Isnin, 19 November 2012

Menenung dan Ilmu Kira-Kira


Menurut kepada Sri Kanchi Paramcharya, menenung ini mengandungi tiga bahagian. Suatu ketika dahulu ada seorang lelaki yang berpengetahuan di Matham yang terpelajar dalam ilmu menenung ini. Sri Kanchi Paramacharya ingin memberi gelaran terhormat kepadanya iaitu Triskandha Bhaskaran. Makna Skandha itu adalah cabang besar dari pokok yang keluar di batangnya. Ada tiga Skandha menenung iaitu Siddhanta, Hora dan Samhita.

Siddhanta Skandha mempunyai kaitan dengan aritmetik, trigonometri, geometri dan algebra. Ilmu kira-kira tinggi dibentuk oleh Barat pada akgir abad-abad masehi sebenarnya ada dalam ilmu menenung Hindu purba. Aritmetik dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Vyaktaganitam termasuklah menambah, menolak, kali-kali dan bahagi. Avyaktaganitam atau algebra. Jyamiti atau ukuran tapak pengorbanan merujuk kepada geometri. Geo atau jya itu merupakan kata yang sama bermaksud ukuran. Latihan ilmu kira-kira dipanggil sebagai Samikaranam. Maksudnya sama dengan persamaan. 

Veda keenam anga, Kalpa, banyak berkaitan dengan yang kelima iaitu tenungan. Kalpa mempunyai bahagian Sulbasutram. Sutra-sutra ini menyebut ukuran tepat bagi para penyembahan atau yagnavedi. Sifat kepada yagnabhumi dipanggil sebagai chayana. Sulbasutram banyak menggunakan bilangan dari chayana, seperti yang berbentuk Garuda. Ia memberitahu kita tentang bagaimana untuk membangunkan tanur batu-bata. Bilangan batu-bata diperlukan untuk chayana dan bentuknya. Siddhanta Skandha digunakan dalam semua ini.     

Ada juga persamaan dalam Apastambha Sulbasutram yang tak boleh dibuktikan sehingga lah baru-baru ini sahaja. Orang Barat ingat bahawa ia tak betul hanya sebab mereka tak boleh selesaikannya. Kini mereka telah pun menerimanya sebagai betul. Orang Hindu banyak mengorak langkah dalam ilmu matematik dan kira mengira, beribu tahun lampau maka orang Barat baru hari ini hendak kagum. Ada banyak lagi persamaan-persamaan lama yang perlu diselesaikan. Sastra-sastra kita menyebut juga cabang-cabang ilmu kira mengira lain seperti rekhaganitam, kuttakam, angapakam dan avyaktaganitam juga dikenali sebagai bijaganitam

Lapan ratus tahun lampau, hidup lah seorang ahli matematik dikenali sebagai Bhaskaracharya. Satu insiden dalam hidupnya menunjukkan bagaimana nasib ini bergerak berterusan. Anak perempuan Bhaskaracharya bernama Lilawati. Bhaskaracharya mendapati bahawa bintang anak perempuannya itu ada Mangalya Dosa. Dia sangat yakin dan cuba mengubah nasib anak perempuannya itu yang dibayangkan oleh bintang-bintang. Sebagai seorang tukang tenung, dia cuba menikahkan anaknya semasa lasagna iaitu ketika bintang-bintang semua berada dalam kedudukan yang bertuah untuk pasangan mempelai. Cara ini bagi beliau mampu memastikan Lilawati berada dalam Dirgha Sumangali.

Zaman itu tak ada jam macam sekarang ini. Mereka cuma gunakan kendi air sahaja untuk ketahui masa. Ia ada bahagian atas dan bawah. Air di sebelah atas bekas itu akan meleleh ke bawah melalui satu lubang dalam bahagian bawah bekas itu. Bahagian bawah disukat menurut kepada unit masa Hindu seperti nazhikai atau nadika, seperenam daripada satu hari atau 24 minit. Maka masa bagi siang dikira dengan memerhatikan paras air di bahagian dalam dasar bekas itu. Dalam istilah moden kita panggil ini sebagai jam air atau gelas jam. Sebab air meruwap lebih cepat maka pasir lebih banyak digunakan orang.

Menurut adat istiadat terpakai, pernikahan Lilawati itu diraikan semasa dia masih lagi seorang kanak-kanak. Pada hari yang tersebut, dia duduk sebelah jam air dan berasa tertarik dengan alatan itu. Semasa dia sedang meraba-raba sekeliling mutiara di hidung nya, kancing mutiara tersebut longgar lah dan mutiara terjatuh ke dalam lubang jam air itu. Aliran air ke bawah bekas itu pun berkurangan. Jadi masa yang ditunjukkan pada jam untuk pernikahan Lilawati menjadi salah. Jam bertuah sudah terlepas. Tak ada siapa pun termasuk Lilawati yang sedar bahawa mutiara terjatuh dalam jam air itu. Bila mereka sedar pun dah terlambat. Nasib tak boleh diatasi lagi.

Kemudian, Bhaskaracharya menulis risalah matematik ringkas dan menamainya sempena nama Lilawati. Bapa itu mengajar anak nya yang malang menjadi janda dan anaknya itu menjadi sangat cekap dalam matematik dan kira mengira. Lilawati banyak membuat latihan aritmetik, algebra dan lain-lain lagi. Risalah ini sangat menyukakan hati kerana masalah disampaikan dalam bentuk ayat dan ceritera. Bhaskara juga ada menulis Siddhanta Siromani yang bercakap tentang bagaimana kedudukan dan pergerakan jasad samawi boleh dikira. Kita juga belajar teks-teks daripada piagam seperti dalam Prachinalekhamala bahawasanya seorang raja Gurjara (Gujerat) telah membuat wakaf harta demi mempopularkan karya Bhaskaracharya.

Bahagian ke-7, 8, 9 dan ke-10 Geometri Euklid dipercayai sudah hilang. Semua 12 buah kitab matematik dalam bahasa Sanskrit masih wujud lagi. "Membuat tambahan beberapa kali dikira sebagai darab, penolakan beberapa kali menjadi bahagi". Namun kita masih jahil dengan kira-kira ringkas sebegitu dalam teks-teks kita sendiri.  

Varahamihira yang hidup beberapa tahun awal sebelum Bhaskaracharya, kira-kira 1500 tahun lampau menulis risalah seperti Berhat Samhita dan Berhajjatika. Yang pertama mencernakan banyak cabang ilmu, kandungannya merupakan penyaksian kepada pelbagai bidang yang telah diperkembang oleh nenek moyang orang Hindu. Berhajjatika adalah tentang ilmu tenungan dan penyusunan penanggalan.

Aryabhatta yang terkenal juga dengan Aryabhatiya Siddhanta hidup 1500 tahun lampau. Dikatakan bahawa Vakyaganitam yang digunakan hari ini adalah berasaskan Siddhanta nya. Varamihira dan Aryabhatt banyak menyumbang kepada ilmu matematik dan ilmu hisab moden. Semua kitab-kitab ini bercakap tentang pergerakan jasad samawi. Ada tujoh graham menurut kepada hitungan purba, lima bintang dan matahari serta bulan. Rahu dan Ketu dipanggil sebagai cahaya graham atau bintang bayang dan orbit-orbit nya berlawanan dengan orbit matahari dan bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan