Jumaat, 12 Ogos 2011

Pengenalan Panchatantra


Ilustrasi dari edisi Syria dari tahun 1354. Seekor arnab memperdayakan raja gajah dengan menunjukkan bayangan bulan dalam air.

Panchatantra merupakan salah satu khazanah kesusasteraan Sanskrit. Ia bermaksud Lima Dasar adalah cetera-cetera bentuk berbingkai dari India purba. Dalamnya ada cetera dongeng binatang-binatang yang diberikan sifat manusia seperti boleh berbicara. Dipercayai bahawa teks Sanskrit asalnya dikaitkan dengan seorang sarjana yang dipercayai mengarangnya sekitar abad ke-3 SM iaitu Vishnu Sharma.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya berdasarkan kepada tradisi lisan yang lebih tua termasuk cetera dongeng binatang setua yang mampu kita bayangkan. Ia juga merangkumi riwayat Jataka penganut Buddha.

Panchatantra antara hasil kesusasteraan India purba yang sering diterjemahkan dan cetera ini memang dikenali di seluruh dunia. Memetik kata-kata Edgerton (1924):

...ada lebih daripada 200 versi berlainan yang diketahui wujud dalam lebih daripada 50 bahasa, dan 3/4 daripadanya merupakan tambahan dari India. Seawal abad ke-11 M, karya ini sampai ke Eropah dan sebelum 1600 ia telah wujud dalam bahasa Yunani, Latin, Sepanyol, Itali, Jerman, Inggeris, Slav Tua, Czech, dan mungkin juga bahasa-bahasa Slav lain. Lingkungan karya ini memanjang dari pulau Jawa ke Iceland... [Di India,] ia dikaryakan berkali-kali, diperkembang, diabstrakkan, diubah menjadi bentuk ayat, dikisahkan semula dalam bentuk prosa, diterjemah ke bahasa tempatan dari zaman pertengahan dan moden, dan diterjemahkan semula ke bahasa Sanskrit. Kebanyakan cetera yang terkandung dalamnya telah berubah menjadi penglipurlara bagi orang Hindu yang meminati cetera. Dalam pada itu, cetera ini muncul dalam bentuk kumpulan kisah lisan yang dikumpulkan juga oleh pelajar kisah rakyat.

Teks ini juga muncul dalam pelbagai nama dalam kebanyakan kebudayaan. Di India sahaja, ada lebih kurang 25 suntingan semula bagi teks ini termasuklah yang dalam bahasa Sanskrit iaitu Tantraakhyaayikaa yang memberi inspirasi kepada Hitopadesha.

Ia juga pernah diterjemahkan ke bahasa Parsi Pertengahan sekitar tahun 570 M oleh Borzuva. Teks bahasa Parsi Pertengahan ini kemudian menjadi asas kepada penterjemahan Kalilag wa Dimnag dalam bahasa Suryani dan diterjemahkan ke bahasa Arab sekitar tahun 750 M oleh cendekiawan Abdullah Ibn al-Muqaffa sebagai Kalilah wa Dimnah.

Versi bahasa Parsi Baru boleh didapati dari abad ke-12 M dikenali dengan nama Kalileh o Demneh dan ia menjadi asas kepada karangan Anvar-e-Soheyli (Cahaya Bintang Selatan) oleh Kashefi. Buku itu dalam bahasa lain juga dikenali sebagai Kisah Dongeng Bidpai atau Pilpai di Eropah atau Falsafah Moral Doni (Inggeris, 1570).

Panchatantra ini merupakan siri cetera dongeng yang berjalin, banyaknya melibatkan haiwan yang menggambarkan stereotaip haiwan. Menurut penceritaannya tersendiri, ia memberi gambaran secara sopan kepada tiga orang putera raja yang jahil demi kebaikan mereka menurut prisnip falsafah niti orang Hindu. Kata niti ini sukar lah hendak diterjemahkan secara kasarnya ia bermaksud tingkahlaku keduniaan menerusi hikmah atau tingkahlaku berhikmah dalam hidup.

Selain daripada pengenalan ringkas yang mana pengarangnya Vishnu Sharma diperkenalkan sebagai tukang cerita keseluruhan karya tersebut kepada putera-putera. Ia mengandungi lima bahagian. Setiap bahagian mengandungi kisah utama, dipanggil sebagai kisah bingkai yang dalamnya mempunyai rawitan kisah yang lain juga kerana satu watak itu menceritakan satu kisah kepada watak yang lain. Kisah ini berfungsi seperti penggantian patung Russia, satu periwayatan itu terbuka dalam periwayatan yang lain. Kadangkala boleh jadi empat atau tiga periwayatan yang mendalam. Selain kisah dalamnya, watak juga memetik pelbagai kata-kata hikmah bagi menyatakan pendirian mereka.

Lima buku tersebut adalah:

1. Mitrabheda
Perpisahan Sahabat (Singa dengan Lembu).
2. Mitralaabha atau Mitrasampraapti
Keuntungan Persahabatan atau Mendapatkan Kawan (Merpati, Gagak, Tikus, Kura-Kura, dan Kancil).
3. Kaakoluukiiyam
Peperangan dan Keamanan (Gagak dan Burung Hantu).
4. Labdhaprasannaasyam
Kerugian dan Keuntungan (Monyet dengan Buaya)
5. Apariikshitakaarakam
Perbuatan dari Pertimbangan Buruk (Brahmin dengan Cerpelai)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan