Khamis, 15 November 2012

Hidup Selepas Kematian Bahagian Kesatu


Baik lah ini adalah mengenai hal alam ghaib iaitu kehidupan lepas kematian. Aku mendapat ini dari sebuah ceramah ajaran Buddha berjudul "Orang Kita: Sesudah Mati ke Mana?" Mari kita mengambil teladan daripada pengajaran guru-guru supaya kita jangan tertipu dengan dunia sementara ini. Dalam permulaan ceramah diterangkan lah bahawa kehidupan lepas mati ini sebenarnya terbahagi kepada tiga. 

1. Orang yang kelam sahaja pemikirannya pergi ke neraka.
2. Yang pemikiran jernih selepas kelam nya itu akan ke alam selepas nya pula untuk melihat perbuatan lampau nya.
3. Yang pemikiran jernih itu pergi ke sorga.  

Sudah lumrah alam setiap yang bernyawa itu mesti pergi mati. Nak mati pun kena mati. Tak mahu mati pun kena mati juga. Selepas mati, kita akan berhijrah ke pralok. Pralok ini merupakan persinggahan bagi orang-orang yang sudah mati tak mengira apa kebangsaannya pun. Tak kira apa bahasa nya pun. Tak kira sama ada dia sedar atau tidak. Yang baik itu roh nya akan menerima kebaikan sukacita. Yang jahat dan menyedihkan itu akan menjadi hantu lapar atau pun binatang.

Pralok

Alam penuh keseronokan budi dan kesedihan budi ini mengambil masa 10,0000, 100,000 atau berjuta-juta tahun untuk luput dari ingatan. Tak mengira rupa, kacak, hodoh, cantik, kaya, miskin, adiwira, tak ramai kawan, ramai kawan dan sebagainya. Yang diadili itu adalah daripada perbuatan dan budi. Perbuatan ini nanti akan terpapar semasa nazak mendekati kematian yang cuma disedari oleh orang yang sedang nazak itu. Orang lain di sekeliling tak akan menyedarinya pun. Ketenangan akan terpapar pada minda orang yang melakukan perbuatan kebajikan tatkala hampir matinya. Yang buruk perbuatannya itu, maka yang buruk terpapar pada minda nya tatkala hampir mati. Nanti akan datang kepadanya Nariyabala dengan air asam hitam mendidih datang menjemput orang yang jahat perbuatannya semasa hayat nya dan membawa nya ke tempat seksaan.

Pada kala orang itu sedar perbuatan jahat nya semasa hampir tercabut nyawa, dia akan terasa sedih dan sugul dan roh akan melalui terowong gelap ke neraka tanpa ditemani sesiapa. Nanti akan terjelma lah Nariyabala yang hitam macam arang, akan ternampak lah hantu neraka, api neraka yang hitam dan asam untuk membalas hantu neraka atau roh orang jahat. Jika si mati itu dihantar ke neraka yang maha dalam, dia akan dikelilingi api hitam, kulit pun hitam macam arang, badan kurus macam rangka tapi besar dan tinggi pula macam gunung. Nariyabala akan mencurahkan asam hitam dari neraka ke dalam tekak orang yang semasa hayatnya suka menogok arak. Badan orang mati yang kena seksa itu akan mencair sebaik sahaja terkena asam hitam neraka itu lalu dia akan tumbuh balik untuk mengalami seksaan berjuta-juta tahun lamanya.      

Yanalok

Selepas seorang itu tercabut nyawa nya, roh nya melihat orang-orang yang berada di sekeliling jasad nya. Tapi orang yang hidup sekeliling nya tak nampak kehadiran nya. Selepas tujoh hari kematiannya, dia akan berada di tempat-tempat kenangan terakhir nya. Dia akan berjalan-jalan di hospital tempat dia mati atau dia akan balik rumah lihat sanak saudara nya. Kemudian baru gergasi Nariyabala yang tak berhati perut sampai. Dia akan bawa rantai dan ikat tangan dan membelenggu leher roh yang perbuatan kebajikan nya sedikit untuk dibawa ke neraka. Si mati yang melihatnya akan terasa takut. Yang melawan akan kena hentam.

Nanti dia akan sampai ke satu dewan yang ada ramai roh menunggu untuk diadili dan banyak bangunan di kawasan dewan itu tak terkira nya dibanding dengan keadaan di dunia orang hidup. Bangunan-bangunan itu ada rekabentuk menurut kepada kebangsaan roh-roh. Ada yang rekabentuk Cina, ada rekabentuk Barat, ada rekabentuk India. Ada satu tempat macam pentas dan podium. Di belakang tu pula ada banyak askar yang nampak menakutkan dan memegang senjata. Orang mati semua bertelanjang bulat berjalan masuk ke bilik penghakiman. Dalam bilik itu lebih panas daripada luar nya. Ada api juga sekeliling nya berwarna merah. Sepanjang jalan menuju ke dalam dewan itu ada Nariyabala yang besar bagak. Mereka semua akan menuju ke hadapan Putera Setan yang akan mengadili si mati semua. Rupanya menakutkan bermata merah bersuara lantang.   

Putera Setan ada pembantu yang akan membentang lembaran daripada emas untuk kebajikan dan lembaran diperbuat dari kulit untuk perbuatan jahat. Perbuatan-perbuatan baik dan jahat si mati yang akan diadili akan terjelma pada lembaran-lembaran tersebut. Ada bunyi dan gambaran menunjukkan kehidupan si mati semasa hayatnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan