Bagi penganut ajaran Buddha yang mengikut kepada aliran Mahayana-Mantrayana maka boleh disusun atur para semahiyang anda seperti yang dicadangkan oleh Institut Mantrayana Antarawangsa.
1. Rupa Mahawairocana sama ada dalam bentuk gambar, lambang tulisan atau arcanya untuk tumpuan.
2. Rupa Sang Acala berbentuk gambar, lambang tulisan atau arcanya untuk pelindung.
3. Rupa Phra Mahasamudra sama ada gambarnya atau sebarang lambang yang mewakilinya untuk guru.
4. Air sebelah kanan dan beras sedikit sebelah kiri dalam cawan semahan.
5. Papan peringatan nenek moyang jika ada.
6. Buah-buahan atau lain-lain bahan makanan yang sesuai buat sejian semahan.
7. Daftar peringatan keluarga.
8. Semahan bunga.
9. Lilin buat semahan cahaya.
10. Pendupa
Yang papan peringatan nenek moyang itu bagi penganut Buddha Cina, Vietnam dan Jepun selalunya diperguna dalam tokong-tokong atau pun dalam para pemujaan rumah. Biasanya ada bilik khusus untuk nenek moyang. Bagi penganut agama Taoisme atau pengikut falsafah Confucianisme pula papan itu ada juga dituliskan lambang dewata atau dewata penunggu kawasan. Amalan ini mempengaruhi penganut Buddha asli di kawasan-kawasan itu. Papan ini bukan semestinya untuk dewata atau nenek moyang sahaja tapi boleh jua untuk setan, roh-roh merayau dan juga pretam. Kalau di Jepun, papan ini diperguna untuk upacara pengebumian dan disimpan dalam rumah di para pemujaan Buddha.
Adat kita sebelah Asia Tenggara ini selalunya kita beri semahan bagi setan atau lain-lain makhluk itu di sanggar kecil di tepi-tepi jalan. Mungkin bagi nenek moyang sama jua dengan orang India sana kita simpan gambar mereka di rumah dan dipuja harian dengan kalungkan bunga supaya jangan lupa dengan nenek moyang. Untuk para pemujaan penganut ajaran Buddha ini, ada banyak jenisnya lah. Yang ini cuma cadangan menurut aliran Mantrayana. Itu pun cuma salah satu cadangan sahaja. Jangan diberatkan sangat dengan upacara walaupun upacara itu pentinglah jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan