Rabu, 10 Ogos 2011

Prajapati

Namoskar!

Kita teruskan mendalami apa yang ada dalam kebudayaan Sanskrit sama ada melalui bahasa atau pun melalui khazanah tinggalan para pendita dan resi. Apakah prajapati ini? Dalam kehinduan, prajapati bererti tuan bagi segala yang tercipta. Prajapati ini merupakan dewata yang berada di awalan bagi setiap penciptaan, dan melindungi kehidupan.

Prajapati muncul sebagai dewa pencipta atau dewata agung Viswakarma yang merupakan dewata Veda (Rigveda 10) dan dalam kesusasteraan Brahmanna. Pengulas Veda juga mengenalpastinya sebagai pencipta yang dirujuk dalam Nasadiva Sukta.

Prajapati Menurut Veda

Viswakarma

Dalam samaya terkemudian, dia dikenali sebagai Vishnu, Siva dengan penjelmaan Kala, Agni, dan Surya serta sebagainya. Srimad Bhagavatam 8.8.16 menyebut Visvakarma sebagai salah satu daripada prajapati. Mereka ini merupakan anak-anak kepada dewa Brahma yang menjana keturunan. Dia juga dikenalpasti dengan pelbagai leluhur dalam lagenda terutamanya 10 prajapati yang diciptakan pada awalnya oleh dewa Brahma (Manusmirti 1.34) iaitu:

1. Marichi
2. Atri
3. Angiras
4. Pulaha
6. Kratu
7. Vasishta
8. Prachetas atau Daksha
9. Bhrigu
10. Narada

Mahabharata menceriterakan dari kata-kata resi kayangan Narada, 14 prajapati (penjaga praja) adalah:

1. Daksha
2. Prachetas
3. Pulaha
4. Marichi
5. Kasyapa
6. Bhrigu
7. Atri
8. Vasistha
9. Gautama
10. Angiras
11. Pulastya
12. Kratu
13. Prahlada
14. Kardama menjaga chiturdasaloka iaitu saptaloka dan saptatala

Kelompok masyarakat Kumhar di Punjab mendakwa juga bahawa mereka merupakan keturunan prajapati maka mereka pun dikenali sebagai prajapati. Kumhar ertinya tembikar kerana jati mereka sebagai pembuat tembikar.

Persamaan Kebetulan

Kata nama prajapati (keturunan raja) mungkin mempunyai asal yang merujuk kepada dewa kepawangan di Kolophon (menurut Makrobios), dinamakan sebagai protogonos. Menurut Damaskios, protogonos atau Phanes ini digambarkan mempunyai empat kepala, satunya kepala ular atau drakon, lembu, manusia, dan dewa. Kebetulan prajapati juga diperkira mempunyai empat kepala yang tiap satunya menjelmakan dewa-dewa, resi, pitar (leluhur), dan nara (manusia) menurut Brahmananda Purana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan