Khamis, 6 September 2012

Pallawawamsa


Terbitan

Tiga Raja Mahkota atau Muvaentar merujuk kepada pemerintahan tiga regim politik iaitu Cholan, Cheran dan Pandiyan yang menguasai politik dalam Tamilagam atau negara Tamil yang terdiri daripada Cholan Nadu, Cheran Nadu dan Pandiyan Nadu. 

Orang Pallava tidak pernah tersebut sebagai pemerintah wilayah-wilayah Tamil ketika itu. Sastera terawal Tamil yang memberi sedikit gambaran tentang penglibatan orang Pallava dalam wilayah orang Tamil di Ahananuru yang meletakkan dua orang Thiriyan. Thiriyan yang tua di Gudur dalam daerah Nellore dengan kerajaannya menyebar sampai ke Thirupati atau Thiruvengadam. Thiraiyan muda pula beribu kota di Kanchipuram. Karya sastera Shangam berjudul Perumbanarruppadai mencatatkan turunan Thiriyan muda atau Ellam Thiraiyan sebagai turunan dari Iksvaku. Pengulas Tamil terkemudian mengenali beliau sebagai anak tidak sah taraf raja Chola dengan puteri wangsa Naga

P. T Srinivasa Iyyengar menyatakan bahawa Tondaiyar bermaksud "puak yang lambang mereka adalah pohonan Tondai". Tondai atau Coccinia Indica juga dikenali sebagai pohon Kovai dalam bahasa Tamil moden. Bahasa Telugu di Andhra Pradesh sekarang menyebut pokok ini sebagai pokok Dondei. Senama dengan pokok Tondai ini adalah Cephalandra Indica atau Coccinia Grandis.      

Persidangan Tahunan Awal Yang Berikutan di Kongres India Selatan juga menyebut: Perkataan Tondai bermaksud pokok timun padang atau pokok pepas dan istilah Pallava merujuk kepada pokok ini. Oleh sebab puak Pallava memerintah wilayah dari Bellary sampai Bezwada, ia membawa kemungkinan bagi teori bahawa Pallava merupakan wangsa utara yang mempunyai hubungan melalui perkahwinan antara putera-puteri dengan wangsa Andhra sekaligus turut mewarisi bersama kawasan selatan Andhra Pradesh.

Nilakanta Shastri berhujah bahawa wangsa Pallava merupakan keturunan wangsa dari India utara yang berpindah ke selatan. Mereka menerimapakai budaya tempatan dan mengamalkannya serta memanggil diri mereka dengan nama Tondaiyar atau penduduk tanah pokok timun padang. K. P. Jaswal turut bersetuju dengan teori asal-usul India utara wangsa Pallava ini dan menambah lagi teori mereka ini dari cabang Vakataka. Perkaitan dengan Vakataka ini disebabkan oleh hakikat bahawa wangsa Pallava memakai tanda perisytiharan Vakataka. Dalam cop mohor mereka ada lambang Ganga dan Yamuna yang dikenali sebagai tanda tangan Vakataka. 

Buku sastera klasik zaman Shangam, Manimegalai mengaitkan asal-usul raja Pallava pertama dari perhubungan antara puteri raja Naga, Manipallava dengan raja kerajaan Cholan. Dari hubungan puteri Pilivallai dengan raja Kilivallavan ini, lahirlah putera yang hilang semasa tongkang pecah dan bayi kecil itu ditemui dengan rantingan atau Pallava pokok Tondai sekeliling buku lalinya. Oleh itu baginda dipanggil sebagai Tondaiman.   

Cetera lain pula menyatakan bahawa Pallava lahir dari kesatuan antara Asvathama dengan seorang puteri Naga yang kenyataan ini disokong oleh ayat keenam dalam piring tembaga Bahur. Ia berbunyi: "Dari Asvathama dilahirkan raja bernama Pallava".  

Melalui Manimegalai, Ellam Thiriyan dilihat sebagai seorang dari wangsa Chola dan bukan Pallava. Bagaimana pun piring tembaga Velurpalaiyam bertarikh 852 tidak pula menyebut tentang Chola di mana-mana di situ. Piring tersebut memberi perhatian kepada cetera hubungan Naga dengan tercetusnya kerajaan wangsa Pallava dengan raja bernama Virakurcha sambil menegaskan bahawa ia kerajaan berdiri sendiri yang sah:

"...dari nya (Asvattaman) tersusunnya (datang) Pallava, tuan kepada seluruh bumi ini, yang kemahsyurannya menakjubkan. Makanya, muncul wangsa Pallava... (termasuklah putera kepada Chutapallava) Virakurcha, yang namanya diraikan, yang pada masa yang sama dengan (tangan) puteri kepada ketua penghulu ular (naga) mencapai lambang kebesaran adiraja lalu menjadi terkenal".

Menurut sejarah, hubungan awal antara puak Naga dengan wangsa Pallava telah pun lama didengari berbanding dengan mitos kelahiran Pallava dari Asvatama. Prasasti yang dikarang pada 753 M tentang pujian kewangsaan dalam piring tembaga Kasakadi, oleh Pallava Trivikrama, menyusun turunan Pallava dari penciptaan melalui beberapa jalur moyang yang melibatkan agama Hindu dan kemudian memuji wangsa tersebut dengan dua perumpamaan yang berbunyi avataram (jelmaan atau keturunan):

"Dari (mereka) turun wangsavataram Pallava yang berkuasa, yang menyerupai angsavatara Sri Vishnu yang mempamerkan keberanian tidak berbelah bagi menguasai mandala loka... dan yang menyerupai keturunan Gangavataram yang menyucikan loka seluruhnya".

Sejarawan K. R. Subramaniam menyatakan bahawa wangsa Pallava asalnya bukan kuasa Tamil. Sebaliknya kuasa empayar orang Telugu berpunca dari Trailochana Pallava. Trailochana Pallava dibunuh oleh raja Chalukya dekat dengan Mudivemu, daerah Chuddapah. Cetera Buddha pula menggambarkan bahawa Kala iaitu Nagaraja (dewa Siva) mengambil rupa Kalabhartar sebagai raja di wilayah dekat dengan daerah Krishna.    

Pallavabhoga boleh juga dikenali dengan kerajaan Kala di Andhra yang mempunyai hubungan kebudayaan dan kelautan yang rapat dengan Sri Langka. Heras pula mengenalpasti raja Bappa sebagai Kalabhartar atau Kalabhartri, permata utama keluarga yang dicadangkan oleh Heras sebagai penemu awal wangsa Pallava. Ia dikesan melalui piring tembaga Hirahadagalli dan Uruvapalli yang menyebut: "rasa kepurbaan dan penghormatan yang selalu menyelubungi ingatan kepada penemu awal wangsa".   

Batu bersurat terawal dari wangsa Pallava ditemui di daerah-daerah Bellary, Guntur dan Nellore. Selepas daripada kajian cermat turunan Pallava dengan segala bahan yang ada dengan tak kurang daripada 45 catatan berbentuk batu bersurat dan piring tembaga, Heras telah membuat satu teori bahawa keturunan Pallava tak pernah terputus dengan 24 orang daripada mereka awalnya memerintah negara kota di negara orang Telugu kemungkinannya di Dasanapura yang dinyatakan oleh piring tembaga Darsi sebagai adhistana. Dasanapura dikenalpasti sebagai Darsi, dalam daerah Nellore di Andhra Pradesh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan