Rabu, 23 Oktober 2013

Bodhisattwa Akasagarbha

Swasti Srih... Suprabhatam!


Bodhisattwa Akasagarbha ini merupakan makhluk dicerahi yang dikaitkan dengan mahabhuta angkasa. Akasagarbha ini dianggap sebagai salah satu daripada delapan bodhisattwa agung. Namanya itu boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu menjadi cerpu angkasa tak terbatas atau cerpu yang tiada ruangan kerana kebijaksanaannya itu tiada terbatas ruangan.

Kadangkala, ia diketahui jua sebagai saudara kembarnya kepada "cerpu bumi" bodhisattwa Ksitigarbha. Ada tersebut secara ringkas jua mengenai bodhisattwa ini dalam Ksitigarbha Bodhisattwa Purwapranidhana Sutra.

Tersebut dalam cetera bahawa Phra Mahasamudra yang mengasaskan aliran Buddha Mantrayana di Tanah Jepun bertemulah dengan seorang bhikkhu pendita yang terkenal yang membaca tak henti-henti mantra menyebut-nyebut nama Akasagarbha semasa beliau berusia 22 tahun dan masih lagi berada di tahap śrāmaṇera. Phra Mahasamudra belajar beberapa ketika dengan pendita tersebut dan diajarilah beliau dengan tatacara rahasia Akasagarbha mantra. Sebaik dibaca olehnya mantra ini maka dirasailah wawasan bahawasanya sang bodhisattwa mengarahkan beliau ke empayar China mencari pemahaman mengenai Mahawairocana Abhisambodhi Sutra. Kemudian beliau belajar dengan Phra Hui Kuo seterusnya dibuka aliran Mantrayana di Jepun sebelum aliran Tantra itu mati di China.

Sutra

Ada dua sutra menurut aliran Mahayana yang terselamat berbicara mengenai Bodhisattwa Akasagarbha secara panjang lebarnya:
  • Akasagarbha Bodhisattwa Sutra
  • Akasagarbha Bodhisattwa Dharani Sutra
Tambahan pula, bodhisattwa ini disebut juga dalam bab penutup dalam Ksitigarbha Bodhisattwa Sutra, meminta baginda Buddha mengajarkan kebajikan memuji sutra tersebut dan Sang Ksitigarbha.

Tabik

Tabik ini terpakai oleh penganut ajaran Buddha Mantrayana sekelian dan dalam kalangan penganut ajaran Buddha orang Cina yang mengikut amalan rahasia serta oleh para karyawan. Dipercayai tabik ini memberi terbitnya kebijaksanaan dan juga cetusan yang menghapuskan kejahilan....

Namo ākāśagarbhāya oṃ ārya kamari mauli swāhā
 
Ertinya:
 
Tabik terhadap Akasagarbhaya om bunga malai bermahkota teratai moga ia sempurna belaka! 

Upacara tantra berkenaan bodhisattwa ini cuma diberi kepada pelajar-pelajar yang sudah dinaikkan ke dalam aliran ajaran Buddha amalan rahasia oleh guru-guru yang terlateh sahaja. Baru-baru ini aliran rahasia yang dipelopori orang Cina dikenali sebagai Hanmi ada membuka ajaran Tantra kepada orang ramai.

Bagi amalan orang awam, boleh didapati dari Gunong Koya di negara Jepun. Ada rumah tumpangan atau kuti juga di situ yang orang ramai yang dharmayatram boleh cuba merasai kehidupan bhikkhu di sana serta menyertai puja pagi harian. Di situ ada 88 buah pura semuanya dengan 55 pura mempunyai perlayanan bagi tetamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan