Jumaat, 23 November 2012

Kenapa Baca Bhagavadgitam?

Seri Krishna Begawan dan Arjuna meniup Sangkakala

Orang-orang alim banyak mencadangkan kepada orang ramai supaya membaca sekurang-kurangnya beberapa ayat daripada Bhagavadgitam setiap hari walaupun betapa sibuk nya seseorang itu dengan kerja hariannya.

Kesemua tiga acharya bukan sahaja menulis ulasan tentang gitam, tetapi juga memetik keagungan nya dalam beberapa keadaan. Tapi kenapa ada soalan ini?! Apakah faedah kita mempelajari Bhagavadgitam? Ini lah cetera yang ringkas tetapi menarik perhatian untuk menerangkan keadaan ini.

Seorang cucu tinggal bersama seorang datuk. Bagi budak kecil tersebut, datuknya itu seorang contoh terbaik dan dia cuba meniru datuknya semampu mungkin. Datuknya mempunyai tebiat membaca Bhagavadgitam setiap hari dan satu hari budak kecil itu bertanya datuk itu. "Tatha, aku cuba hendak membaca gitam setiap hari seperti mu tetapi aku bukan sahaja tidak paham apa-apa pun, aku juga lupa akannya sebaik sahaja aku menutup pustakam. Cuba lah tatha beritahu aku, adakah tujuan bermanfaat yang dapat aku penuhi melalui pembacaan pustaka suci ini?

Orang tua bijaksana tidak lah terus menjawab sebaliknya hanya merenung dengan senyap ke arah bakul yang dipenuhi dengan arang. Dia berkata kepada budak itu: "Pergilah engkau ke gigi sungai dan celupkan bakul arang itu. Nanti pulang semula ke sini dengan sebakul air pula". Cucu pun patuh lah dan kembali ke rumah dengan bakul. Tapi dah tentu lah air nya berciciran dan bakul pun kosong sahaja tiada air penuh. Orang tua kemudian tersenyum. Dia menyuruh cucu buat sekali lagi tapi segera pulang supaya air akan berbaki. Tapi bila cucu pulang sebaik sahaja menjijak bendul pintu rumah, air dalam bakul sudah habis menitis. Orang tua tetap menyuruh cucu berbuat benda yang sama, dan sebab cucu patuh. Maka diturutinya sahaja arahan datuknya. 

Penat lah sudah budak itu dan kehabisan nyawa, dia berkata: "Lihat thatha, mustahil lah begini dan tak guna pun aku mencuba air masih tak penuh juga dalam bakul". Jawab orang tua: "Cucuku sayang, kau pikir hal ini tak berbaloi, benar? Tapi lihatlah pada bakul yang kau bawa sekarang". Budak yang cerdik itu menyedari bahawa bakul yang dibawanya itu banyak berubah. Arang dalam bakul sudah tiada, dan kekotoran sudah hilang luaran dan dalaman.

Datuk berkata lagi: "Wahai cucuku, apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca gitam? Seorang itu mungkin tak ingat semua seloka di dalamnya selepas membaca atau memahami maksud sebalik barisan ayatnya. Tetapi apabila kamu bacanya selalu, kamu akan mengalami perubahan, luaran dan dalaman". Maka fahamlah budak itu faedah membaca Bhagavadgitam. 

Cetera dari Sri Sarma Sastrigal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan