Rabu, 21 November 2012

Sistem Varna dan Kasta di Nepal

Maharaja Jang Bahadur Rana

Masyarakat tak boleh mengelakkan lah hal ini. Tidak mengira sebarang fahaman pun yang dianuti kita semua, masyarakat tetap terbahagi menurut kepada empat bahagian dan yang di luar bahagian itu dikenali sebagai yang tak bertamadun. Ini yang dijelaskan melalui Manusmerti

Aku berikan contohnya di sini, pada zaman lampau negara Korea diperintah oleh kelompok feudal tetapi selepas zaman perang dunia Korea terbahagi dua pula. Yang Korea di Utara berfahaman Komunis dan mengatur pemerintahan menurut fahaman ini yang diacuankan dengan suasana tempatan. Tetapi adakah masyarakat di Korea menjadi sama rata dengan fahaman ini? Masih lagi wujud masyarakat atas seperti pemerintahan, menteri-menteri, pegawai pentadbiran, petani, orang awam yang miskin dan terdesak dan orang yang berkhidmat di bahagian propaganda yang terlibat dengan ilmu-ilmu dan fahaman ideologi. 

Bagi agama Hindu secara keseluruhannya, sistem varna atau pembahagian masyarakat ini tidak lah berubah. Yang berubah cuma kelahiran rohani dan juga aryadharmma seseorang. Pembahagian masyarakat masih ada, cuma orang-orang yang mengisi status kedudukan masyarakat itu berubah, berubah secara perlahan-lahan atau masih kekal.

Di Nepal, sistem varna sebenarnya sama rumitnya dengan di negara India, Pakistan dan Afghanistan. Ia masih meneruskan sistem pembahagian masyarakat tradisional. Varna atau kasta ini mentakrifkan kelas masyarakat melalui sebilangan kumpulan yang hanya bernikah sesama sendiri menurut kedudukan masyarakat mereka. Dalam istilah bahasa Hindu, kami mengistilahkannya sebagai Jati atau Kelahiran. Varna diamalkan dalam masyarakat Hindu dan juga masyarakat Buddha di Nepal. Tapi dalam masyarakat Buddha, sistem varna ini tidak terlalu ketara.

Seperti biasa, masyarakat kita ini terbahagi kepada empat warna iaitu warna-warna:

1. Brahmana atau Brahmin
2. Ceteria atau Kesatria
3. Waisya atau Vaishya
4. Sudra

Ada juga suku kaum asli yang tidak tergolong dalam kelompok empat warna ini. Mereka dikelaskan sebagai kelompok Swapakah atau yang tidak menurut perundangan Dharmma!

Sejarah Sistem Varna Nepal

Kod awam iaitu Muluki Ain (1854) ditulis oleh Jang Bahadur Rana selepas melawat ke Eropah. Ia merupakan kod kemasyarakatan yang disusun untuk amalan selepas beberapa abad di Nepal. Ia berasaskan kepada Vyahaara atau prosedur perundangan tradisional adat istiadat Hindu, Praayashcittam atau pun mengelakkan dan membuang dosa dan Aacara atau adat-adat masyarakat berbeza jati. Ketiga-tiga perkara ini terkumpul dalam teks Dharmmashastram. Seorang Raja Hindu menurut adat istiadatnya tertakluk kepada prinsip-prinsip amalan Dharmmashastram. Di India, sudah tiada lagi sistem beraja melainkan sistem berepublik. Tapi di negara-negara yang masih mengamalkan Dharmma seperti negara Thailand dan Kemboja, kemungkinan teks Dharmmashastram masih terpakai.

Muluki Ain membahagikan masyarakat Nepal kepada dua jenis kasta iaitu:

1. Kasta yang airnya dibenarkan kekal murni
2. Kasta yang air nya tercemar

Ketua kepada semua kasta ini diamanahkan dengan tugasan untuk menyelesaikan masalah dalam kasta mereka. Ketua kepada kasta Kamis (tukang besi) atau Sarkis (penyamak kulit dan tukang kasut) dikenali sebagai Mijhar. Ketua kepada Damai (tukang jahit dan pemain bunyian) dikenali dengan nama Nagarchi. Kasta yang pertama juga mempunyai ketua mereka. Kelompok Mijhar dan Nagarchi selalunya mengalami ketidakadilan dan dipergunakan dan dihalau keluar daripada masyarakat mereka. Kesemua mereka ini dipengaruhi oleh sifat ketua-ketua mereka. Seperti ketua mereka, mereka tak pernah teragak-agak untuk tidak adil terhadap masyarakat mereka sendiri. Tiada rayuan yang menentang mereka akan didengar.

Daripada zaman pertengahan sampai ke seterusnya, orang ramai boleh dijatuhkan dari kasta mereka sendiri melalui turun pangkat. Orang ramai yang menganggap diri mereka dari kasta atasan sebagai satu topeng untuk perbuatan tidak adil mereka juga ramai. 

Adat-Adat Kasta

Adat-adat ini ada disebutkan dalam Manusmerti walaupun kelihatan menindas... Aku masih percayakan benda-benda ini... Cuma aku tidak taksub lah...
1. Orang berkasta rendah dilarang daripada memasuki kuil 
2. Dilarang menerima pendidikan
3. Dilarang mendengar ceramah agama dalam kelompok orang berkasta tinggi
4. Dilarang menanam pokok Bar atau pokok Pipal 
5. Dilarang menggali kolam 
6. Dilarang menghadiri sebarang pesta dan perayaan.
7. Orang berkasta bawah akan dihalau keluar dari negara jika memandang wanita berkasta tinggi. 
8. Jika terserempak dengan orang kasta lebih tinggi, mereka mesti mengelak dan memberikan jalan.
9. Kasta rendah harus menyembah atau jadau kepada orang kasta tinggi.
10. Orang kasta rendah jika memberontak terhadap adat istiadat boleh dihukum bunuh.
11. Orang berkasta tinggi yang menikah dengan orang berkasta rendah akan hilang kelayakan untuk diselamatkan jika dia melakukan perzinaan atau jarikhat.  
12. Orang yang pakai benang suci atau yang tak pakai benang suci perlu disucikan secara upacara jika mereka disentuh oleh orang dalit.
13. Perbualan dua hala antara orang kasta rendah dengan kasta atasan dilarang.

Sumber Kitab untuk Adat-Adat Tersebut

1. Parskar Grihyasutram
2. Gautam Sutram
3. Manusmerti
4. Shukra Niti

Tiada sebarang peruntukan untuk orang berkasta rendah untuk menyertai kegiatan ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan pentadbiran. Mereka kena bergantung kepada kerja-kerja kasar dengan bayaran rendah seperti bermain alat bunyian orang asli, menyamak kulit, mengamalkan ilmu bunyian dan menyanyi, seni tarian, kesenian tukang, tembikar, kerja buruh am, membersihkan jamban dan mencuci pakaian. 

Sistem undang-undang ini masih kekal diamalkan dan berkuatkuasa undang-undang sehingga Muluki Ain dikaji semula pada 1962. Sistem kasta yang ada hari ini datangnya dari pembangun dinasti Syah iaitu Raja Prithvi Narayan yang memetik kata-kata baginda bahawa Nepal adalah taman kepada chatur warna dan 36 kasta. Walau bagaimanapun, ini cuma anggaran kasar jumlah kasta bagi kawasan pergunungan. Masyarakat Newari dan Terai setiap satu nya pun mempunyai lebih daripada 36 kasta. 

Chatur Warna di Nepal

1. Brahmin

Warna ini merupakan warna yang pertama. Ia termasuklah suku kaum Khas daripada varna Brahmin menurut kepada sistem agama Hindu. Biasanya golongan ini terdiri daripada tuk guru kitab veda, sarjana dan guru-guru. 

2. Kesatria

Warna kedua ini melibatkan kaum Khas dari warna Kesatria menurut sistem warna agama Hindu. Biasanya mereka ini terdiri daripada askar-askar, adipatti, bhupatti dan raja-raja.

3. Vaisya

Warna ketiga ini melibatkan kelompok yang lahir dalam masyarakat peniaga, saudagar, petani, gembala lembu dan karyawan. Kasta yang terlibat dalam menjahit pakaian dikenali sebagai kasta Suchikar atau Sujikar. Yang bermain alat bunyian dipanggil sebagai Damau, Damaha, Hudko dan Dewabaja. Mereka ini terlibat dalam perarakan perkahwinan dan dikenali sebagai Damai, Dholi, Hudke, Nagarchi dan Nagdi. Asalnya mereka ini dikenali dengan nama lain menurut kepada alat bunyian yang dimainkan mereka. Orang yang diupah untuk menjahit kini dipanggil sebagai darji, tukang jahit, atau pakar jahit. Darji suatu ketika dahulu digunakan hanya untuk tukang jahit, tapi kini ia digunakan juga untuk semua tukang jahit dan pemain bunyian.    

Begitu juga dengan Damai atau Damahi, ia sudah mengalami perluasan makna. Awalnya cuma merujuk kepada orang yang bermain damaha. Tapi kini merujuk seluruh kasta itu sendiri. Nama keluarga seperti Pariyar, Nepali, Rasaily Darji, Adhikari dan lain-lain mula menjadi kabur sekarang. Sebabnya ada yang sudah menerima pendidikan tinggi inginkan hak-hak untuk kerja-kerja pentadbiran jadi kelompok kasta rendah seperti kelompok Nennt sebagai Adhikari mendakwa kenaikan mereka ke kasta kesatria.

Di sebelah Barat Nepal, nama Damai banyak sekali digunakan. Damai dianggap sebagai menghina di sebelah Timur Nepal. Tapi di Timur Nepal, nama Dholi pula dianggap menghina. Masyarakat ini tersebar ke serata Nepal.

4. Shudra

Kasta keempat dan terakhir ini termasuk juga orang-orang dari Sudra Damai. Biasanya orang-orang berkhidmat kepada kasta atasan dan melakukan kerja-kerja buruh.  Ada dua tahap kasta Sudra di Barat Nepal. Yang berkasta dan tak berkasta. Yang tak berkasta dipanggil sebagai Bhool

Masyarakat Penyanyi Merayau

Masyarakat ini dikenali sebagai Gandarwa atau Gaine. Mereka bernomad di sekeliling Nepal dan menyanyi balada tentang keberanian watak sejarah dan kegagahan dan mereka juga memainkan alat bunyian Sarangi atau Rebab. 

Gaine juga ditemui berpenempatan di wilayah-wilayah Barat dan Tengah sebelah Barat utamanya di daerah-daerah Jumla, Kaski (Batulechaur), Syangja, Gorkha, Tanahu, Palpa, Gulmi, Rupandehi, Surkhet, Dailekh, Jajarkot, Rukum, Pyuthan, Dang dan Salyan. Begitu juga mereka ada di lembah Kathmandu dan Bhojpur di Nepal Timur. 

Kelompok Gaine dipandang sebagai kelompok tak boleh bersentuhan, walau bagaimanapun Jhalak Man Gandarbha (1935-2003) dari kelompok ini pernah dilihat sebagai tokoh negara dan selalu memainkan bunyian dalam Radio Nepal.

Kelompok Gaine kadang-kadang ada menggunakan nama keluarga Nepali. Hanya sebilangan terhad sahaja menggunakan nama keluarga asli. Kebanyakannya juga mempunyai nama keluarga yang hampir sama dengan orang dari kasta Brahmin, Kesatria dan Kamis atau menggunakan nama tempat sebagai nama keluarga mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan