Rabu, 8 Ogos 2012

Keturunan Para Brahmana

Oleh sebab kepelbagaian dalam keagamaan dan tradisi kebudayaan atau pengamalan dan berbeza-beza pula aliran veda, maka para Brahmana terbahagi pula kepada beberapa jati kecilnya. Semasa zaman veda, kira-kira 1000 sm sampai 200 sm, para Brahmana terbahagi pula kepada beberapa shakha atau ranting. Ini disebabkan oleh pemakaian veda-veda yang berbeza dan juga penurunan semula veda-veda pada waktu yang berbeza. Sampradayam bagi aliran berbeza dari shakha yang sama berdasarkan veda-veda pula terbentuk semasa zaman veda. Ia berada di bawah kepimpinan guru-guru terhormat dalam kalangan orang Brahmana. 

Ada pun beberapa maharesi menjadi penegak perundangan dalam kebudayaan Brahmana misalnya seperti:

1. Angiras
2. Apsthambha
3. Atri
4. Bhrigu
5. Brahaspatti
6. Baudhyan
7. Daksha
8. Gautam
9. Harita
10. Katyayan
11. Likhita
12. Mannu
13. Parasara
14. Samvartta
15. Shankha
16. Shtatapa
17. Ushnasa
18. Vasishta
19. Vishnu
20. Viyasa
21. Yagnakalkiya
22. Yama

Sebanyak 21 orang maharesi ini merupakan prastaavak atau penegak kepada smarthi. Yang tertua antara semua smarthi datangnya dari sutram-sutram yang dikumpulkan maharesi seperti Apastambha, Baudhyan, Gautam dan Vasishta

Jati dan Brahmana

Ramai orang dari masyarakat dalam negara India dan bukan negara India mengaitkan diri mereka dengan resi-resi veda sama ada dari keturunan Brahmana atau bukan Brahmana. Misalnya seperti Dasharna dan naga-naga dikatakan berketurunan dari Kashapa Muni.

Keturunan golongan Brahmana biasanya dikenali menerusi gotram mereka yang merujuk kepada keturunan bapa mereka. Ia adalah nama maharesi yang mana penganut Brahmana akan mengaitkan diri mereka dengan nya.

Golongan Brahmana dari Vishwakarmma pula dikatakan berasal dari keturunan Pancharesi atau Brahmarishi. Menurut Yajurveda dan Brahmanda Puran, kelima-lima resi tersebut adalah:

1. Sanaka
2. Sanathan
3. Abhuvas
4. Prajannas
 5. Suparnas    

Dakwaan Keturunan Brahmana dari Pelbagai Jati

Perkara ini sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa apabila kita menilik kepada smarthi. Pergerakan Panchal misalnya ada menuntut semula hak-hak Brahmana dengan mendakwa bahawa ahli pergerakan tersebut mengamalkan kebudayaan Brahmana dan menjalankan upacara-upacara menurut adat istiadat veda. Selain itu, di selatan India ada segolongan puak seperti puak Kanni mendakwa bahawa mereka adalah keturunan Brahmana melalui Agastya Muni.

Ada juga dakwaan dari jati Shudra misalnya jati Kashi Kabadi menyatakan bahawa mereka berketurunan Brahmana melalui Sukradeva. Tugasan mereka memindahkan air ke bandar suci Kashi di Banares. Selain itu, keturunan Padmashali mendakwa bahawa mereka berasal dari Maharesi Markandeya yang mengarang Markandeya Puran.

Golongan masyarakat pekerja seperti Saini atau tukang kebun juga membuat dakwaan dalam ceritera mereka bahawa mereka asalnya dari golongan Brahmana dan memanggil diri mereka sebagai Parpadh Brahmana yang mana selepas berzaman-zaman mereka berubah menjadi phoolmali atau penanam bunga.

Ada golongan lain Brahmana yang mendakwa mereka berasal dari salasilah Maharesi Dadhichi. Banyak jati juga mendakwa mereka berasal dari Maharesi Dadhichi. Ada juga penganut agama Kristian Katolik di Goa yang memang berjati Brahmana walaupun bukan beragama Hindu disebabkan mereka berasal dari penganut agama Hindu berjati Brahmana yang dibaptiskan semasa zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 masehi. Misalnya Brahmana Konkan di Goa dan Mangalore di negara India.

Siddhartha Gautama Buddha pula dikaitkan dengan Brahmana dari Maharesi Angiras melalui Maharesi Gautama. Ada banyak pula jati kesatria dari lain-lain puak yang merupakan ahli kepada keturunan Angiras. Jati yang mundur misalnya jati Matang mendakwa berasal dari Matang Munni yang mengalami kenaikan taraf melalui karmma nya. Lagi, ada lagenda juga tentang kaum nomad di Kerala iaitu kaum Kakkarissi yang berketurunan Brahmana yang keluar dari mulut wahana dewa Vishnu Narayann iaitu Sang Garuda.

Pengenalan ini bermaksud bahawa jati Brahmana atau Brahmin itu bukan bermaksud seseorang itu melalui kehidupan sebagai pendita sahaja sepanjang masa. Ada masa manusia boleh jatuh dari taraf yang ada sekarang masuk ke golongan masyarakat yang lain melalui pelbagai cara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan