Jumaat, 30 November 2012

Roh dan Lambang Pelindung Puak


Dalam bentuk bahasa-bahasa yang masih tinggal, saki baki puak-puak yang dinaikkan taraf ke dalam kasta kaum Brahmana masih wujud dalam setiap ceruk negara India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh. Begitu juga di Asia Tenggara seperti di Kemboja, Tanah Melayu, Siam, Laos, kepulauan Indonesia dan Myanmar.

Bahasa Munda yang dituturkan di Timur Laut India misalnya masih mempunyai kepercayaan kepada roh pelindung puak yang turut menjadi pengenalan puak mereka. Di samping itu, ada juga tradisi gotram dalam puak-puak Brahmana dan jati Brahmana.

Pelindung puak boleh ditakrifkan sebagai; jika sesetengah jati atau puak atau sekumpulan keluarga tinggal bersama lalu menerima haiwan atau sejenis tumbuhan sebagai pelindung keluarga atau puak mereka. Maka ia dipanggil sebagai pelindung puak atau jati tersebut. Misalnya seperti monyet, ikan, beruang, ular, rusa, helang, kura-kura, merak, itik dan berbagai jenis tumbuhan. 

Acharya Chitiji Mohan Sen mentakrifkan tradisi roh pelindung sebagai: "Dari zaman purba lagi, dalam pelbagai negara, bangsa atau puak, wujud satu lambang seperti tumbuhan, burung atau haiwan yang dikenali sebagai pelindung puak dipuja. Lambang ini merupakan tumpuan kepada kehormatan dan kepercayaan penuh ahli puak atau jati atau bangsa". 

Menurut Majumdar, membunuh haiwan tertentu atau memakannya dianggap sebagai larangan dalam sesuatu jati. Sesetengah puak memakai terus lambang ini bersama mereka. Haiwan yang menjadi lambang apabila mati diberikan penghormatan sebagai ahli puak dan ahli puak akan berkabung untuknya. Haiwan lambang puak ini sebenarnya dianggap sebagai sesuatu yang sejagat. J. F. Maclenon merupakan orang pertama yang memahami kepentingan haiwan pelindung sebagai satu institusi masyarakat purba.

Majumdar menambal lagi bahawa berdasarkan kepada Pemantauan Keetnikan India, kaum Santhali dikatakan mempunyai lebih daripada 100 haiwan yang mewakili setiap puak. Kaum Hos mempunyai lebih daripada 50, kaum Munda sebanyak 64 dan kaum Bhil pula sebanyak 24. Banyak kasta di Orissa iaitu seperti kasta Kurmi, Kumhar dan Bhumia yang mempunyai kebudayaan yang lebih maju menamakan kasta mereka menurut kepada nama ular, labu, serigala dan lambang pelindung lain.

Kaum Kathakari dari Bombay, puak-puak Gond dari Madhya Pradesh dan Rajasthan juga mempunyai nama-nama puak mengikut mergasatwa di tempat mereka berdiam. Jelas sekali semua kasta dan puak ini kadang-kadang disusun menurut sistem roh dan lambang pelindung puak. Selepas kemajuan pendidikan dan ketamadunan baru maka sistem ini mula kehilangan tapaknya kerana orang ramai mula beralih arah.   

Ular Pelindung dan Wangsa Naga

Jelas daripada penjelasan, bahawa kelompok Naga merupakan puak-puak yang ditamadunkan oleh Brahmana dan mempunyai ular sebagai lambang mereka. Mereka memuja ular dan menganggap ular sebagai dewata pelindung mereka. Mereka juga ada memakai tudung kepada berbentuk kepala ular tedung palsu.  

Mereka merupakan kesatria India purba yang memerintah hampir seluruh India purba dalam beberapa zaman dalam sejarah pra-sejarah. Naga-naga ini terbahagi kepada beberapa arah di India purba iaitu:

Utara

1. Raja Ahiwritra
2. Raja Aswasena
3. Raja Takshaka
4. Raja Gonanda
5. Raja Lohara
6. Raja Karkota
7. Raja Brahamadutta dari Kashi
8. Sheshunaga dari Magadha dalam 642 SM

(Revolusi dan revolusi melawan dalam India purba oleh Dr. Ambedkar)

Timur Laut

1. Raja Padmawati, Bhaarsiwa
2. Raja Vidisa
3. Raja Eran
4. Raja Mathura
5. Raja Ahichchhattara
6. Raja Kausambi
7. Raja Malawa
8. Raja Cakrakota
9. Raja Bhogawati

Tengah

1. Raja Andhra atau empayar Satawahana (235 SM - 225 M)
2. Empayar Chuttu
3. Empayar Chalukya

Selatan
 
4. Empayar Pallawa
5. Empayar Kadamba
6. Empayar Chahindaka
7. Empayar Chera
8. Empayar Chola

Kebanyakan keluarga Naga ini memerintah antara 500 SM dan 500 M dan setengah mereka bertahan sehingga ke zaman Mughal (Mongol Muslim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan