Kata Yavana dalam bahasa Sanskerta atau bahasa Pali nya, Yona, sebenarnya diperguna buat merujuk penutur bahasa Greek. Kata ini merupakan sebutan bagi kata Ionia, Iaones atau Iawones dalam bahasa Yunani lama. Jadi, kalau ada sesiapa yang merasa bahawa dongeng "kemaharajaan Srivijaya" dikaitkan dengan orang Greek atau Macedonia itu sebagai dongeng sahaja mungkin perlu buat lebih banyak penelitian lagi lah... Kita tak boleh terikat dengan teori dan bukan teori pun...
Sebutan Sumber Hindu
Yavana disebut dalam perbincangan Buddha, "Perbincangan Pepatah Panjang Pertengahan", yang mana baginda Buddha menyebut kepada Brahmana Assalayana dan kewujudan orang Yavana dan orang Kambuja yang hanya ada dua jati sahaja, iaitu jati tuan dan hamba. Pengenalan terus kata, "Yavana" dengan orang Yunani pada samaya yang begitu awal (kurun ke-6 dan ke-5 SM) bolehlah diragui.
Contoh perkaitan terus antara orang Greek dan orang Yavana adalah:
- Sebutan, "Raja Yona, Antiochus" dalam Piagam Asoka (280 SM).
- Sebutan, "Raja Yona, Antialcidas" dalam Tiang Heliodorus dalam Vidisha (110 SM).
- Raja Menander dan pengawal baginda, "500 orang Yona" dalam Milinda Panha.
- Gambaran horasastram Yunani dengan sabdavali Yunani dalam Yavana Jataka atau Cetera Yavana (150 SM).
- Sebutan "Alexandria, kota orang Yavana dalam Mahavamsa, bab ke-29 (kurun ke-4 M).
Orang Yavana disebut dengan lanjut dalam sastera Sangam seperti Pattinappalai, yang menceterakan hubungan dagang orang Yavana dengan wangsa Chola dalam Tamilagam.
Penaklukan Alexander kemudiannya mewujudkan penempatan bangsa Yavana di sebelah timur empayar Achaemenid (Parsi). Mereka berjiran dengan orang Kambuja (Arya). Rujukan dalam sastera Buddha awal boleh dikaitkan dengan ini semua dan sama.
Peranan dalam Penyebaran Ajaran Buddha
Piagam Phra Janaka, Asoka (250 SM)
Maharaja Asoka merujuk kepada penduduk Yunani dalam jajahan baginda. Piagam batu V dan XIII menyebut bahawa suku puak Yona (Yunani) bersama dengan orang Kambuja dan Gandhara sebagai rakyat baginda yang membentuk sempadan kerantauan bagi empayar baginda dan memberi kesaksian juga bahawa baginda menghantar rajaduta baginda yang berketurunan Yunani kepada raja Yunani di Barat sana sejauh di rantau Mediterranean, dan menamakan mereka satu demi satu.
Dalam Piagam Batu Gandhari Asli ke-XIII, raja Yunani di Barat pun turut dikaitkan dengan sabdavali Yona. Raja Antiochus dirujuk sebagai, "Aṃtiyako nama Yonaraja" iaitu "Raja Yunani bernama Sang Antiochus". Pada sebelum baginda itu ada empat raja lain lagi, "Param ca tena Atiyokena cature rajani Turamaye nama Aṃtikini nama Maka nama Alikasudaro nama". Ertinya, "Raja lain sebelum Antiochus itu adalah, Ptolemy, antigonos, Magas dan Alexander".
Dipavamsa dan Sasanavamsa
Sastera-sastera ajaran Buddha ini mendedahkan bahawa selepas Majlis Penganut Buddha ke-3, Thera Maharakshita dihantarlah ke negara bangsa Yona dan beliau itu diarahkan mengajarkan Dharma Vinayam kepada orang Yona dan Kambuja, dan pada masa yang sama juga, seorang orang tua-tua bangsa Yona, Thera Dharmarakshita pun dihantar ke negara Aparantaka di Barat India.
Piagam Batu Asoka XIII juga menggabungkan bangsa Yona dan bangsa Kambuja dengan kata, "Yonakambojesu" dan menyatakan bahawa terdapat pengikut aliran Brahmana dan juga Sramana dalam seluruh rantau di ceruk jajahan baginda, namun tiadalah pula kedua-dua aliran ini di tanah-tanah orang Yona dan Kambuja.
Mahavamsa
Mahavamsa ini merupakan Babad Agung Langkadwipam, merujuk kepada Thera Maharakshita dihantar kepada negara Yona buat mengajar Dharma Vinayam dan juga Thera Dharmarakshita orang Yona, dihantar ke Aparanta di Penghujung Barat sempadan negara buat mengajar agama untuk bangsanya.
Babad ini sebenarnya terkenal di Selatan Thailand dan juga di rantau Utara Tanah Melayu. Ada juga sadurannya yang sudah menjelma menjadi bentuk cetera lanjutan dikenali sebagai Hikayat Merong Mahawangsa pun yang menjelaskan mengenai perkara yang terjadi di rantau penganut ajaran Buddha-Brahmana di Segenting Kra dan Utara Malaya.
Ia menyebut bahawa raja Panduka Bhaya mengasingkan sebahagian dari kota Anuradhapura buat diduduki bangsa Yona. Thera bangsa Yona lain pula, Mahadharmarakshita, disebut juga didatangkan dari kota Alexandria (mungkin sekitar Pakistan moden) bagi menghadiri pembinaan Ruwanweliseya.
Milinda Panha
Milinda Panha bab ke-1 menyatakan bahawa raja Yonaka (Yunani), raja Menander (160-135 SM) selalu sahaja diikuti oleh pengawal baginda 500 orang banyaknya dan semuanya berbangsa Yona.
Penjarahan Bharata
Vanaparava dari Mahabharata mengandungi sloka-sloka dalam bentuk ramalan yang menyatakan bahawa, "... raja-raja mleccha dari lima bangsa, Saka, Yavana, Kambuja, Bahlika dan lain-lain akan memerintah bumi (Bharat atau India) dengan tidak adil tiada dharma pada Kaliyugam..." Rujukan ini kemudian terjawab juga apabila terjadinya senario politik yang huru-hara berikutan kejatuhan empayar Maurya dan wangsa Sunga di Utara India serta kemudiannya ia ditakluki oleh lima bangsa liar, Yavana, Kambuja, Saka dan Pahlava...
Ada rujukan penting juga merujuk kepada puak-puak berperang dari bangsa Saka, Yavana, Kambuja, Pahlava dan lain-lain dalam Bala Kandam dari Valmiki Ramayana. Sarjana pengajian Kehinduan seperti Dr. H. C. Ray Chaudhury, Dr. B. C. Law, Dr Satya Srava dan lain-lain memandang sloka-sloka itu sebagai gambaran jelas mengenai pergelutan orang Hindu dengan bangsa-bangsa bersekutu, Saka, Yavana, Kambuja, Pahlava dan lain-lain dari Barat Laut. Jangkamasa pergelutan itu semua dikira dari kurun ke-2 SM ke bawah. Dr. Ray Chadhury menetapkan tanggal bagi versi Valmiki Ramayana sekarang ini kira-kira sekitar kurun ke-2 M atau selepasnya.
Catitan India lain menggambarkan bahawa orang Yavana (Yunani) pada 180 Sm menyerang kota Saketa, Panchala, Mathura dan Pataliputra, kemungkinannya cuba menjatuhkan empayar Sunga, dan kemungkinan juga sebab ingin mempertahan ajaran Buddha dan penganut ajaran Buddha yang dianiaya.
Sebutan utama mengenai penaklukan disebut oleh Patanjali pada 150 SM dan dalam Yuga Purana, seperti juga dalam Mahabharata, menggambarkan kejadian bersejarah dalam India purwa dalam bentuk ramalan:
"Selepas menguasai Saketa, negara Panchala dan Mathura, orang Yavana, licik tetapi berani pula, akan sampai ke Kusumadhvaja (kota panji bunga, Pataliputra). Kubu tambunan lumpur di Pataliputra pun dicecahnya, semua negeri pun kacau-bilau gempar, tanpa ragu lagi... Akhirnya, peperangan besar terjadi, bagaikan pokok dilibas-libas".
"Orang Yavana akan mengarah, raja-raja pula menghilang. Namun nanti, bila orang Yavana gila berperang mabuk darah, maka tidak akan berdiam di Madhadesam (negara tengah) lagi; pastilah akan jadi perang saudara pula sesama mereka, tercetus dalam negara mereka sendiri (Bactria, Afghanistan). Teruklah nanti perang itu menakutkan!"Anushasanaparava dari Mahabharata mengesahkan bahawa negara Mathura, jantung India purwa, kemudian diperintah dalam pengawalan bersekutu tentera Yavana dan Kambuja. Dari rujukan yang dinyatakan itu, nampak dengan pasti bahawa penaklukan Majjhimadesa (India Tengah) sebenarnya dijalankan dengan kerjasama dua bangsa, Yavana dan Kambuja. Orang Yavana sebenarnya cuma puak asing yang kecil sahaja bilangannya dan mereka mendapat sokongan puak Kambuja pula dari segi ketenteraan selain bangsa Kambuja memang terkenal jenis bangsa suka berperang. Bukti dari Prasasti Simhapura Mathura, dari Saka Satrap (Mahakshatrapa), Rajuvula turut mendokong pandangan ini. Penaklukan Madhadesa itu kemudian diikuti oleh pemerintahan Yavana selama dua kurun pula. Orang Yavana memerintah bersama dengan orang Kambuja.
Rujukan Lain
Pada 110 SM, Tiang Heliodorus di Vidisha, India Tengah, raja Antialcidas, menghantar rajaduta ke istana raja Sunga, Bhagabhadra, yang juga layak sebagai bangsa "Yona".
Mahavamsa pun menyaksikan juga penempatan orang Yona di Anuradhapura di Langkadvipam, yang turut menyumbang kepada perdangan Timur-Barat.
Sastera Buddha seperti Sumangala Vilasini menggolongkan bahasa Yavana (Yunani) sebagai Mlecchabhasa atau bahasa tak suci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan