Jumaat, 23 November 2012

Mantra dan Komponennya


Mantra merupakan satu amalan yang biasa diamalkan dalam kalangan penganut agama Hindu dan penganut ajaran Buddha. Ia ditekankan dalam pengamalan dalam kalangan penganut dari kalangan orang Brahmin. Bagi penganut ajaran Buddha Siam, kita mengenali mantram sebagai Phram atau Brahman. Tapi apa tujuannya membacakan mantra dan apa anga atau komponen yang terlibat dalam japamantram? Masukan ini akan cuba merungkaikan beberapa hal dalam konsep ini.

Umumnya, pembacaan mantra mempunyai dua sebab:

1. Untuk memenuhi kehendak kita dan yang ini dikenali sebagai loukika mantram.
2. Mendekati para dewa dan ini dikenali sebagai moksha mantram

Setiap mantra mempunyai shadanga atau enam komponen:

1. Resi
2. Chanda
3. Dewata
4. Biijam
5. Kiilakam
6. Sakti

Jika kita membacakan mantra dengan pengetahuan tentang enam bahagian ini, maka cepat lah juga kita mendapat manfaat nya.

Maksud Shadanga ini semuanya?

1. Resi membawa maksud orang yang membaca japamantram untuk pertama kalinya dan mendapat siddhi daripada mantra itu. Setengah resi juga menemui mantra-mantra, kemudian mereka menjadi resi disebabkan oleh mantra itu.

2. Chanda memberitahu sebutan sebenar kepada mantra. Ia adalah cara menyebut bunyi mantra semasa membuat japam.

3. Dewata adalah dewa yang memberi manfaat semasa japamantram dijalankan. Setiap satu mantra mempunyai Adistana Dewata dengan Dhyana Rupam tertentu nya.

4. Biijam menyerupai rupa asas atau tatvam kepada mantram. Contohnya, jalatatvam atau unsur lembut dan agnitatvam atau unsur keras.

5. Kiilakam merupakan kunci untuk membuka pintu kepada keputusan. Kita takkan nampak atau mendapat sebarang sesuatu dari sebuah rumah tanpa membuka pintu dan kuncinya. Cara yang sama, kita juga takkan mendapat keputusan dari mantram tanpa menjalankan kiilakam. Dalam japamantram, kita mesti menjalankan hal ini demi mendapat jawapan.

6. Sakti merupakan kuasa kepada mantra. Ia adalah kuasa yang kita capai apabila kita membaca mantra.

Ini lah enam bahagian dalam pembacaan japamantram yang kita kenali sebagai shadanga. Walau bagaimanapun, ada juga benda lain yang wujud dalam japamantram. Iaitu:

1. Kavacham

Perlindungan daripada unsur-unsur jahat yang menghalang japamantram. Kadangkala, terdapat juga mara bahaya yang akan tiba berdasarkan kepada kemampuan dan kesesuaian kita semasa menjalankan japamantram. Untuk mengatasi hal ini, maka perlu lah memakai perlindungan seperti kavacham. 

2. Sangkalpam

Ini merupakan bahagian terpenting dalam mantra japam yang memberikan keputusan kepada pembacaan. Sangkalpam berkaitan dengan sebab kepada kita membuat japam. Kita kena lah mempunyai matlamat untuk japam tersebut. Misalnya ingin memenuhi hajat keinginan atau bertemu dengan dewa. Tanpa matlamat, mantra japam mungkin akan berhenti dalam jangkamasa lama dan manfaat nya tidak sah. Maksudnya, kesan japamantram itu tak berguna dalam beberapa keadaan dan kita tak akan dapat melihatnya. Jadi untuk mendapatkan kesan yang sempurna maka japamantram dijalankan dengan sangkalpam.  

3. Artham

Ia bermaksud makna mantra kerana kita membacanya dalam bahasa Sanskrit. Mengetahui makna mantra akan menjelaskan beberapa kekeliruan dan keraguan tentang mantra.

Ini semua berkaitan dengan japamantram loukika mantra atau untuk memenuhi keinginan kita. Tapi bagi hal moksha mantra seperti Rama mantram atau Namachivaya Panchakshari mantram, kita mesti menjaga kebaktian terhadap dewata dan tidak condong kepada shadanga dalam japamantram loukika mantra yang disebutkan tadi. 

Untuk Moksha mantra, memang ada shadanga yang akan memberikan keputusan melalui pembacaan. Maharesi Vaalmiki merupakan contoh terbaik semasa membaca mantra. Beliau membaca Rama Namajapam berulang-ulang tanpa mengetahui maknanya dan tanpa mengetahui shadanga. Tetapi beliau mencapai matlamat untuk menerima moksha, menjadi maharesi dan menulis kekawin Ramayana.

Tuhan sebenarnya melihat kepada kebaktian terhadap Nya dan bukannya pengetahuan tentang aspek-aspek mantram dalam beberapa hal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan