Jumaat, 7 September 2012

Pendekatan Kesihatan dalam Ayurveda

Mahapanchabhumi
 
Semasa zaman awalnya, Ayurveda menggunapakai Mahapanchabhumi atau Lima Unsur iaitu Pertiwi, Jalam, Agni dan Angkasa yang membentuk alam semesta dalam fizika nya. Ia termasuk lah juga tubuh badan manusia kerana manusia adalah sebahagian dari alam semesta. 

Sapta Dhatu

Ayurveda menyatakan bahawa ada tujuh jenis tisu tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Sapta dhatu:

1. Rasa dhatu - plasma
2. Rakta dhatu - darah
3. Medha dhatu - lemak
4. Asthi dhatu - tulang belulang
5. Majja dhatu - urat sarat dan tulang rawan
6. Sukra dhatu - susunan pembiakan manusia
7. Mangsa dhatu - daging termasuklah otot-otot manusia

Keseimbangan Tenaga Asas

Sastera Ayurveda membincangkan tentang langkah-langkah untuk mendapatkan kehidupan sihat dalam seluruh peringkat hidup kita. Ia menekankan keseimbangan tiga tenaga asas seperti:

1. Vayu atau vata - angin, udara dalam angkasa
2. Pitta - api dan air yang membentuk benda masam atau berasid
3. Kapha - air dan bumi yang membentuk gelema 

Teori Perubatan Ayurveda

Menurut teori perubatan Ayurveda, ada tiga jenis dosa yang penting dalam hidup ini. Apabila dosa ini wujud dalam jumlah yang sama, maka badan akan sihat. Apabila ia tidak seimbang, maka badan tidak akan sihat dalam banyak jenis keadaan.

Satu daripada teori Ayurveda lagi menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai gabungan dosa tersendiri yang mentakrifkan sikap, perangai dan perasaan mereka. Pandangan lain pula yang juga terdapat dalam sastera purba menyatakan bahawa keseimbangan cecair dalam badan adalah sama dengan sihat. Seorang yang terlebih cecair dalam badan secara berkadarannya adalah tak sihat. Ayurveda tak seperti falsafah Sangkhya yang berteori bahawa ada 20 kualiti asas iaitu guna yang wujud dalam semua bahan.

Ayurveda juga mempunyai teori tentang sistem metabolik yang sihat, mengekalkan penghadaman yang baik dan sistem membuang perkumuhan yang betul membawa kepada kesihatan unggul. Ayurveda juga menumpukan kepada senaman, yoga dan bertapa.  

Amalan Panchakarma adalah satu cara terapi untuk membuang unsur buangan beracun dalam badan. Seawal zaman Mahabharata lagi, Ayurveda dikenali sebagai ashtanga iaitu sains lapan bahagian iaitu:

1. Kayacikitsa - ubatan dalaman
2. Kaumarabhertyam - kesihatan kanak-kanak
3. Salyacikitsa - pembedahan
4. Salakyatantram - perubatan mata
5. Bhutavidyam - perubatan saraf dan rohani
6. Agadatantram - perubatan sistem perkumuhan
7. Rasayana - pencegahan penyait dan meningkatkan ketahanan badan serta mengekalkannya
8. Vajikarannam - perubatan nafsu berahi dan pembiakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan