Selasa, 7 Ogos 2012

Sejarah Ringkas Brahmana


Kebanyakan sampradayam Brahmana moden dan penganut Hindu mendakwa mereka mendapat ilham dari veda-veda juga. Menurut tradisi Hindu Ortodoks, veda-veda itu apaurusheya cha anadi cha bermaksud tiada awalan dan tiada akhiran. Veda-veda merupakan kebenaran yang selamanya sahih yang diilhamkan oleh dewata. Veda-veda dianggap sebagai shruti atau apa yang didengari. Ia merupakan tunggak utama dalam tradisi para Brahmana. Teks-teks shruti termasuklah empat veda yang terkenal iaitu rigveda, yajurveda, samaveda dan atharvaveda. Selain itu teks-teks shruti ini adalah seperti aranyaka, brahmana, dan upanishad.  

Kaitan Brahmana dengan Ahli Falsafah Gasar

Yunani

Megasthenes menulis bahawasanya: "Brahmana-brahmana itu merupakan ahli falsafah yang menduduki tempat pertama, namun hanya sedikit saja bilangan mereka dalam masyarakat". Megasthenes menulis lanjut lagi tentang shramana-shramana yang berjati Brahmana dan bukan Brahmana: "Selain itu ada dua jenis pula ahli falsafah di India purba ini seperti Brahmani dan Sharmani. Brahmani itu dipandang dengan hormat kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tetap dan malar"

Amalan Umum

Brahmana-brahmana mengikut peraturan-peraturan yang digariskan oleh veda, teks-teks suci shruti dan juga smarthi yang menjadi asas kepada ajaran Hindu. Brahmana menurut kepada veda mempunyai enam tugasan kemahiran yang mana tiga daripadanya adalah wajib ke atas setiap mereka:

1. Mengkaji veda-veda
2. Menjalankan upacara-upacara veda
3. Mengamalkan dharmma

Golongan Brahmana mesti mengajarkan wawasan dalam sastra veda-veda yang mencakupi hal kehidupan seperti kerohanian, keagamaan, falsafah, yoga, upacara, kuil-kuil, kesenian, kebudayaan, tarian, bunyian, tatabahasa, sebutan, seloka-seloka, jotesha atau tilikan bintang, astronomi, perundangan, perubatan, teknologi, seni bela diri, ketenteraan dan strategi menghalau orang gasar. Brahmana mesti menyebarkan falsafah dan menerima kembali dari masyarakat semua keperluan hidup mereka sekadar yang perlu sebagai tukaran.

Brahmana mesti mengamalkan pemakanan sayuran atau sepenuhnya memakan sayuran. Ia sudah menjadi adat-istiadat sejak zaman era sebelum masehi lagi. Namun ada juga Brahmana yang tinggal di kawasan seperti Mithila, Punjab, Kashmir, Himachal Pradesh, Bengal Barat dan Nepal yang tidak mengamalkan pemakanan sayuran.

Kebanyakan sampradayam atau aliran Brahmana meminta semua memakai benang suci yang dikenali sebagai yagnopawitham seperti dalam gambar. Ia merupakan simbol kepada kenaikan kepada pembacaan Gayatri Montram oleh orang ramai. Upacara ini dikenali sebagai upanayana. Ia menandakan permulaan seseorang itu mempelajari Gayatri Montram. 

Umumnya sampradayam Brahmana boleh dikenali melalui gotram mereka. Ia menurut kepada sistem keturunan sebelah bapa atau adat ketemenggungan. Melalui gotram ini, kita dapat mengenali susur galur seseorang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan