Selasa, 28 Ogos 2012

Om Sivoham Siva Montra


Lagu ni aku dengarnya dalam wayang Tamil berjudul Naan Kadavul. Watak utama dalam wayang ini adalah Aarya (Jamshed Chetirakhat) dan Puja Umashankar. Dalam bahasa Sanskrit ia disebut sebagai Agham Brahmasmi. Di Pulau Jawa, ia disebut sebagai Kawula Gusti.

Hara hara hara hara hara hara hara hara Mahadev
Hara hara hara hara hara hara hara hara Mahadev

Om Sivoham... Om Sivoham... Rudra Naamam Bajeham
Virabadraya Agni Netraya Gora Samhaaraka
Sakala lokaaya sarwa bhuutaya satya saakshatkara

Shambo shambo Shankara

Om Sivoham Om Sivoham Rudra Naamam Bajeham

Hara hara hara hara hara hara hara hara Mahadev

Namah somaya cha Rudraya cha
Namastamraya Charunaya cha
Nama Shangaya cha Pashupataye cha
Nama Ugraya cha Bhimaya cha
Namo Agravadhaya cha Dure Vadhaya cha
Namo Hantre cha Haniyase cha
Namo Vrukshebyo Harikeshebyo
Nama Staraya Namashshambave cha
Mayobhave cha namah Shankaraya cha
Mayaskaraya cha namah Shivaya cha Shivataraya cha

Anda Brammanda koti Akhila paripaalana
Puurana jagat kaarana satya deva deva priya
vedha vedhartha saara yagna yagnomaya
Nishchala dushta nigragha saptaloka samrakshana

Soma surya agni lochana swetha rishaba vaaghana
Suula pani bujhangga buushana tripuranaashanardhana
Yomakesamahaasena janaka panchawakraparasuhastha namaha

Om Sivoham 2x
Rudra naamam bajeham

Om Sivoham 2x
Rudra naamam bajeham

Kaala trikaala netra trinetra suula trisula dhaatram
Sattya prabhaavadivya prakaasamantraswarupa matram
Nishprapanchaadhi nishkalankoham nijapurnabodhaham ham
Gadhyadadhmaagam nittya bramhogam swapna kasogamham ham

Sachit pramanam om om mula pramegyam om om
Ayam brahmhasmi om om aham Brahmasmi om om

Gana gana gana gana gana gana gana gana sahasrakantasaptaviharaki
Dama dama dama dama dama dama dama dama Sivadamarughanadhaviharaki

Om Sivoham 2x
Rudra naamam bajeham

Virabadraya agninetraya gora samhaaraka
Sakalalokaayasarwabuuthayasattyasaakshatkara

Shambo shambo Shankara

Om Sivoham 2x
Rudra naamam bajeham

Erti kasarnya:

Hara Mahadev merupakan nama terkenal bagi Dewa Siva. Hara ertinya penghapus. Mahadewa adalah nama terkenal dewa Siva ertinya tuan kepada segala tuan. Om Sivoham, aku lah Siva. Aku menyebut nama-nama dewa Siva. Virabhadra ertinya pemburu berani. Agni netraya ertinya api terpancar dari mata. Gora samhaaraka ertinya yang menghapuskan. Sakala lokaaya sarwa bhuutaya sattya saakshatkara ertinya yang hadir dalam semua tujuh loka dan bukan sahaja di bumi, yang hadir dalam semua hidupan dan semua benda, yang merupakan gambaran kebenaran mutlak. 

Sambo Sangkara ertinya Dewa Siva pembuat kebaikan. Dalam lirik lagu ini ada diikuti dengan Shri Rudra montra:

Namah somaya cha Rudraya cha. Namastamraya Charunaya cha. Nama Shangaya cha Pashupataye cha. Nama Ugraya cha Bhimaya cha. Namo Agravadhaya cha Dure Vadhaya cha. Namo Hantre cha Haniyase cha. Namo Vrukshebyo Harikeshebyo. Nama Staraya Namashshambave cha. Mayobhave cha namah. Shankaraya cha. Mayaskaraya cha namah Shivaya cha Shivataraya cha.

Ini semua rupa-rupa kepada Sri Rudra. Ia merupakan satu lagu suci ditujukan kepada dewa Siva yang muncul dalam Yajurveda. Ada satu teori yang popular tentang Sri Rudra diberikan oleh Swami Chandrasekhara Saraswati. Umumnya, veda-veda dirujuk sebagai trayiveda. Yajurveda yang tengah-tengah. Jika kita periksa apa yang ditemui dalam pertengahan Yajurveda itu, adalah montra Sri Rudra. Semua nama ini muncul dalam bab keempat dari semua tujuh bab. Jika ditilik lanjut lagi, di tengah montra Sri Rudra ada nama dewa Siva. Terkenal dengan panggilan Sivapanchakshari atau lima aksara iaitu om nama sivaya. Makanya montra ini sangat tinggi silsilanya haruslah dihormati. 

Anda brammanda koti, akhila paripaalana ertinya yang memerintah dan menjaga banyak ruangan. Puranajagatkaaranasatyadevadevapriya ertinya satu dalam seluruhnya, yang bertanggungjawab dan menjadi penyebab bagi dunia. Yang disukai oleh dewa-dewa yang benar. 

Vedavedharthasaara. Yagna yagnomaya. Yang berdiri dengan intipati atau erti sebenar veda-veda. Yang selalu ada dengan havan murni. Nishchaladushtanigrahasaptalogasamrakshana. Yang tak mampu digoncang sesiapa yang teguh. Yang menghapuskan penjahat. Yang melindungi tujuh loka. Somasurya agnilochana, swetha rishaba vaaghana. Ertinya, yang bermata bak bulan, matahari dan api. Rangkap ini merujuk kepada mata dewa Siva yang tiga semuanya. Yang berwahana lembu jantan putih.  

Sulapanibhujanggabushana. Tripuranaashanardhana. Ertinya yang mempunyai trisula. Yang memakai ular tedung sebagai busana. Yang menghapuskan tiga ekor setan dengan tiga jenis pura atau kubu dan yang menari atas bangkai selepas memusnahkannya. 

Yomakesamahaasenajanaka, panchavakraparasuhasthanamaha. Yang rambutnya langit, ruangan abadi. Yang menurunkan mahasena (nama dewa Subramanya). Bermuka lima dengan kapak satu di tangan. Aku tabik. 

Kaalatrikaalanetratrinetrasulatrisuladhaatram. Yang mengetahui semua tiga rupa masa iaitu yang lampau, yang kini dan yang akan datang. Yang bermata tiga. Yang punya trisula. 

Satyaprabhaavadivyaprakaasamantraswarupamatram. Yang seperti arus membawa kebenaran. Yang bersinar dengan cahaya suci. Yang berupa dengan rupa montra suci. Nishprapanchaadhinishkalankoham nijapurnabodhaham ham. Yang melampau cakerawala pelbagai. Yang melampau semua kotoran, yang suci murni. Yang maha sempurna. Gadhyagadhamaagamnittyabramogamswapnakasogamham ham. Yang ditahan oleh baktan. Yang Brahman selamanya. Yang hadir dalam mimpi-mimpi.

Sachit pramanam om om mulapramegyam om om. Yang merupakan bukti kepada ciptaan dan kesedaran. Yang merupakan perkara pengetahuan. Ayam Brahmasmi om om aham Brahmasmi om om. Nyawa ini adalah Brahman. Aku lah Brahman. Brahman ini ada dalam diri setiap benda dan Brahman yang menciptakan semuanya.

Gana gana gana gana... sahasrakantasaptaviharathi. Yang berada dalam bunyi ribuan genta. Dama... Siva damaruganadhaviharathi. Yang berada dalam bunyi damaru*.

* Damaru - Gendang kecil bermuka dua diperbuat dari kayu dan muka gendang dari kulit. Boleh ditemui digunakan di kawasan banjaran Himalaya.       


Tiada ulasan:

Catat Ulasan