Tantra

Tantra pada asasnya bermaksud "perkakas menenun, buhul benang dan tenunan benang". Konotasi perkataan tantra yang membawa maksud amalan tersembunyi atau upacara keagamaan ini sebenarnya adalah ciptaan zaman penjajahan Eropah. "Istilah ini didasarkan kepada metafora atau perlambangan anyaman", nyata Ron Barrett. Menurut beliau lagi, "Kata akar bahasa Sanskrit tan itu membawa maksud menjulurkan benang pada penenun. Ia menandakan bahawa berlakunya, "jalinan antara tradisi dan ajaran seolah-olah benang ditenun" pada satu sastra, cara atau amalan.