Kalau di Pulau Bali, dipercayai raja pertama yang meninggalkan prasasti bertulisan itu adalah baginda raja Sri Kesari Warmadewa dari kerajaan Simhamandawa. Baginda memerintahkan pahatan Prasasti Tiang Belanjong tahun 914 M di selatan Sanur.
Prasasti ditulis dengan dua jenis aksara iaitu aksara Nagari dan aksara orang Hindu Bali Lama. Bahasa terpakai adalah bahasa Sanserta dan bahasa Bali Lama. Prasasti menyaksikan hubungan Pulau Bali dengan Sanjayawamsa di Jawa Tengah. Ia ditandai menurut penanggalan Saka.
Baginda Sri Kesari dianggap sebagai pengasas kepada Warmadewawamsa yang bertahan selama beberapa keturunan. Salah seorang turunan terkenal baginda adalah Raja Sri Udayana. Menurut Prasasti Belanjong, baginda Sri Kesari ini merupakan penganut ajaran Buddha dari Sailendrawamsa yang mengepalai ketenteraan sebagai mahakesatria, yang mengasaskan kerajaan yang memayungi ajaran Buddha aliran Mahayana di Pulau Bali.
Terbitan Keluarga Raja Sri Kesari
Menurut Begawan Dwija, didasarkan pada Lontar Babad Arya di Gedong Kirtiya Singaraja, raja Sri Kesari Warmadewa itu dapat dikesan turunannya seperti ini. Sekitar kurun ke-4 M, di sebelah Cheampa bertakhta baginda raja Bhadrawarman. Baginda kemudian diganti anakanda, Manorathawarman. Kemudian baginda raja Rudrawarman. Seterusnya, anakanda kepada Sri Rudrawarman pergi merantau sampai ke Borneo lantas mendirikan negara Kutai.
Baginda Sri Mulawarman digantikan Sri Aswawarman. Anakanda baginda Sri Purnawarman mendirikan kerajaan Taruma Negara di Pulau Jawa. Anakanda baginda Sri Purnawarman, Sri Mauli Warmadewa mendirikan pula kerajaan Dharmasraya lantas menjadi maharaja Sriwijaya.
Anakanda Sri Mauli Warmadewa itu seorangnya bernama Sri Kesari Warmadewa belayar ke Pulau Bali. Pertama kalinya, baginda mendirikan Merajan Selonding dan Dalem Puri di Besakeh. Sri Kesari Warmadewa kemudian digantikan Sri Cabdra Bhaya Simha Warmadewa. Kemudian digantikan Wijaya Mahadewi. Kemudian digantikan baginda Sri Udayana Warmadewa.
Raja Sri Udayana Warmadewa berputerakan dua orang pula:
- Airlangga
- Anak Wongsu
- Sri Dewi Kili Endang Suci
- Sri Jaya Bhaya
- Sri Jaya Sabha
- Sira Arya Buru
- Sri Haji Dangdang Gendis
- Sri Siwa Wandira
- Sri Jaya Kesuma
Sri Jaya Sabha bertakhta di Jenggapala menurunkan baginda Kumara Sira Arya Ing Kediri.
Sri Haji Dangdang Gendis memperturun Sri Haji Jaya Katong. Baginda ini adalah leluhur Arya Gajah Para, Arya Getas, Arya Kanuruhan dan lain-lain.
Sri Siwa Wandira memperturun Sri Jaya Waringin lantas menjadi leluhur pula kepada Arya Kubon Tubuh, Arya Parembu dan lain-lain.
Sri Jaya Kesuma memperturun Sri Wira Kesuma yang kemudian berkerat rotan menderhaka pada bangsa menganut agama orang Arab lantas bertukar nama menjadi Raden Patah.
Sira Arya Ing Kediri menurunkan Sira Arya Ing Kepakisan seterusnya menurunkan Pangeran Nyiuh Aya dan Pangeran Asak. Kedua mereka ini menjadi leluhur pula kepada warga Arya Kepakisan, Arya Dauh Bale Agong, Kiyahi Nginte dan lain-lain.
Kemasukan ke Pulau Bali
Baginda Dalem Sri Kesari berkuasa di Bali sekitar 882 sampai 914 M. Pemula pertama Warmadewawamsa itu dari baginda jika di Pulau Bali pelindung kerajaan Simha. Pagelaran baginda itu Dalem Selonding. Baginda asalnya dari kedatuan Sriwijaya. Sebelumnya, pendahulu baginda berjaaya menakluki kerajaan Taruma Negara sekitar 686 M. Kemudian kerajaan Kalinga di pesisir pantai utara Pulau Jawa Tengah atau Semarang kini. Persaingan antara dua kerajaan terkemudian iaitu kerajaan Mataram yang dipayungi raja-raja Sanjayawangsa dan kerajaan Sriwijaya yang berwangsa Sailendrawamsa atau Warmadewa itu berlanjutan terus sampai ke Pulau Bali.
Dalam pustaka purwa, Raja Purana tersebut seorang raja di Bali bernama Sri Wira Dalem Kesari yang diketahui menerusi prasasti di Pura Belanjung Desa Sanur di Denpasar, Bali. Di pura ada sebuah batu besar kedua belah mukanya bertulisan purwa. Satu mukanya berbahasa Bali lama manakala sebahagian lagi berbahasa Sanskerta.
Pada ceteranya, Sri Kesari Warmadewa bersemayam di Simha Dwala. Bilangan tahun Isaka memperguna Candrasengkala yang bunyinya Kecara Wahni Murti. Ertinya Kesamilan Tiga Delapan. Maka tahun itu taun 839 Saka. Ada masanya dibaca cendekiawan sebagai Sara Wahni Murti yang ertinya 835 Saka atau 913 M. Yang bacaan kedua itu diterima ramai.
Beliau mendirikan istana di lingkungan desa Besakeh yang bernama Simha Dwala atau Simha Mandawa. Baginda tekun berbakti dan memuja dewata kahiyangan berdiam di Gunung Agong. Tempat pemujaan baginda di situ digelar Pemerajaan Selonding. Peninggalan baginda sebuah loceng terbuat dari perunggu yang didatangkan dari rantau Kemboja. Loceng diperguna buat memberi perisyaratan kepada para bhikkhu Buddha agar serentak menjalankan kewajiban di biara masing-masing. Barangan itu disimpan di Desa Pejeng, Gianyar dalam Pura Penataran Saseh.
Penduduk Bali aman-aman dalam pemerintahan baginda. Kebudayaan tempatan menjadi berkembang pesat. Baginda memperbesar dan memperluas Pura Penataran Besakeh dari sederhana sampai jadi megah dan dikagumi. Prasasti lain lagi tentang baginda adalah Prasasti Panempahan di Tampak Siring dan Prasasti Malat Gede yang semua ditulis dalam separa kresna paksa Phalguna 835 Saka bersamaan Ferbruari 913 M. Baginda Sri Kesari menyebut diri baginda Adhipatti yang menguasai Bali bagi pihak kekuasaan kerajaan lain pula iaitu Sriwijaya. Ada cendekiawan menyebut baginda kemungkinannya keturunan juga dari maharaja Balaputradewa berdasarkan penulisan prasasti, persamaan agama dan juga nama wangsa bagi Warmadewa yang awal.
Senarai Raja Penganut Buddha di Bali
Selepas tamat pemerintahan Sri Kesari, timbul pula Sri Ugrasena sekitar 915-942 M. Baginda tak memakai nama keluarga Warmadewa lagi tapi dipastikan baginda ini pun anakanda Sri Kesari Warmadewa. Keadaan ini ada tersebut dalam Prasasti Srikadan yang terpahat semasa pemerintahan baginda. Pusat pemerintahan baginda di Simha-Mandawa yang terletak sekitar desa Besakeh. Prasasti semua tersimpan di Desa Babahan, Desa Sembiran, Desa Pengotan, Desa Batunya dekat Dnau Beratan, Desa Dausa, Desa Serai Cintamani dan Desa Gobleg.
Kemudian raja Sri Tabanendra Warmadewa putera Sri Ugrasena. Naik ke persemayaman sekitar 943-961 M. Baginda mewarisi kerajaan Simhamandawa. Isteri baginda seorang puteri raja Jawa anakanda raja Mpu Sendok yang memerintah di Jawa Timur. Prasasti yang disimpan di Desa Manik Liyu Cintamani menyebut menyebut juga nama raja ini bercantum dengan nama permaisuri baginda itu.
5. 975M - 983M Sri Janasadhu Warmadewa
6. 983M - 989M Sri Maharaja Sriwijaya Mahadewi
7. 989M - 1011M Sri Udayana Warmadewa (Dharmodayana Warmadewa)- Gunaprya Dharmapatni
- Shri Udayana Warmadewa, menurunkan tiga putra:
- 1. Airlangga
- 2. Marakata
- 3. Anak Wungsu
9. 1022M - 1025M Sri Dharmawangsa Wardhana Marakata Pangkaja
10. 1049M - 1077M Anak Wungsu
11. 1079M - 1088M Sri Wala Prabhu
12. 1088M - 1098M Sri Sakalendu Kirana
13. 1115M - 1119M Sri Suradhipa
Rujukan
Sumber rujukan boleh juga diperbuat dalam:
- Buku “Riwayat Pulau Bali Dari Djaman Ke Djaman”, Disusun oleh: I Made Subaga, Gianyar - Bali
- Sejarah Bali. Nyoka, Penerbit & Toko Buku Ria, Denpasar, 1990.
- Ardana, I Gusti Gede, 1988. Udayana, Peranannya dalam Sejarah Bali pada Abad 10, Fakultas Sastra Universitas Udayana, Denpasar
- Munoz, Paul Michel, 2009. Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia, Penerbit Mitra Abadi, Yogyakarta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan