Dalam Ramayana, istilah Arya boleh juga merujuk kepada kaum Raksasa atau gergasi seperti Phra Rawana. Dalam beberapa ketika, istilah Arya juga merujuk kepada kaum Wanara dan Raksasa apabila mereka memanggil diri mereka sebagai Arya.
Raja Wanara, Sang Sugriwa dirujuk sebagai Arya dalam Ramayana seloka 505102712 dan baginda juga merujuk abang nya Wali sebagai Arya (Ramayana 402402434). Dalam sebutan lain dalam Ramayana, Phra Rawana pun merujuk dirinya dan menteri-menterinya sebagai Arya (Ram 60600512). Penjelasan logiknya adalah, Phra Rawana dan menterinya berasal dari kasta Arya. Phra Rawana sendiri adalah seorang Brahmana atau Brahmin. Orang begini umumnya dianggap "mulia" dari segi amalan dan mereka pun dipanggil sebagai Arya.
Jadi, walaupun Phra Rawana dari kasta Arya dan menganggap dirinya sebagai Arya, tapi dia bukan lah seorang Arya sebenar sebab amalannya sudah jauh dari Arya. Maka majoriti penganut agama Hindu menganggapnya sebagai Anarya atau tidak mulia. Ramayana menggambarkan Sri Rama sebaga: "arya samascaiwa sadaiwa priyadarsannah". Ertinya: "arya itu yang berusaha ke arah persamaan semua dan disayangi semua". Ada juga sebutan yang menyebut wangsa Naga pun menganggap diri mereka arya dan bertamadun, seperti juga wangsa Wanara di selatan.
Pemujaan Ular dan Tamadun Harappa
Tamadun Lembah Sindhu antara kebanyakan tamadun purba benua India merebak dari barat laut. Harappan, Mohenjodaro, Chanhudaro dan Lothala merupakan bandar-bandar utamanya. Pemula tamadun Lembah Sindhu ini merupakan orang Mediterrania atau orang Drawidia dan Australoid, manakala bangsa Alpine muncul pada kegemilangan abad kebudayaan Harappa ini. Dalam carigali di bandar-bandar ini, sebagai tambahan kepada jumpaan bekas merah terbakar, membongkar banyak sekali cop mohor dan bekas cop mohor. Antara cop mohor yang ditemui itu merupakan lambang dewata raya dengan kepala kerbau dan di sisinya itu ada dua lagi dewa dan di belakang setiap dewa itu ada seekor ular memayungi mereka. Dalam cop mohor lain pula ada gambaran seekor ular sedang terpacak di belakang seekor lembu melawan seorang lelaki gagah. Pada cop mohor ketiga pula ada gambaran seekor ular berehat dengan kepalanya terletak di atas bangku kayu atau kerusi, melindungi dewa pokok.
Kewujudan ular-ular dalam kesemua cop mohor yang ditemui itu memberi gambaran bahawa ular merupakan dewata pelindung tamadun Harappa dan lambang kepada kuasa pemerintahan. Ada beberapa kesimpulan yang boleh diperbuat berdasar kepada jumpaan carigali ini:
1. Tradisi pemujaan ular atau totem ini sebenarnya meluas di seluruh tamadun lembah Sindhu.
2. Gambaran pada cop mohor kedua menunjukkan hubungan pemujaan ular dengan lagenda Babilon.
Jumpaan gambaran ini kemudian dihubungkan dengan jumpaan cop mohor yang keempat. Lambang ini ada juga pada cop mohor yang ditemui di Babilon (Lajards culte de Mithra).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan