Selasa, 28 Ogos 2012

Arghyam

Bagi mereka yang menjalani Sandhyavandanam setiap hari, perkataan Arghyam ini sudah tentu ada dalam perbendaharaan kata anda. Arghyam mempunyai makna yang khas bagi orang Brahmin. Astram atau senjata golong Kesatria adalah anak panah, pemanah, kapak, pedang serta penggada.

Arghyam pula melambangkan senjata orang-orang Brahmin. Arghyam digunakan sebagai senjata untuk membantu Suryadevam  menghapuskan setan-setan Mandeha yang membawa kemalasan dalam dunia ini. Dalam Sandhyavandanam, arghyam dijalankan sebanyak tiga kali demi menghapuskan ketiga-tiga perangai setan ini.

Apakah ketiga-tiga perangai setan tersebut?

1. Astram
2. Shastram
3. Vaahanam

Setan Mandeha mewakili sikap malas dan setan Aruna mewakili sikap suka menumpahkan darah dengan makna rujukan untuk Tamoguna dan Rajoguna. Dua setan Tamoguna dan Rajoguna ini hari-hari menyerang Sang Surya dalam rupa Atman. Apabila Arghyam dipersembah dengan peringatan Gayatri yang menyeru Paramatma yang tinggal dalam Sang Surya, maka Rajoguna dan Tamoguna akan dihapuskan. Tapi apabila kita kembali semula kepada kehidupan keduniaan, maka setan-setan ini akan subur kembali dan mesti dicantas mengikut waktu tertentu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan