Rabu, 10 Ogos 2011

Suvarnabhumi dan Suvarnadwipa

Sedikit pengenalan mengenai pengaruh Hindu-Buddha di Tanah Besar Asia Tenggara. Suvarnabhumi merupakan perkataan Sanskrit yang membawa makna Tanah Keemasan atau Tanah Emas. Ia merupakan istilah gabungan digunakan oleh orang India purba untuk merujuk secara umumnya kepada kawasan di Burma Bawah, Selatan Thailand, Semenanjung Tanah Melayu, dan Sumatera. Walaubagaimana pun, istilah juga secara umumnya digunakan bagi betul-betul merujuk kepada Burma Bawah merangkumi Tanah Seri (Thanintharyi) dan negeri orang Mon.

Istilah lain yang digunakan oleh orang India purba adalah Suvarnadwipa yang membawa maksud Semenanjung Emas atau Pulau Emas bagi merujuk kepada Tanah Melayu dan Sumatera. Suvarnabhumi boleh jadi juga digunakan pada awalnya sebagai rujukan kepada kawasan Tanah Besar Asia Tenggara yang luas namun kemudiannya kawasan-kawasan ini mula terpecah dan dikenali menurut nama pulau, semenanjung, dan juga negara-kota. Bagi benua kecil India pula, rujukan orang zaman purba kepada tempat itu ialah Jambudwipa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan