Brahma Samhita merupakan teks Pancaratra Sanskrit yang terdiri daripada catatan bacaan puja yang dilontarkan oleh dewa Brahma untuk memuliakan dewa utama dewa Krishna atau Govinda pada permulaan penciptaan. Dari pustaka ini diketahui bahawa Brahma merupakan seorang pemuja Vishnu yang menjadi rangka kepada sarwa jagat rohaniah dan nyata.
Menurut punca dari dewa Brahma sendiri, Krishna merupakan dewata utama. Hal ini dibuktikan dalam permulaan bab kelima dalam ayat pertama Sri Brahma Samhita:
Ishvarah paramah krishnah sadcidaananda vigrahah; anadir aadir govindah; sarwa kaaran kaaranam.
Tuhan tertinggi Krishna berjasad girang; tiada permulaan muncul segala darinya Govinda; semua tindakan berpunca darinya.
Brahma juga membawa ke pengetahuan kita bahawa Krishna memperluaskan dirinya sebagai Baladewa, sebagai Chiturvyuha iaitu Aniruddha, Pradyumna, Sankarsana, dan Vasudewa. Vishnu juga menjelma menjadi Narayan dan sebagai Chiturvyuha Sankarsana menjadi Mahavishnu.
Brahma Samhita dihormati oleh aliran Vaihsnava Gaudiva yang diasaskan oleh Chaitanya Mahaprabhu (1486-1534). Sebahagian hasil karya bagi 62 ayat puja dalam bab kelima itu ditemui semula di koil Adikeshava di Thiruvattur wilayah Kerala di India Selatan pada abad ke-16 M. Sebelumnya hasil karya itu hilang tidak dapat ditemui.
Mitsunori Matsubara dalam karyanya Pancaratra Samhita dan Pengetahuan Agama Vaishnava Awal menandakan tarikh teks tersebut dikarang sekitar 1300 M. Teks tersebut mengandungi penerangan esoterik mendalam dengan Kamagayathiri Krishna dalam kediamannya di Goloka.
Pada tahun 1971, George Harrison menghasilkan rakaman moden bagi pujaan tersebut bersama dengan pengikut Hare Krishna dari koil Radha Krishna di London diberi judul 'Govindam' dari ulangan pujaan "govindam adipurusham tam aham bhajami" yang bererti "Govinda dewa purwa yang aku puja." Pujaan ini dinyanyikan oleh anak siksha Srila Prabhupada Yamuna mataji.
Brahma samhita menunjukkan bahawa Brahma jagat nyata merupakan salah satu dari banyaknya Brahma yang wujud di jagat raya terjelma dari hembusan nyawa Mahavishnu. Brahma samhita dari Brahma sampradaya membolehkan kita mengetahui yang jasadi dan yang rohani dari Brahma yang merupakan yang paling awal bernyawa di lokanyata.
Dewa Brahma mencipta grahanyata di lokanyata dengan arahan dewa Vishnu. Brahma bukan vyakittva (personaliti) utama di sarwajagat kerana dia sendiri pun memuja Vishnu. Brahma hidup selama 100 tahun Brahma. Walaupun selepas Brahma meninggalkan jasadnya, Vishnu masih tetapi kekal dengan jasad rohaninya yang abadi juga selepas kehancuran jagat nyata ini.
Walaupun selepas jagat nyata ini ternyahjelma dan Mahavishnu menyedut semula nyawanya, dia masih kekal tidak ditempuhi oleh sifat kebendaan. Brahma juga membawa kita kepada pengetahuan bahawa kediaman utama dalam loka adhyaatmik (alam rohaniah) adalah Goloka Vrindhavan. Kediaman ini selalu terjelma walaupun loka nyata kadangkala tidak terjelma. Makanya, Brahma memuja Krishna dengan "govindam adipurusham tam aham bhajami." Brahma menyatakan bahawa Krishna Govinda merupakan punca kepada adhyatmik brahmannda (semesta rohani) abadi dan sementara. Ertinya, kedua2 jagat ini sama ada dijelmakan atau tidak dijelmakan menurut jagat nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan