Ahad, 11 November 2012

Kaliyuga - Era Kehancuran Alam dan Kiamat


Pengenalan

Kaliyuga boleh diertikan sebagai zaman setan atau zaman maksiat yang merupakan zaman terakhir dalam empat tahap putaran dunia menurut kepada kitab suci agama Hindu. Perang Mahabharata dan hukuman Yadava juga terjadi pada Yuga-Sandhi atau pada pertembungan antara dua yuga. Tujuan aku menampalkan ini adalah untuk memberi amaran kepada penganut agama Hindu dan penganut ajaran Buddha sekelian tidak mengira dari aliran mana pun kamu.

Kitab suci menyebut bahawa Maharesi Narada beberapa ketika nya pernah memintas perjalanan Setan Kali ketika dia sedang menuju ke Bumi apabila Duryodhana hampir dilahirkan... untuk membolehkannya menjadi penjasadan Arishadvargas dan Adharmma dalam usaha untuk menyediakan dunia ke arah nilai yang rosak dan kacau bilau.

Tempoh dan susunan kejadian yang memulakan sejarah manusia ke arah Kali Yuga banyak dinilai semula dan ditafsirkan. Menurut kepada kitab Surya Siddhanta, era Kali Yuga bermula pada tengah malam jam 12 pada 18 Februari 3102 SM berdasarkan kiraan takwim Julian atau pada 14 Januari 3102 SM menurut takwim Gregorio. Tarikh ini juga dianggap oleh ramai penganut agama Hindu sebagai hari Sri Krishna meninggalkan Bumi kembali ke sorga.  

Ramai penafsir kitab suci Hindu percaya bahawa bumi kini berada dalam Kali Yuga. Setengah pengarang ulasan seperti Swami Sri Yukteswar dan Paramhamsa Yogananda percaya yang era kini adalah era Dwapara Yuga. Aurbindo Gosh menulis bahawa Kali Yuga sudah tamat. Kali Yuga kadang-kadang disangka berakhir selepas 432, 000 tahun walaupun ada jangka masa lain yang dicadangkan.

Penganut Hindu percaya bahawa tamadun manusia mula berkurangan pada era Kali Yuga. Ia dianggap sebagai zaman kegelapan yang mana manusia mula menjauh dari Tuhan sejauh yang mungkin. Dalam ajaran Hindu dharmma digambarkan sebagai seekor lembu. Pada era Satya Yuga, iaitu tahap pertama perkembangan tamadun manusia, lembu atau dharmma itu digambarkan berkaki empat dan sempurna. Tetapi dalam setiap pusingan abad itu, akhlak manusia mula berkurangan suku daripada yang asal. Pada era Kali ini, akhlak dan rohani manusia pun hanya tinggal suku sahaja berbanding penuh pada era keemasan tamadun manusia, maka lembu dharmma cuma tinggal satu kaki sahaja lagi sebelum ia patah dan lembu jatuh terus. 

Kali Yuga sering dikaitkan dengan Setan Kali. Setan Kali ini bukan dewi Kali Ambha dan tak berkaitan langsung. Tetapi Setan ini mewakili kacau bilau dan pertelagahan. 

Tanda-Tanda Kali Yuga

Dalam perbualan Markandeya yang tercatat dalam Mahabharata, ada disebutkan tanda-tanda berlakunya era Kali Yugam.

A. Berhubungan dengan Pemerintah

1. Pemerintah menjadi tidak munasabah lagi, mereka akan mengenakan cukai secata tidak adil dan menjadi beban rakyat.
2. Pemerintah tidak melihat tanggungjawab memerintah sebagai tugasan menyebarkan ketinggian rohani atau melindungi rakyat. Sebaliknya mereka menjadi ancaman pula kepada dunia.  
3. Manusia akan mula berhijrah mencari negara yang menjadikan gandum dan barli sebagai sumber makanan asasi mereka.
4. Pada pengakhiran Kali Yugam, apabila tak wujud lagi perbicaraan tentang Tuhan walaupun dalam rumah-rumah para santa dan orang terhormat dalam tiga warna bangsa dan apabila amalan pengorbanan pun tak diketahui lagi walaupun secara teori maka Tuhan akan muncul sebagai penggalak kebajikan tertinggi (Srimad Bhagavatam 2.7).

Dalam Hubungan Manusia

1. Ketamakan dan kemarahan menjadi perkara biasa sahaja. Manusia akan menunjukkan permusuhan kepada sesama sendiri secara terbuka. Kejahilan dharmma akan terjadi.
2. Hawa nafsu dilihat sebagai norma masyarakat yang diterima dan hubungan jenis tak mengira tempat dilihat sebagai satu keperluan hidup.
3. Dosa bertambah mendadak, manakala kebajikan dan kebaikan mula menghilang dan terputus habis.
4. Orang berbuat janji mudahnya, tapi lepas itu mudahnya juga memutuskan janji.
5. Orang ramai akan ketagih arak memabukkan dan dadah.
6. Guru-guru semua tak dihormati lagi oleh anak murid malahan anak murid cuba mencederakan anak murid. Ajaran mereka menjadi bahan cercaan dan hinaan, para pengikut Kama akan bergomol untuk menguasai akal manusia semua nya. Jangka hayat manusia pada era ini adalah antara 90-100 tahun sahaja.
7. Para Brahmin akan menjadi jahil dan tak dihormati lagi, Kesatria pula hilang keberanian, Vaisya tidak adil dalam urusan mereka.

Abad 10,000 Tahun Khusus dalam Kali Yugam

Dalam Brahma Vaivarta Puranam ada disebut bahawa 10,000 abad, bermulanya dari penandaan era Kali Yugam pada 14 Januari 3102 SM yang pada ketika itu masih wujud lagi para Yogi Bhakti. Sri Krishna Begawan ada meramalkan bahawa Kali Yugam nanti akan dipenuhi dengan kepayahan untuk orang-orang yang mempunyai nilai-nilai ideal dan benar. Zaman keemasan akan terjadi selepas 10,000 tahun dalam era Kali Yugam dikenali sebagai Putaran Maha Yuga.

Dalam Brahma Vaivarta Puranam, ada tersebut kata-kata Sri Krishna Begawan terhadap Ibu Gangga sebelum bermula nya Kali Yugam. Kali Yugam bermula sekitar 5000 tahun lampau dan kiraan tahun nya sebanyak 432,000 tahun. Baki nya masih ada 427,000 tahun sehingga penghujung era yang ini. Dalam tempoh 432,000 tahun ini, akan ada tempoh sebanyak 10,000 tahun yang digolongkan sebagai abad keemasan. Abad keemasan ini diterangkan dalam Brahma Vaivarta Puranam oleh Sri Krishna Begawan dalam bahagian keempat iaitu Krishna Janma Khanda bab ke-129 yang dipanggil sebagai Golokarohanam. Ia disebabkan oleh kepulangan dewa Krishna ke sorga. Ada perbualan khas oleh dewa Krishna dengan Ibu Gangga. Ayat ke-49 merupakan pertanyaan oleh Ibu Gangga, manakala ayat ke-50 sampai ke-60 pula adalah jawapan dewa Krishna.

Ayat ke-59....

Kaler dasarasahasraanni. Madbhaktaah samti bhutale. Ekavarnna bhavisyamti. Madbhaktesu gatesu ca. Maksudnya, untuk 10,000 tahun dalam era Kali itu, akan muncul pemuja-pemuja aku dalam bumi. Selepas keberangkatan mereka itu, makan hanya tinggal satu sahaja varna (iaitu yang keji)

Ayat ini disokong oleh 4.90.32-33....

Kalau dasasahasraani. Haris tishthati medinii. Devaanaam pratimaa puujyaa. Saastraanni ca puraannakam. Sang Krishna Begawan berkata: "Hari akan tinggal di bumi untuk awalan 10,000 tahun daripada Kali Yugam. Pada saat itu, para dewa masih lagi dipuja dan Purana serta Kitab Suci masih lagi wujud".

Seorang guru Vaishnava terkenal, Chaitanya Mahaprabhu menyebut, "Krishnanama Sangkirttan". Menyebut nama Tuhan merupakan penyembuh tertinggi di abad ini. Ia menghapuskan dosa dan memurnikan hati melalui bhakti yang dengan itu alam semesta masih lagi aman.

Pengakhiran Kali Yugam Nanti

"Apabila bungaan berkembang dalam bungaan, dan buahan berbuah dalam buah, maka Yuga ini pun berakhir lah. Dan awan-awan menurunkan hujan tanpa menurut musim lagi apabila Yuga ini mendekati penamatnya". Kemudian dewa Vishnu akan muncul dalam rupa bayi Krishna atas sehelai daun lalu turun ke Bumi dan segalanya bermula seperti asal. Ramai cendekiawan Hindu terkenal percaya Kali Yuga sudah pun mencetuskan huru-hara dalam dunia. Mereka menghujakan penaklukan terhadap agama Hindu dalam beberapa milenia lalu di India, Pakistan, Malaysia, Indonesia, Indo China, Asia Tengah dan lain-lain menunjukkan bahawa Kali Yuga berada pada kemuncak nya. Secara peribadinya, aku tak melihat ini dari segi agama "kebenuaan" sahaja. Ia lebih daripada itu dan melibatkan rohaniah semua manusia...

Gambaran Kali Yuga dalam Bentuk Personifikasi

Kali merupakan tuan yang bertakhta dalam era Kali Yugam. Musuhnya Sri Kalki, dari sepuloh jelmaan dewa Vishnu. Menurut Vishnu Purannam, Kali ini merupakan jelmaan negatif dari Vishnu yang menjalankan penyebab untuk "pengakhiran" atau membawa alam semesta ke arah penyuburan yang akhir. Kali juga memegang peranan antagonistik bagi kuasa negatif dalam Kalki Purannam. Disebut juga bahawa apabila hampir ke penghujung Kali Yugam nanti, Kali akan kembali menunggang kuda putih untuk berperang dengan Kali dan tentera-tentera gelapnya. Dunia akan menderita pengakhiran yang penuh dengan api yang akan menghancurkan semua kejahatan sebelum era baru bermula kembali. Iaitu pusingan awal Satya Yugam.

Kali Yuga menurut Penganut Ajaran Sikh

Dalam ajaran Sikh, dipercayai bahawa seseorang itu patut bertapa menumpukan perhatian kepada Tuhan seboleh mungkin kerana dunia ini berada dalam Kali Yugam. Disebabkan Kali Yuga, ditekankan lah bahawa seseorang itu harus bertapa semadi bagi mencapai nirvana dan dibebaskan bersatu dengan Tuhan secepat mungkin. Guru Granth Saheb Ji dalam Ang:1185 berkata: 

Ab kaloo aaeiou rae. Ik naam bovahu bovahu. An ruuth nahii nahii. Math bharam bhuulahu bhuulahu. 

Kini, era gelap kaliyuga sudah tiba. Tanamkan Nama, Nama Yang Satu itu! Yang ini bukan musim menanam benih-benih yang lain. Jangan lah sesat dalam keraguan dan khayalan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan