Selasa, 4 Oktober 2011

Ajaran Buddha: Neraka

Neraka menurut ajaran Buddha merupakan nama yang diberikan kepada salah satu penderitaan dalam dunia. Ini menurut pandangan semesta Buddha. Neraka dalam bahasa Melayu tidak lah diterjemahkan kerana pengaruh ajaran Buddha Brahman sudah bertapak lama.

Walaupun kata neraka turut digunakan dalam menerangkan konsep selepas kematian bagi orang Islam melalui kata pinjaman bahasa Sanskrit ini, namun ia berbeza pula bagi ajaran Buddha dalam dua aspek. Yang pertamanya, makhluk tidak lah dihantar ke neraka atas sebab untuk diseksa atau pengadilan. Yang keduanya, tinggal di neraka itu bukan selamanya bagi semua makhluk walaupun ada tempoh-tempoh tertentu yang agak lama.

Makhluk dijelmakan semula dalam neraka kesan daripada karma atau perbuatan yang dilakukannya. Kalau karma jahatnya banyak, maka dia akan berada dalam neraka mengikut berapa lama tempoh untuk membakar karma jahatnya. Selepas tamat pembersihan karma buruk, maka makhluk itu akan dijelmakan kembali di dunia yang sedikit atas dari neraka bagi karma baiknya yang masih belum terbalas.

Dalam Dewaduta Sutta, perbincangan yang ke-130 bagi Majjhima Nigaya, Buddha mengajarkan tentang neraka secara agak lengkap juga. Secara kasarnya, neraka-neraka digambarkan dalam bentuk gua-gua yang berlapis yang memanjang ke bawah bumi atau berada di bawah Jambudwipa atau dunia manusia biasa. Ada beberapa skema yang menghitung neraka-neraka ini dan juga menerangkan perihal seksaan di dalamnya. Misalnya, Abhidharmma Gosa yang bermaksud Rumah Khazanah bagi Pengetahuan Tinggi merupakan teks asas yang menerangkan skema yang paling biasa mengenai neraka yang terbahagi kepada lapan neraka sejuk dan lapan neraka panas.

Neraka Sejuk

Pendosa dalam neraka sejuk yang dikelilingi oleh gunung air batu bertelanjang memanjat pokok dan di puncak pokok dipatuk burung, di bawah mereka setan mencucuk dengan lembing.

 Arbuda

Neraka melepuh. Tanah datar yang gelap, beku dan dikelilingi oleh pergunungan air batu sering sahaja disapu oleh ribut salji. Penduduk dunia itu dibangunkan sahaja sudah besar, hidup bertelanjang dan berseorangan sahaja apabila badan mereka melepuh. Lamanya penduduk menderita dalam neraka adalah menurut masa bagi mengosongkan biji-biji bijan dalam tong dengan sebiji diasingkan keluar setiap 100 tahun.

Nirarbuda

Neraka melepuh pecah. Neraka ini lebih sejuk dibandingkan dengan Arbuda. Di sini lagi teruk seksaannya kerana luka melepuh akibat beku pecah terus dan menampakkan darah dan nanah.


Atata

Neraka mengeletar. Di dalam neraka ini penduduknya akan mengeletar kesejukan sehingga keluar bungi at-at-at dari mulut mereka.

Hahava

Neraka teriak. Dalam neraka ini makhluk yang berada dalamnya akan berteriak kesakitan berbunyi ha.. ho...

Huhuva

Neraka menggerigi gigi. Gigi makhluk dalam neraka ini semuanya akan berlaga-laga sehingga berbunyi hu... hu...

Utpala

Neraka teratai biru. Dalam neraka ini kulit makhluk yang kesejukan melampau bertukar biru seperti warna teratai utpala.

Padma

Neraka teratai. Dalam neraka ini, ribut salji menyebabkan kulit makhluk yang beku terbuka berdarah-darah.

Mahaapadma

Neraka teratai besar. Di sini, seluruh daging di badan akan pecah berkecai dan isi dalaman badan terdedah kepada kesejukan sehingga pecah juga habis.

Tiap sela masa dalam neraka ini 20 kali lebih lama dari yang sebelumnya.

Neraka Panas

Manusia yang dijelmakan berkepala haiwan dibedah oleh setan dalam neraka panas sambil dipatuk burung. Maalaya melihat dari atas.
Sannjiva
Neraka hidup semula. Dalam neraka ini, tanah dibuat dari besi panas yang dipanaskan oleh api yang panas bersangatan. Makhluk dalam neraka ini semua sudah besar-besar, berada dalam ketakutan dan terseksa. Sebaik sahaja makhluk mula ketakutan dicederakan oleh yang lain, mereka akan serang menyerang antara satu sama lain dengan cengkam besi. Kalau tidak, pesuruh-pesuruh Yama akan muncul pula dan menyerang mereka dengan senjata yang bahaya. Apabila makhluk tak sedarkan diri seperti mati, mereka akan dikembalikan kepada keadaan awalnya dan akan diserang semula. Seksaan lain dalam neraka ini termasuklah besi cair akan dituang atas mereka, mereka dikerat-kerat, dan diseksa oleh kepanasan tanah besi. Hidup dalam neraka ini selama 1.62×1012 tahun lamanya. Ia dikatakan sejauh 1000 yojana ke bawah Jambudwipa dan memanjang setiap arahnya 10,000 yojana.   

Kaalaasuutra 
Neraka benang hitam. Seksaan dalam neraka ini sama seperti neraka sebelum ini tapi ditambah dengan benang hitam diikat pada badan pendosa, dan pesuruh-pesuruh Yama akan memotong bahagian yang diikat itu dengan gergaji dan kapak tajam. Hidup dalam neraka ini selama 1.296×1013 lamanya.

Samghaata

Neraka penghancur. Neraka ini tanahnya besi panas, dikelilingi batu-batu besar yang menghentam sesama lain dan menghancurkan makhluk yang berada di antaranya menjadi pepejal darah. Apabila batu itu melepaskan makhluk yang dihimpitnya, makhluk itu akan kembali pulih seperti sedia kala semula. Proses akan berlaku lagi. Lamanya dalam neraka itu bagi pendosa adalah 1.0368×1014.

Raurawa

Neraka menjerit. Makhluk dalam neraka ini lari kelam-kabut menyelamatkan diri dari tanah terbakar. Bila bertemu tempat berlindung, mereka akan terkunci dalamnya dan kemudian api marak akan muncul sekeliling mereka. Mereka akan menjerit dalamnya. Hidup dalam neraka ini adalah selama 8.2944×1014 tahun.

Mahaaraurawa

Neraka menghiris. Seksaan dalam neraka ini seperti orang yang menjaga diri sendiri dengan mencederakan orang lain. Dalam neraka ini, haiwan ruru yang dikenali sebagai Krawyaada menyeksa mereka dan memakan daging mereka. Hidup dalam neraka ini 6.63552×1015.

Tapana

Neraka berhaba. Pesuruh Yama akan mengeringkan darah pesalah dengan mencucuk lembing pada makhluk kemudian api keluar dari mulut dan hidung mereka. Hidup dalam neraka ini selama 5.308416×1016.

Prataapana

Neraka haba lampau. Seksaan macam di Tapana tapi makhluk akan dikelar-kelar cucuk dengan trisulo. Hidup dalamnya selama 4.2467328×1017 . Untuk sampai ke akhir seksaan mengambil masa setengah antarakalpa.
Awiici 

Neraka tidak terganggu. Makhluk dalamnya akan dipanggang dalam ketuhar yang dipanaskan oleh api marak. Hidup dalamnya selama 3.39738624×1018. Hendak menamatkan seksaan mengambil masa setengah antarakalpa. 

Neraka-neraka ini cuma sebahagian sahaja dan yang utama. Setengah sumber menyebut banyak neraka lagi. Katanya ada 500 atau ratusan ribu neraka lagi. Dalam teks Buddha Cina, bilangan dan jenis neraka diterangkan lagi menurut cara yang lebih kreatif contoh macam dalam jenis seksaan.

Seksaan yang diterima oleh penghuni neraka hampir nak sama dengan seksaan Preta. Kedua-dua makhluk ini seringkali menyebabkan keliru. Perbezaan dua-dua makhluk ini adalah mereka terkurung dalam dunia bawah. Preta masih bebas bergerak ke sana ke mari dan kadang-kadang masuk ke dunia manusia hidup.
Neraka Terpencil 
Ada juga neraka terpencil dan neraka yang bersempadan dipanggil sebagai Pratyeka Naraka dan Lokantarika. Pratyeka Naraka dalam bahasa Bali dipanggil sebagai Pacceka Niraya
Neraka dalam gambaran orang Burma
Neraka Dalam Sastera Buddha
Penerangan mengenai neraka merupakan satu subjek yang biasa dalam semua jenis ulasan Buddha dan sastera popular. Ia merupakan kisah supaya penganut beringat bahawa nasib malang akan menimpa penjenayah dan menerapkan kebaikan dalam diri penganut.

Dalam Sutra Mahayana oleh Bodhisattwa Kshitigarbha ada menerangkan mengenai gambaran nereka. Ia menerangkan bagaimana orang biasa pun boleh memindahkan pahala kepada orang yang terseksa dalam neraka dan mengurangkan seksaan ke atas mereka.

Kisah Buddha Cina mengenai Maudkalyayana menerangkan bagaimana pelajar Buddha secara rohaniah melawat neraka dan membantu ibunya yang terjelma di situ bagi mendapatkan kelahiran yang lebih baik. Sami Buddha Jepun, Genshin juga memulakan Ojoyoshu nya dengan penerangan mengenai seksaan dalam neraka. Teks Lamrim di Tibet juga menyebut perkara yang sama.

Teks Buddha Cina juga menambah lagi penerangan mengenai neraka dengan tambahan jenis neraka dan jenis seksaan, meluaskan lagi peranan Yama dan pesuruhnya, Kepala Lembu dan Muka Kuda. Dalam teks-teks ini, neraka menjadi bahagian yang termasuk dalam susunan birokrasi dunia lain yang digambarkan dengan pentadbiran kemaharajaan Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan