Jumaat, 3 Ogos 2012

Vajrasattva - Minda Permata


Vajrasattva merupakan seorang bodhisattva dalam aliran Mahayana dan Mantrayana. Dalam aliran Mantrayana di Jepun seperti aliran Shingon, ia merupakan aspek kebatinan kepada bodhisattva Samantabhadra dan biasanya dikaitkan dengan pengamal dan pelajar melalui ajaran guru, mencapai landasan asas kepada amalan-amalan kebatinan.

Di Tibet, vajrasattva selalu dikaitkan dengan Dharmakaya dan juga dengan amalan penyucian. Vajrasattva muncul pada awalnya dalam dua teks Buddha iaitu Mahavairocana sutra dan Vajrasekhara sutra. Dalam Mandala Alam Permata, vajrasattva dikatakan duduk di bahagian timur dekat dengan Buddha Akshobya. Dalam sesetengah salasilah kebatinan, Nagarjuna dikatakan bertemu dengan vajrasattva dalam menara besi di India Selatan dan diajarkan dengan tantra, sekaligus menyebarkan amalan kebatinan itu kepada tokoh-tokoh lainnya. 

Dalam Salasilah Shingon

Vajrasattva secara tradisinya dipandang sebagai bapak kedua aliran ini dan yang mulaannya adalah Buddha Vairochana snirik. Menurut bapak Kukai dalam tulisannya Simpanan Pemindahan Dharmma, ada dikaitkan serba sedikit dengan ceritera berdasarkan ceritera Amoghavajra, bahawa Nagarjuna ada bertemu dengan vajrasattva dalam menara besi di India Selatan. Vajrasattva menerima Nagarjuna melalui upacara Abhisheka dan memberi kepercayaan kepadanya untuk menerima amalan kebatinan yang diterimanya sniri dari Buddha Vairocana seperti yang tersebut dalam Sutra Mahavairocana. Bapak Kukai tidak menceritakan dengan lebih lanjut lagi tentang vajrasattva dan asal-usulnya.

Rujukan dari Mahavairocana Sutra

Merata-rata tempat, vajrasattva ini merupakan tokoh terpenting dalam dua sutra Buddha iaitu Sutra Mahavairocana dan Sutra Vajrasekhara. Bab kesatu dalam Sutra Mahavairocana menyebut bahawa Vajrasattva mengetuai sekumpulan makhluk melawat Buddha Vairochana untuk belajar Dharmma. Vajrasattva bertanya tentang punca, matlamat dan asas kepada segala hikmat kebijaksanaan tercakup yang membawa kepada perbincangan falsafah dengan Sang Buddha. 

Yang hadir tidak dapat memahami ajaran tersebut. Jadi Sang Buddha menunjukkannya melalui penggunaan mandala. Vajrasattva kemudian bertanya lanjut, mengapa upcara dan benda diperlukan jika kebenaran itu melampaui rupa? Buddha Vairochana menjawab bahawa ia memberi manfaat untuk membawa pengamal bagi melalui pengalaman kesedaran dengan awal dan seterusnya secara berperingkat-peringkat. Dalam upacara Buddha salasilah Shingon untuk permulaan, lakonan semula kenaikan akan dijalankan dan pembacaan mantra serta perbualan sutra Mahavairocana dibacakan semula. Maha Acharya akan melakonkan watak Buddha Mahavairochana memberi karunia kebijaksanaan kepada murid. 

Mantra

Om vajrasattva samaya manupaalaya. Vajrasattva twenopatishtha. Dirdho me bhava. Sutosyo me bhava. Anurakto me bhava. Sarya siddhim me prayaccha. Sarvakarmasu cha me. Chitta shriyah kuru huum. Haa haa haa haa hoh. Bhagavan. Sarva tathaagata. Vajra maa me munncha. Vajra bhava mahaasamaya sattva aah.   

Makna:

Om vajrasattva lindungi lah perjanjian. Jelma lah diri mu sebagai makhluk vajra. Moga kau tetap dalam diri ku. Moga kau berikan aku kepuasan hati sempurna. Bertambah (yang baik-baik) lah dalam diri ku. Beri aku kasihan. Kurnia aku segala kejayaan dan pencapaian. humm... ha ha ha ha hoh. Wahai yang diberkati, vajra dalam semua keadaan itu tetap dalam diri ku! Wahai maha samaya sattva, jadikan aku sebahagian dari mu (pembawa vajra)!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan