Kerajaan Yavana digambarkan melampaui Gandhara. Terdapat satu lagi negara dinyatakan dalam Mahabharata, dikenali sebagai Parama Yona, atau Yona Besar, jauh ke Barat dari Yavana. Kemungkinannya, Parama Yavana merujuk kepada Ionia, atau rantau negara-kota di Greece moden, yang berhubung darah keturunan dengan orang Yavana atau Ionia di India.
Bangsa Gandhara, Kambuja, Madras, Kaikeyas, Sindu pun termasuk dalam kelompok Mleccha bersama dengan Yavana, Saka, Pahlava dan Huna. Mlechha itu diperguna merujuk mereka kerana budaya mereka yang bukan berasaskan Vedika, yang berleluasa dalam kerajaan Kuru-Panchala.
Jalinan dengan Budaya Vedika"... di pelabuhan-pelabuhan Selatan India, di mana kekawin Tamil awal berada dalam kemuncak yang tak diketahui tanggalnya bila bercakap mengenai penemapatan orang Yavana".
Masyarakat Vedika mengenalpasti kemahiran luarbiasa orang Yavana namun tetap tidak mahu menyerap mereka masuk dalam masyarakat Arya dan membiarkan mereka sebagai bangsa svapakah sahaja. Satu cetera dalam Mahabharata menggambarkan bahawa ada tokoh bernama Yavana. Orang itu adalah keturunan Turvasu (Turan), salah seorang anakanda raja Yayati yang disumpah. Hanya anakanda kelima dari keturunan Puru yang dianggap sebagai pewaris sah kepada singgahsana raja Yayati, kerana baginda menyumpah lagi empat anakanda baginda dan menafikan hak mereka atas kerajaan. Paurava mewarisi empayar asal raja Yayati dan tetap berdiam dalam lembangan Gangga. Kemudian terbentuklah kerajaan Kuru dan kerajaan Panchala. Mereka pun menjadi pengikut budaya Vedika yang muncul di India purwa.
"Yavana itu nama salah seorang anakanda kepada maharaja Yayati yang dikaruniai dengan sebahagian loka yang dikenali ini sebagai Turki buat memerintah. Oleh itu, orang Turki itu merupakan bahagian bangsa Yavana kerana keturunan maharaja Yavana. Bangsa Yavana makanya adalah bangsa Kesatria, tapi kemudian meninggalkan upacara Brahmana dan Vedika, maka mereka pun jatuh menjadi Mleccha-Yavana. Gambaran mengenai Yavana ini ada dalam Mahabharata (Adi Parvam 85.34). Putera lain dikenali sebagai Turvasu pun dikenali sebagai Yavana dan negara baginda dikuasai oleh Sahadeva, salah seorang daripada Pandava. Yavana Barat menyertai Duryodhana dalam peperangan Kurukshetram bawah desakan dari Karna. Diceterakan juga bahawa bangsa Yavana pastilah akan menakluki India dalam Kaliyugam yang kemudian dibuktikan benar pula pada 326 SM (Srimad Bhagavatam 2.4.18)".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan