Jumaat, 23 November 2012

Pembukaan Sabarimala untuk Dharmmayatram


Aku hanya menempekkan untuk perkongsian maklumat. Bagi orang Brahman yang ingin berdharmmayatra di Koil Seri Sabarimala Ayyappa di wilayah Kerala di India. Sejak daripada 17 November 2012 lalu ia sudah dibuka kepada orang ramai untuk 41 hari dharmmayatram.

Musim dharmmayatram bermula pada pagi hari Jumaat, hari pertama dalam bulan Vrischikayana menurut penanggalan Brahmin Malayalam. Ia akan berakhir pada 20 Januari 2013 selepas kelihatan Makarajiyoti pada malam sebelum masuknya bulan Makaragama iaitu pada 14 Januari 2013. 

Akan ada tempoh berehat selama empat hari selepas penutupan pada hari ke-41 dharmmayatram dalam fasa Mandalam dengan puja khas pada 26 Disember 2012. Untuk sesiapa yang tak kenal siapa ini dewa Ayyappan. Baginda adalah jelmaan Dhammasastam iaitu pertembungan antara jelmaan Sri Vishnu Narayan dalam rupa wanita pemikat, Moghini dengan Siva Maheswara.

Harap maklum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan