
Kepelbagaian dalam Penggunaannya
Setengah tradisi Hindu berpegang bahawa cara betul memperguna mala ini adalah dengan tangan kanan. Ibu jari memetik satu biji ke seterusnya, sementara mala itu diletakkan di perut jari hantu. Jari telunjuk itu melambangkan ahamkara atau egoisme. Egoisme ini merupakan halangan terbesar bagi kesedaran diri, jadi jari yang menjadi lambangnya itu pun sebolehnya dielakkan semasa memetik mala dan bacaan mantra suci.
Di Timur Laut India, utamanya dalam tradisi Saiwa-Sakta di neger Bengal Barat dan negeri Assam, mala selalu diletakkan di perut jari manis tangan kanan, dengan biji bacaan semahiyang itu digerakkan dengan bantuan ibu jari dan jari hantu. Masih lagi jari telunjuk dielakkan. Namun, di setengah rantau pun jari hantu boleh lagi digunakan buat meletakkan japa mala itu tapi ibu jari yang menggerakkan biji tersebut. Aku perhatikan orang agama itu yang memakai benda seperti mala itu selalu memetik biji bahan hitungan mereka dengan jari telunjuk. Padan lah ego sangat pun, bercakap bertindak pada tutur kelaku sarwa dia itu lah juara sejagat menjelik-jelikkan orang lain, hehehe...
Bahan Membuat Mala
Bahan-bahan diperguna membuat mala ini banyak sahaja. Boleh jadi dari bijian pokok Rudraksha atau Ganitri yang dianggap suci oleh kelompok pengikut Saiwa, manakala yang diperbuat dari kayu pokok Tulasi diperguna dan disucikan oleh penganut Waisnawa. Penganut ajaran Buddha dan agama Sikh pun memakai sama ada kayu pokok Tulasi atau dari pokok Rudraksha bergantung kepada sama ada mereka menurut tradisi Saiwa atau Waisnawa bagi yang masih mengikut tradisi lama walaupun sudah berserah kepada Phra Guru Buddha Chao atau para guru Sikh bagi penganut agama Sikh.
Biji boleh diperbuat dari kayu atau pun biji dari pokok Cendana, pokok Bodhi atau pun dari biji Teratai. Setengah tradisi Tantra di Tibet memperguna tulang binatang seperti tulang Yak, kadangkala tulang manusia pun diperguna seperti tulang Lama-Lama lampau yang dianggap sangat bernilai kerana mereka orang suci. Batu separa berharga pun ada dipakai seperti batu Indra Gopa (Akik Merah) dan juga batu Kaca Hanuman (Yakut Unggu atau Kecubung) boleh jua diguna buat biji semahiyang. Dalam tradisi Tantrayana sama ada yang Hindu atau yang Buddha pun, bahan-bahan dan warna pada biji semahiyang itu boleh dikaitkan dengan amalan-amalan atau bacaan tertentu macam dalam bidang Chromotheraphy apa benda itu dalam perubatan moden? Aku kurang pasti, nanti ku cuba selidiki. Aku bukan orang kaya. Jadi, kesihatan dan ketenangan itu sangat-sangat berharga buat aku lebih daripada emas perak lagi, haha...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan