Khamis, 15 November 2012

Hidup Selepas Kematian Bahagian Kedua

Nariyabala menyeksa orang jahat dalam neraka

Yang ini sambungan aku dari masukan sebelum nya berkenaan hidup selepas kematian. Dalam ceramah sebutkan bahawa barangsiapa yang dipaparkan perbuatan kebajikan yang diperbuat dalam hidup nya banyak nya. Maka dia akan tenang lah pikiran nya dan pakaian warna puteh akan terjelma pada tubuh badan nya. Dia akan sedia masuk ke dunia satu lagi yang aman bagi nya. 

Bagi si mati yang jahat membuat khianat, membakar rumah atas sebuah rumah dan merosakkan negara. Perbuatan jahat nya pun tak akan dapat disembunyikan sebab yang itu pun akan dipaparkan kepada nya. Dia akan kemudiannya ditarik dan dihumban dalam api oleh Nariyabala sekelian selepas beres semua perhitungan. 

Sorga

Pada saat seorang itu ingin mati, di atas katil menunggu nyawa tercabut. Kalau baik perbuatannya semasa kehidupannya itu maka akan cerah lah sekelilingnya. Dewa dan bintang-bintang datang menjemputnya seperti dia baru bangun dari tidur. Roh nya yang keluar bercahaya keluar dari tubuh. Dia akan dijemput naik ke kenderaan dengan disembah oleh dewa-dewi yang segak cantik bercahaya sinar gemilang. Roh manusia itu dilayan bagaikan raja oleh dewa-dewa diiringi dengan laluan cahaya ke pedati keemasan untuk naik ke sorga. Dalam sorga ada lah nikmat-nikmat roh orang mati tadi naik pangkat menjadi dewa hidup dalam sorga untuk sementara sebelum balasan habis.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan