Selasa, 28 Ogos 2012

Pranayamam

Semua yang menjalani Sandhyavandanam mesti akan terjumpa antakarannam Pranayamam ini. Pranayamam ini dijalankan dengan membaca dalam hati montra Om Bhoo.

Om bhuvaha. Om Swaha. Om Mahaha. Om Janaha. Om Thapaha. Om Satyam. Om Tat Savitur Varennyam Bhargo Devasya dhimahi dhiyo yonaha prachodayat. Om Apajiyothi rasomrutham Brahma bhuurbuvasuwarom.

Enam loka yang diketahui berada di atas bhulok atau bumi. Loka tersebut ialah:

1. Suwarlokam
2. Maharlokam
3. Janalokam
4. Tapalokam
5. Bhuwarlokam
6. Satyalokam

Bila membaca bahagian pertama iaitu "om bhuu, om bhuvaha...", kuasa hidup atau pranna bergerak dari kaki ke kepala dengan menurut tatacara pergerakan tujuh loka. Bila sampai ke Satyalokam, maka ia akan naik ke tahap seterusnya.

"Om tat sawitur varennyam..." yang merupakan bahagian kedua merujuk kepada asas Gayatri Montram. Ertinya itu, "aku bertapa pada sudut sinaran suci Yang Maha Kuasa. Moga ia mencerahi buddhi (pemikiran) kita".

Bahagian seterusnya pula, "om apa jiyothi rasomertam..." Bererti, "om itu air, ia cahaya, ia bumi yang mengeluarkan makanan, ia udara yang menyokong kehidupan, dan ia unsur yang tersebar ke serata ruangan. Ia juga lah saptalokam". Lepas daripada membaca ini dalam hati, nafas yang ditahan tadi dilepaskan. 

Kawalan pernafasan ini melibatkan tiga bahagian iaitu:

1. Rechagam - Hembus
2. Puragam - Sedut melalui satu lubang hidung
3. Kumbagam - Menahan atau kunci nafas



Pranayamam mempunyai hubungan rapat dengan bacaan Gayatri Montram dan diketahui mempunyai kebaikan yang banyak seperti:

1. Arogya vriddhim - Meningkatkan tahap kesihatan
2. Balam - Kekuatan tubuh dan nyawa
3. Ayushya vriddhim - Memanjangkan umur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan