Jumaat, 3 Ogos 2012

Konsep Sunyata dalam Ajaran Buddha

 
Konsep sunyata atau kekosongan dalam ajaran Buddha selalu menjadi bahan perbincangan yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penganut ajaran Buddha. Mari kita menelitinya untuk memahaminya dengan lanjut. Kita haruslah memahami bahawa lama sebelum kebangkitan Buddha kira-kira 2600 tahun lampau, alam kewujudan sudah pun berjalan menurut keterikatan hukum alam semesta.

Sang Buddha yang bijaksana telah nampak melalui hakikat ini lantas memberikan cadangan kepada manusia untuk mendapatkan penawar kekal bagi membebaskan diri dari keterikatan hukum alam ini. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan keterikatan hukum alam ini? 

Keterikatan Hukum Alam

Ia merupakan undang-undang keseimbangan yang mengarahkan keadaan keseimbangan dalam alam semesta. Alam semesta dan alam semulajadi ini penuh dengan keajaiban dan telah mencapai tahap kerumitan yang tepu mencakupi semua jenis kegiatan atau proses seperti pengumpulan, pemisahan, pertumbuhan dan perubahan, mutasi, asimilasi serta sebagainya. Dalam lain perkataan, semua kegiatan ini atau proses ini telah terjadi sejak lama dahulu tanpa kita menyedarinya. Keadaan ini menimbulkan aspek kejahilan dalam alam kewujudan.

Akibat dari ini, kita selalu cenderung untuk membuat pemerhatian atau mengambil pandangan pada kejadian-kejadian menurut konteks hasil pemandangan atau dari sudut pandangan yang jahil. Banyak contoh untuk hal ini misalnya seperti pemerhatian atau pandangan pada peristiwa dari pandangan yang dipersetujui bersama dalam masyarakat contohnya macam pembentukan, penderitaan, penyakit, kesakitan, keganasan, malapetaka, kewujudan dan lain-lain. 

Sang Buddha yang bijaksana menyedari keadaan ini memberi cadangan dengan satu anjakan paradigma ke arahnya untuk seseorang itu menjalankan pemerhatian atau mengambil pemandangan pada satu peristiwa dari konteks pandangan dari sudut penyebab atau punca kepada sesuatu atau pandangan menurut kesedaran.

Cara Membebaskan Diri dari Ciri Kejahilan  

Dari sudut pandangan yang baru ditemui ini, seseorang boleh lah membebaskan diri dari pengaruh putaran kejadian bersyarat. Contoh yang baik untuk perkara ini adalah pengenalan kepada ajaran penting tentang asal-usul kebergantungan. Sebagaimana yang disebut pada awal-awal lagi, alam semulajadi ini sudah mencapai tahap kerumitan yang tepu dan keadaan ini mewujudkan kepayahan untuk seseorang itu memerhatikan kejadian secara bebas dari pencemaran pemikiran. Jika kita dapat merungkai semula semua kejadian yang berlaku dalam alam semesta ini, kita akan sedar bahawa asal kejadian misalnya sesuatu kegiatan, kejadian atau proses sebenarnya berubah sekitar arah kecenderungan tenaga atau perkara dalam satu satah yang disebut sebagai ruang.

Pada akhirnya, kita akan dapat melihat dan mengetahui bahawa setiap kewujudan seperti makhluk berkesedaran, tak berkesedaran atau sebarang jisim itu sebenarnya tiada apa-apa pun sebaliknya hanya dari ciri-ciri asas seperti tenaga, jisim dan ruang yang akan menurut kepada fenomena bersyarat. Inilah pemahaman yang sebenarnya dalam konsep kekosongan menurut ajaran Buddha. Dalam kata yang lain, kita boleh sebutkan juga benda yang berupa itu sifatnya memperdaya dan menghasilkan sudut pandangan yang jahil atau dari konteks sudut pandangan hasil.

Rupa itu tidak boleh dipandang sebagai suatu yang bebas kerana bentuknya walaupun tidak ilusi tetapi tidak kekal wujudnya dan berubah-ubah dengan pengaruh sesuatu kejadian. Jadi Sang Buddha menyarankan seseorang itu supaya melihat segala benda menurut hakikatnya, dan bukan menurut rupanya yang memperdaya. Melalui falsafah kekosongan ini, seseorang itu boleh mula mengalami penyucian diri dari segala ciri kejahilan. Apabila kejahilan dipadamkan atau dineutralkan, ciri-ciri kesedaran akan muncul.  

Tindakan mengosongkan = tindakan memadamkan = tindakan meneutralkan =/= tindakan menghapuskan

Undang-undang dalam Kesan

Lihat Dharmma, maka lihatlah Sang Buddha.
Lihat Sang Buddha akan terlihat Dharmma
Lihat Buddha akan terlihat Nibbhana
Lihat Nibbhana akan terlihat Sang Buddha.

Nampak kekosongan nampak lah rupa
Nampak rupa kelihatan lah kekosongan
Nampak tenaga, nampak lah benda
Nampak benda, nampak tenaga
Nampak penyebab, nampak lah kesan
Nampak kesan nampak lah penyebab
Nampak tindakan, nampak tindak balas
Nampak tindak balas, nampak tindakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan