Jumaat, 16 November 2012

Buddha Abadi dalam Aliran Buddha Tanah Suci


Dalam aliran Buddha Tanah Suci, Amitabha Buddha dipandang sebagai Buddha abadi yang menjelma sebagai Sakyamuni di Nepal dan juga rupa kepada Nibbhana itu sendiri. Bhikkhu aliran ini, John Paraskvopoulos dalam monografnya berkenaan aliran ini menulis:

"Dalam aliran Tanah Suci, Nibbhana atau Hakikat Terakhir yang dipanggil sebagai Dhammakaya itu mengambil rupa jasad sebagai Buddha dalam Cahaya Tak Berpenghujung atau Amitabha dan Amitayus atau kehidupan tak berpenghujung. Tanah Suci Nikmat Tertinggi atau Sukhavati merupakan alam yang mana Buddha dikatakan mengepalainya... Amitabha merupakan Buddha Abadi yang dikatakan mengambil rupa Sakyamuni dan ajarannya dalam usaha untuk diketahui oleh kita dalam cara yang kita sudah fahami".  

Bhikkhu Paraskevopoulos menerangkan lagi sebutan tentang Nibbhana, yang mana Amitabha merupakan penjasadannya dengan istilah berikut:

"... (Nibbhana) makna tersirat yang lebih positif bagi keadaan tertinggi makhluk itu berada, penghapusan khayalan dan selari dengan itu timbul kebahagian pembebasan. Kitab suci Buddha awal menjelaskan Nibbhana sebagai: ... pantai yang jauh, kebijaksanaan, sukar dilihat, tidak berpecah, yang tak menjelma, yang aman, yang tak mati, yang mulia, yang bertuah, yang selamat, penghapusan keinginan, yang mengagumkan, tiada sakit, tiada musibah, yang tiada syahwat, kemurnian, kebebasan, pulau, tempat berlindung, yang pada bersewaka, perlindungan..." - Samyutta Nigaya

Nibbhana dilihat sebagai abadi dan bersifat satu, zat asas bagi semua benda. Bhikkhu Paraskevopoulos memberitahu tentang bagaimana Mahaparinibbhana Suttam bercakap tentang Nibbhana sebagai abadi, murni, penuh kenikmatan dan diri yang benar:

"Dalam aliran Mahayana, diajarkan bahawa ada satu hakikat yang asas yang mana dalam dimensi murni dan tertinggi nya, dialami lah ia sebagai Nibbhana. Ia juga diketahui seperti yang kita lihat sebagai Dhammakaya atau Tathata (sebegitu) apabila dilihat sebagai asas kepada semua benda... Dhammakaya itu abadi, nikmat, diri yang benar dan kemurnian. Ia selamanya bebas dari kelahiran, umur, kesakitan dan mati" - Nibbhana Suttam

Bagi mencapai Diri ini, perlu lah untuk diatasi "diri yang kecil" dan keremehannya dengan bantuan agen luaran iaitu Amitabha Buddha. Pandangan ini dimasyhurkan oleh Guru Shinran Shonin dari aliran Tanah Suci di Jepun. Bhikkhu Paraskevopoulos mengulas tentang ini:

"Wawasan Guru Shinran ini menyatakan bahawa kita tak boleh menguasai diri dengan diri. Agen luaran diperlukan pertamanya untuk membantu kita menyalakan cahaya menerangi ego kita kerana hakikatnya berada dalam semua keremehannya dan penyamaran-penyamaran yang merosak dan keduanya, untuk membolehkan kita menakluki diri kecil dengan satu pandangan untuk menyedari diri yang besar itu melalui cahaya kesedaran Amitabha".

Apabila diri yang esar dari cahaya Amitabha itu disedari, pengikut aliran Tanah Suci boleh lah melihat yang Tak Berpenghujung yang mencakupi pemakaian biasa. Bhikkhu Paraskevopoulos menyimpulkan monografnya tentang aliran ini:

"Ini lah masa kita menghalang pemandangan memenatkan tentang ajaran Buddha sebagai satu pikiran rasional yang kering dan bersifat forensik, kurang mesra dan kurang kebaktian... Dengan mendengar panggilan Buddha Amitabha, kita menjadi lebih sedar kepada hakikat sebenar dan cara nya bergerak dengan cara yang tak terduga oleh kita... untuk hidup dalam kehidupan yang penuh bahagia dalam cahaya gemilang Yang Tak Berpenghujung".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan