Pranayama ini merupakan sejenis cara mengawal pernafasan atau pernyawaan. Dalam bahasa Sanskerta, pran itu ertinya nyawa dan ayama itu ertinya cara. Jadi ertinya cara bernyawa. Ia membantu membetulkan semula rupakara tubuh, menyenangkan angin, dan memastikan kepanjangan usia kerana penyakit daripada sebab cara bernyawa tak betul itu pastilah memendekkan nyawa kita.
Ciri utama pranayama ini adalah sedut udara, hembus udara dan mengawal udara. Pranayama selalunya bermula dengan sedut dan hembus udara. Ia menguatkan paru-paru kita dan menyeimbangkan rupakara nadi dan urat, menyediakan tubuh bagi kita menahan nyawa atau mengawal nyawa. Berlatih pranayama setiap hari melancarkan pengaliran tenaga ke 72 nadi atau saluran yang menerusinya itu kesedaran kita mengalir dalam segenap tubuh, maka ia membantu meningkatkan lagi kebajikan kesihatan kita sama ada mental atau tubuh.
Jenis Pranayama
KIra-kira 50 jenis pranayama dijelaskan dalam weda-weda. Yang berikutnya ini cuma lapan yang biasa diamalkan dan yang terkenal:
Chandra Bhedan
- Duduk dalam kedudukan bertapa semadhi atau dalam keadaan selesa atas lantai.
- Pastikan belakang lurus dan bahu disenangkan.
- Tutup lubang hidung sebelah kanan dengan ibu jari tangan kanan.
- Sedut udara dari lubang hidung kiri.
- Tutup lubang hidung sebelah kiri dengan jari telunjuk tangan kanan dan jari hantu.
- Hembus keluar udara dari lubang hidung sebelah kanan.
Yang ini melengkapkan satu pusingan bagi pranayama jenis ini. Kita boleh lakukannya sebanyak 20 kali. Kebaikannya itu, ia menyejukkan tubuh dan juga menyembuhkan pedih ulu hati. Tapi, bagi sesiapa yang mempunyai tekanan darah rendah, cuba elakkan buat pranayama jenis ini ditakuti pitam. Ia sesuai dibuat semasa musim panas. Yang ini aku pernah buat juga. Sekarang saja tak ada masa. Jika berkesempatan pasti aku mau membuatnya lagi.
Surya Bhedan
Surya Bhedan
- Caranya duduk dengan kedudukan tapa semadhi atau dalam kedudukan selesa.
- Tutup sebelah kiri hidung dengan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan.
- Sedut udara dari sebelah kanan hidung.
- Tutup pula bahagian kanan hidung dengan ibu jari tangan kanan selepas itu.
- Hembus udara menerusi hidung bahagian kiri.
- Ulangi sampai 20 kali semuanya.
Harus diingat jika seseorang itu mengalami keasaman, darah tinggi atau masalah jantung jangan cuba-cuba buat senaman ini! Ia cuma diperbuat semasa musim sejuk sahaja.
Anulom Wilom
Anulom Wilom
- Duduk dalam kedudukan tapa semadhi yang selesa dan seimbang.
- Guna ibu jari tangan kanan tutup bahagian hidung kanan.
- Sedut udara dari sebelah hidung kiri.
- Tutup pula bahagian kiri hidung itu dengan jari telunjuk dan jari hantu.
- Hembus udara di sebelah hidung kanan.
- Kemudian sedut udara pula di hidung kanan.
- Tutup hidung kanan dengan ibu jari kanan.
- Lepaskan udara di hidung kiri.
- Satu pusingan ini melengkapkan pranayama anulom wilom.
Harus awas, semasa mengamalkan pranayama ini, pastikan menyedut udara itu pakai paru-paru. Bukannya pakai perut. Ia boleh dibuat oleh sesiapa pun tak kira jati tak kira kedudukan atau agama. Sepanjang tahun pun boleh dibuat.
Bhastrika
Kebaikannya itu adalah melepaskan toksin dan racun yang terserap ke tubuh. Mengurangkan paras lemak tubuh. Meningkatkan lagi penghadaman makanan. Melancarkan peredaran darah dan juga memurnikan darah.
Awas jangan diamalkan jika anda seorang pesakit darah tinggi, menghadapi masalah jantung atau komplikasi paru-paru atau hernia. Orang yang lemah tubuh disebabkan penyakit atau rendah stamina jangan buat pranayama ini selalu.
Ujjayi
Shitali
Jangan buat pranayama ini semasa musim sejuk. Orang yang ada demam kura pun hendaklah menghentikan senaman ini sementara waktu sampai sembuh.
Shitkari
Bhramari
Harus diingat, pranayama ini mesti diamalkan awal pagi atau malam. Lebih banyak dikawal pernafasan, lebih lama anda hidup. Pranayama membantu kita bertahan dengan kehidupan yang sihat dan menjadikan keremajaan tubuh itu lambat pudar. Yang pudar tetap akan pudar cuma ini adalah satu cara pemeliharaan saja.
Bhastrika
- Duduk padmasana atau sebarang kedudukan selesa atas lantai.
- Belakang pastikan lurus dan otot bahu direhatkan.
- Tutup hidung kanan dengan ibu jari kanan dan bawa siku kanan ke paras bahu.
- Tutup mata. Sedut dan lepas udara menerusi lubang hidung kiri perlahan... perlahan kemudian cepat sedikit.
- Buat langkah seperti tersebut sebanyak 20-25 kali.
- Sedut udara lama sedikit dan tahan selama yang mungkin.
Kebaikannya itu adalah melepaskan toksin dan racun yang terserap ke tubuh. Mengurangkan paras lemak tubuh. Meningkatkan lagi penghadaman makanan. Melancarkan peredaran darah dan juga memurnikan darah.
Awas jangan diamalkan jika anda seorang pesakit darah tinggi, menghadapi masalah jantung atau komplikasi paru-paru atau hernia. Orang yang lemah tubuh disebabkan penyakit atau rendah stamina jangan buat pranayama ini selalu.
Ujjayi
- Duduk tegak dalam kedudukan selesa.
- Sedut udara perlahan-lahan dan dalam-dalam menerusi kedua-dua lubang hidung.
- Tahan nafas seberapa lama yang mungkin.
- Hembus keluar dengan sedikit bunyi membisik, mengecilkan laluan udara.
Shitali
- Duduk dalam kedudukan selesa.
- Tutup mata dan senangkan seluruh tubuh dengan pernafasan biasa.
- Letakkan lidah di bibir bawah dan cuba gulungkan lidah.
- Tarik nafas panjang-panjang dari mulut.
- Tahan nafas selama mungkin.
- Tutup mulut dan perlahan-lahan hembus nafas menerusi hidung.
Jangan buat pranayama ini semasa musim sejuk. Orang yang ada demam kura pun hendaklah menghentikan senaman ini sementara waktu sampai sembuh.
Shitkari
- Duduk dalam kedudukan padmasana atau sebarang kedudukan selesa atas lantai.
- Pastikan belakang lurus, bahu disenangkan.
- Letakkan tangan di lutut, jari-jari disenangkan dan mata tutup.
- Samakan gigi atas dengan bawah biar ia rapat sikit.
- Asingkan lidah dan tarik nafas dari mulut dengan buat bunyi yang menyenangkan.
- Tahan nafas selama yang mungkin.
- Hembus nafas menerusi hidung.
Bhramari
- Duduk dalam kedudukan tapa semadhi atau padmasana.
- Belakang lurus, otot bahu senangkan dan mata tutup.
- Tutup kedua-dua telinga dengan jari telunjuk.
- Angkat siku ke paras bahu.
- Tarik nafas dalam-dalam.
- Tahan nafas selama mana yang mungkin.
- Hembus nafas dengan bunyi seperti bunyi lebah.
Harus diingat, pranayama ini mesti diamalkan awal pagi atau malam. Lebih banyak dikawal pernafasan, lebih lama anda hidup. Pranayama membantu kita bertahan dengan kehidupan yang sihat dan menjadikan keremajaan tubuh itu lambat pudar. Yang pudar tetap akan pudar cuma ini adalah satu cara pemeliharaan saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan