Isnin, 3 September 2012

Mantrachamanam

Nama lain bagi benda ini adalah praashannam. Ia bukan sahaja bermaksud menyedut air. Tapi juga melibatkan konsep "pengakuan".

Mantra dibaca:

Suryascha agnis cha ma manusya cha manyupatayas cha manyukritebhyah. Papebhyo rakshantam. Yadratrya papamakarsham. Manasa vacha hasthabhyam. Padbhyamudarena shisna. Ratri aha stadava lumpatu. Yat kimcha duritam mavi. Idamaham mamamrita yonau. Srye satye jyotishi juhomi svaha.

Maknanya:

Moga Surya, Agni, Narasingha, Maha Rudra dan dewata lain menyelamatkan aku dari dosa-dosa disebabkan murka. Moga dewata malam dan siang menebus aku dari dosa pemikiran aku, ucapan aku, tangan, kaki, perut dan lain-lain. Moga semua tabiat buruk aku dihapuskan. Aku ambil air ini berkuatkuasa dengan kesaktian mantra-mantra yang dalamnya ada sinaran Surya-Satya.

Segala yang berkaitan dengan kepercayaan dan pemahaman yang dibuat tanpa kedua ini langsung tak memberi kesan walaupun sedikit pun. Dalam hal prashannam ini pun begitu juga. Mesti percaya dan faham. Penglibatan beberapa dewata ini menjadikan mantra-mantra ini bukan semata-mata bacaan dan menaikkan kepercayaan sahaja. Perbuatan disertai kepercayaan tinggi memberi cetusan positif pada minda dan pikiran, melegakan minda dari tekanan masa lampau dan membantu mengawal minda kita. Sains yang terlibat dalam ini terjelma dari konsep pengakuan dan menyerah diri dari dosa sebagai yang tersebut dalam mantra. Jadi cuba cari makna segala mantra yang dibaca agar tidak kita terkumat-kamit sahaja tapi langsung tak paham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan