Sabtu, 17 September 2011

Empayar Maurya Rampas Barat Laut India dari Yunani

Omkar dwibahasa dalam bahasa Yunani dan Aram oleh raja Asoka didapati di Kandahar - Muzium Kabul

Maharaja Hindu purba Chandragupta yang mengasaskan dinasti Maurya menakluki semula wilayah barat laut India purba yang kalah kepada Iskandar Makadonia. Walau bagaimanapun, baginda masih mengekalkan hubungan dengan jiran Greko-Yunaninya di empayar Seleukid. Raja Seleukid iaitu raja Seleukus I masuk dalam perjanjian perkahwinan diplomatik sebagai satu syarat perjanjian keamanan dan beberapa orang Yunani pun seperti ahli sejarah Megasthenes pernah berkhidmat dalam istana Maurya.

"Maharaja Chandragupta menuju ke arah Magadha dengan bala tentera Parsi bagi menawan takhta dan menjatuhkan saudaranya, Nanda, dengan orang Parsi baginda menuju bagi membina bagi dirinya istana menurut contoh Persepolis. Baginda mengisi istananya dengan rupa-rupa asing dan menghiasinya dengan cara Parsi. Baginda menata atur istana dengan barisan orang Parsi, dan mengikut adat pertabalan orang Parsi membasuh rambutnya. Baginda memperkenalkan tulisan Aechmanid dalam empayarnya, dan batu bersurat cucunya masih lagi mengikut cara Darius. Tukang-tukangnya dibawa dari Parsi dengan perlindungan khas kepada mereka bahawasanya barang siapa menyakiti mereka akan dihukum, mereka membawa nama Ahura Mazda ke dalam istana dinasti Maurya sehingga ke abad seterusnya pun nama itu bergema sebagai Asura Maya." dari D. B. Spooner, Pengarah Umum Carigali Purba di India m.s 417. Abad Zarathustra dalam Sejarah India.

Cucu maharaja Chandragupta, Asoka memeluk ajaran Buddha dan menjadi penyebar ajaran Buddha yang agung menurut kepada sastera Pali dari aliran Theravada, baginda berpegang kepada ajaran tiada keganasan terhadap manusia dan haiwan atau ahimsa, dan berpegang kepada hukum umum untuk kehidupan rakyat. 

Menurut Omkar Asoka yang dipahat di batu, setengahnya ditulis dalam tulisan bahasa Yunani dan setengah lagi dalam tulisan Aechmanid, baginda ada menghantar duta ajaran Buddha ke tanah Yunani di Asia dan juga di Mediteranea. Nama omkar tersebut diberikan bersempena nama pemerintah-pemerintah Hellen sedunia ketika itu:

"Penaklukan oleh Dharmma telah jaya di sini, di sempadan, dan sejauh enam ratus yojana (4000 batu) dari sini yang mana raja Yunani, Antiokos (Antiyoga) memerintah, dan melepasi kawasan di mana empat raja dinamaka Ptolemy (Turamaya), Antigonos (Antikini), Magas (Maka) dan Iskandar (Alikasundara) memerintah. Juga melebar Dharmma ke selatan dalam kalangan Chola dan Pandiya sejauh Tamrapanni." (Omkar Batu Nb. 13).

Maharaja Asoka ada juga mendakwa telah membawa penduduk Yunani dalam mandalanya ke arah ajaran Buddha:

"Di sini dalam antara rayat raja dalam kalangan orang Yunani, Kemboja, Nabhaka, Nabhapamkit, Bhoga, Pitinika, Andhra, dan Palida, di mana-mana sahaja menurut kepada hukum Yang Dicintai Tuhan dalam Dharmma." Omkar Batu Nb13 (S. Thammika).

Akhir sekali, ada juga dutaraja Asoka misalnya Dharmarakshita, sebagai yang diterangkan dalam punca-punca tulisan Pali merupakan seorang bhikku Buddha Yunani (Yona) yang rajin sekali menyebarkan ajaran Buddha. (Mahawangsa, XII)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan