Jumaat, 2 Disember 2011

Karaniya Metta Sutta

Tashi Mannox

Apa ertinya Karaniya Metta Sutta? Ertinya perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat kasih sayang dan memberi kasih sayang. Bukan sahaja terkenal dalam kalangan aliran Theravada tetapi juga dalam aliran Mahayana. 

Dengan upaya sutta ini, Yakkha tidak akan menunjukkan rupa yang menakutkan. Orang yang usaha membaca dan mengamalkan sutta ini juga tidur malamnya tidak terganggu mimpi-mimpi buruk, tidur tenang sentosa.

Latarbelakang 

Dalam tradisi Theravada, Metta dianggap sebagai salah satu dari Brahmaviharam. Ia dicadangkan bagi mendapat keselesaan dalam mencapai tumpuan bertapa, Kammatthana. Dalam karya agama yang terkenal seperti Chariyaapitaka menyebut bahawa Metta adalah salah satu daripada 10 Parami (kesempurnaan) yang membawa kepada Bodhi (kesedaran) serta syarat mencapai tahap Buddha. 

Mulanya Karaniya Metta Suttam

Menurut ulasan Sutta Nipata ada, ketika Sang Buddha berada di Savatthi, sekumpulan bhikkhu mendapat pelajaran dari Guru mengenai pertapaan maka mereka semua menuju ke hutan untuk melaksanakan Vassana atau bertapa dalam musim hujan. Penunggu-penunggu dalam hutan berasa gelisah dengan ketibaan pertapa-pertapa tersebut kerana mereka terpaksa juga turun dari pohon-pohon dan berada di tanah. Mereka sangat mengharapkan bhikku-bhikku segera pergi dari situ. Namun, selepas itu penunggu hutan mengetahui juga tujuan bhikku-bhikku sekelian ke hutan bagi menjalankan Vassana maka mereka mengganggu para bhikhhu pada waktu malam dan menakutkan mereka supaya mereka meninggalkan hutan kediaman mereka itu. 

Berada dalam keadaaan itu, bhikkhu pertapa berasa bahawa tujuan mereka itu susah lah hendak dicapai. Maka mereka pergi bertemu kesama Guru memberitahu kesusahan mereka. Mendengar hal itu maka, Guru memberi arahan kepada bhikkhu melalui Metta Suttam. Guru memberi ajaran bahawa mereka mesti lah membaca suttam ini supaya mereka berada dalam keadaan tidak terganggu. Para bhikkhu masuk semula ke hutan dan menurut ajaran Guru. Udara dalam sekeliling mereka mula dipenuhi dengan pikiran bersinar gemilang dari bacaan metta suttam mereka. Para penunggu dewata berasa terharu melihat dan mendengar akan metta suttam maka mereka membenarkan bhikkhu sekelian bertapa dengan tenang. Dengan cara ini Sang Buddha mengajarkan juga agar para bhikkhu jangan menyusahkan dewata penunggu sebaliknya berkasih sayang dengan mereka dan mengajar mereka supaya berkasih sayang.

Pembahagian Ajaran Dalam Karaniya Metta Suttam

Ajaran Metta Suttam terbahagi dua bahagian:
1. Memperinci tahap-tahap sila kerana sila diperlukan bagi mencapai kesucian dan ketenangan.
2. Cara-cara menjalankan Metta.  

Terjemahan Suttam ke bahasa Melayu

Ini untuk diperbuat bagi barang siapa yang berkemahiran dalam tujuan mencapai ketenangan: upayakanlah ke atas dan berterus terang, mudah dalam mengajarkan, bersopan santun dan jangan angkuh, suka dan mudah membantu, dengan beberapa tugasan, hidup secara ringan, dengan daya-daya yang tenang, menguasai (keadaan) tetapi merendah diri dan tidak pula tamak mencari penyokong!

Jangan berbuat walau sedikit yang pada akibatnya menjadikan yang bijaksana itu dikecam. Pikir: bahagia, berehat, moga segala makhluk itu bahagia di hatinya. Apa jua makhluk yang wujud itu, lemah atau berkuasa, tiada pengecualian, panjang, besar, pertengahan, rendah, yang terangan, kelihatan di mata, tiada kelihatan, dekat dan jauh, yang menjelma dan mencari jelmaan: moga bahagia di hati. Jangan siapa pun menipu yang lain atau melawan sesiapa di mana-mana, atau melalui kemarahan atau sakit hatinya mahukan yang lain itu menderita!

Sebagai ibu yang sanggup mebahayakan nyawanya demi melindungi anaknya, anaknya yang satu-satunya, maka seharusnya juga seorang itu perlu mempunyai hati tiada terbatas terhadap makhluk lain. Dengan kebaikan itu untuk seluruh jagat, capai lah hati tiada terbatas (jiwa besar): atas, bawah, dan sekeliling tiada terhalang, tanpa keseteruan atau benci. 

Sama ada berdiri, berjalan, duduk, atau berbaring, asalkan hati itu sentiasa jaga, maka haruslah dia menyelesaikan sesuatu itu dengan mengambil kira yang ini. Perkara ini lah yang dipanggil sebagai pematuhan luhur di sini dan kini. Tiada lah diambil dengan pandangan itu, tetapi hanya yang murni dan sempurna padanya, mengalahkan nafsu demi kesenangan pada rasa, makanya orang itu tiadalah lagi berada dalam rahim induk (berhentinya jelmaan).

- terjemahan Northern Gate berdasar terjemahan bhikkhu Thanissaro.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan